Pengguna & Pengedar Shaklee yg sah & WAHM yang berjaya
Header
Number of View :916

 

Alhamdulillah, walaupun dilot belum dapatkan keputusan secara rasmi dari doktor, tapi dari UPT yang dilot beli, second line tu semakin terang, dan dilot dan masuk fasa lewat period. Tanda-tanda hamil yang hadir lebih kurang sama masa dilot gugur bulan may yang lepas.

Di bawah ni, tanda-tanda hamil yang dilot perasan la.

sebelum jangkaan period

1) Sakit dekat bahagian belakang berdekatan dengan bahagian pinggul

2) dari 6 dpo – 13 dpo, 4 kali dilot cirit birit.. Dalam seminggu, asyik keluar masuk tandas ke. Tak tau la kenapa. Nak kata salah makan, hubby pun makan makanan yang sama, tapi dia tak pula cirit birit. Dilot je yang asyik keluar masuk tandas.

3) Kena Ulu Hati pagi-pagi buta. Doktor kata sebab gastrik. Tapi dilot memang jarang sangat kena ulu hati sebab gastrik, biasanya kalau masuk angin, terus naik kepala, jadi migrain.

4) 6 – 9 dpo (day past ovulation)

- 4 hari berturut-turut dilot pening kepala, macam nak pitam, bangun dari tempat duduk, kepala macam pusing-pusing.

5) 8 & 9 dpo

- suami dilot tetiba badan asyik rasa sejuk-sejuk je. Biasanya asyik panas je, tapi tetiba haritu, walaupun dah tutup kipas, tetap rasa sejuk juga, siap berselimut satu badan

6) 9 dpo

- dilot cek UPT, dalam 1 minit second line naik walaupun agak samar. +- 5 minit kemudian, second line boleh dilihat walaupun di bawah lampu malap.

Tarikh sepatutnya period – 13 & 14 dpo

1) Sakit perut macam senggugut. Kadang-kadang rasa memulas. Ingatkan nak period. Mana la tau tersalah tengok ke. Tapi period tak datang-datang juga

2) Dah mula rasa loya, tapi sikit-sikit jela.

3) Rasa nak muntah selepas gosok gigi.

Selepas lewat period

1) Bahagian breast dah mula sakit *opss bukan lucah ya, info untuk dikongsi bersama bakal-bakal ibu*

2) UPT semakin terang dari yang lepas. Warna ‘second line’ semakin sama dengan first line.

 

Antara usaha yang dilot buat

1) Dilot amalkan ambil catatan suhu badan setiap hari.  Boleh rujuk disini. Dari situ, dilot boleh agak, bila dilot subur, bila dilot nak period, dilot hamil atau tidak.

2) Dilot minum Jus Bidadari untuk 2 bulan. Kiranya selepas gugur tu, dilot datang period 1 bulan, bulan depannya dilot hamil balik. Alhamdulillah.  Info boleh rujuk disini

Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.