Number of View :532

tips sana tips sini tips situ…tak pela yang penting cuba dulu..dah cuba baru tau keputusannya. Sebelum ni aku ada letak  entri pasal  doa untuk ditemukan jodoh .  ramai gakla yang view untuk entri ni.lagipun cara-cara berdasarkan ajaran islam punya, jadi tak salah kalau kita mencuba.

dan entri kali ni, aku bagi tips yang lain pula. tapi kali ni agak susahla. banyak perkara kena buat. tak pe yang penting kita cuba dulu eh.

ni cara yang di ajar oleh orang yang berilmu tau. bukan aku main letak je. tak silap aku, imam kawasan rumah aku yang bagi dekat ayah aku.

caranya…?

kita kena cari 7 buah masjid yang ada kolah untuk ambil wuduk. kolah tu mestilah terbuka. jangan yang tertutup punya. biasanya ada dekat masjid atau surau yang lama.

contoh kolah/kolam wuduk yang terbuka

sumber: link

dah jumpa kolah/kolam, ambil air nya dan simpan dalam bekas. cukupkan 7 bekas. bila dah balik rumah, kumpulkan ke 7-7 air tadi dalam satu bekas yang sama. pastu jadikan air kolah tu sebagai air mandi kita. mesti habiskan air tu. masa mandi tu kita niat la.

contoh niat:

dipermudahkan untuk bertemu dengan jodoh kita.

nak cari dekat mana?

boleh cari kawasan perkampungan.

syarat?

tak boleh suruh orang lain ambil kan air ni, hanya tuan empunya badan sahaja yang boleh ambil.

air tu nak ambil lebih pun takpe, boleh buat basuh muka.