Perlu ke pergi antenatal class tu? Kalau kaum ibu, Ya, PERLU!!
Kaum bapa pulak macam mana?
Tanya pada diri sendiri semula, dah sedia nak jadi bapak orang? dah cukup ilmu di dada untuk jadi bapak orang?
Kalau rasa sayang dan kasih dengan isteri kita, apala salahnya hadirkan diri bersama-sama isteri anda ke kelas. Temankan isteri dan tunjukkan pada isteri yang kita dah bersedia untuk sama-sama memikul tanggungjawab baru yang telah diamanahkan oleh Allah.
Memang banyak hospital yang anjurkan kelas ni, antaranya KPJ Selangor di Shah Alam.
Bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 6 petang.
Lama ke? Ala sekejap je, 1 hari dalam sekali seumur je. Yang penting ilmunya memang berbaloi untuk diambil
Harga: RM80 per couple. Makan pagi, makan tengah hari dan minum petang.
Contact: 603-55431111. Tanya jela apa-apa. contohnya jadual kelas yang terbaru ke.. harga ke.. waktu kelas ke.. sebab kadang-kadang ada perubahan.
Siapa yang patut hadir?
Mama dan papa. Ibu bapa. suami isteri. senang cerita, kedua-duanya.
Bila patut pergi?
7 bulan ke atas. Kalau 7 bulan ke bawah, takut awal sangat dan nanti kita lupa maklumat baru tu. Kalau lambat sangat, takut-takut juga si kecik tu nak kuar awal. Jadi nanti, preparation untuk jadi ibu ayah tak lengkap.
Perlu ke dua-dua hadir?
Pada pandangan dilot, YES! Perlu.
1) Suami boleh tau macam mana susahnya dan sakitnya ketika isteri kita nak melahirkan zuriat. Bagaimana susahnya ibu kita nak melahirkan kita. Sekurang-kurangnya akan wujud keinsafan dan menambahkan kasih sayang serta rasa cinta dekat isteri.
Bak kata orang, “Jangan buat anak je pandai, tapi tak pandai nak jaga”. Sebab kedua-dua perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Sama-sama buat anak, sama-sama cari rezeki, sama-sama saling bantu membantu, sama-sama membesarkan, sama-sama mendidik zuriat yang telah dianugerahkan.
Contraction atau kontraksi….seperti yang dimaklumkan oleh nurse, cara yang terbaik adalah push bila dah sampai masa (maksudnya bila doc dah bagi arahan), dan sebaik-baiknya apabila kontraksi bermula, kalau kontraksi dah seperauh perjalanan , tak guna, sebab ia kurang membantu.
2) Sebab yang ke-dua:- bagaimana nak beri susu ibu kepada anak, jika isteri bukan suri rumah tangga.
Bagaimana nak simpan stok susu ibu?
Bagaimana nak tambahkan susu ibu? Bagaimana teknik atau kaedah manual untuk memerah susu dan erti kata lain “Kaedah MAMET”.
Kaedahnya seperti ni, “Tolak aerola dan picit”. Dapat bayangkan tak? Memang susah nak tunjuk, sebab dilot takde bahan yang dibuat betul-betul menyerupai “buah dada wanita”. Walaupun kaedah ni banyak diajarkan dalam laman internet tapi masih tidak sama bila kita belajar sendiri dengan nurse-nurse yang berpengalaman.
Ilmu penting yang lain, bila kita dah beri susu pada belah kiri buah dada, next session mestilah beri susu pada buah dada sebelah kanan pula. Sebabnya..yang sebelah kanan masih belum digunakan.
Pemberian susu juga mesti dilakukan sekurang-kurangnya 3 jam, tak kirala baby kita suck atau dengan menggunakan pam, jangan tunggu bengkak baru perah.
3) Yang ketiga pula bagaimana nak mandikan dan jaga anak kita, andaikata suatu hari nanti, kita ditakdirkan untuk duduk jauh dari ibu bapa atau ibu dan ayah mertua. Cara urut yang terbaik untuk anak-anak kita nanti turut diajar.
Ha! korang tau tak yg kita tak boleh urut baby di bahagian dada selagi tali pusat dia tak tanggal? ada sebab-sebab tertentu, jadi kene la menuntut ilmu dengan lebih mendalam
4) dan yang terakhir cara-cara senaman untuk ibu mengandung dan cara-cara untuk para suami membantu isteri ketika berbadan dua. Terutamanya, bila kandungan dah masuk bulan ke 6. Macam-macam dugaan yang datang, kaki bengkakla, kaki kramla, pinggang sakitla tapi pada masa sama, asyik nak ke toilet je (terkencing). Kalau bangun secara mendadak, tentula sakit-sakit badan kan? jadi kenala buat senaman khas yang teah diajarkan.
