Maharajalawak minggu ke 12- di Johor Bahru

Number of View :306

Persembahan minggu ini diadakan di stadium tertutup johor bahru. Sambutan dari orang Johor memang sangat hangat. *Yeah!!! hidup orang Johor..bangga jadi orang Johor. I love Johor =)*

Keputusan sehingga jam 10.03 malam

jozan 32%,  Nabil 23%, sepah 22%, jambu 11% dan R2 4%

Untuk minggu ini, para peserta diberi 2 tugasan sama seperti minggu lepas.  Tugasan 1 bertajuk bebas dan tugasan kedua peserta akan digandingkan dengan selebriti pilihan mereka.

Peserta 3 terbawah ialah, Nabil, Jambu dan R2.  Dan yang terkeluar ialah Jambu dan R2. Tapi diakhir keputusan, imuniti telah dilakukan, dan Ahmad Idham telah memilih Jambu.

Tugasan 1

Untuk tugasan 1, rasanya sepah dengan Jozan best. Diikuti Nabil, R2 dan Jambu

Sepah: Tajuk berkhatan

Komen Mamat Khalid: abang nampak sepah mengengalkan jenama sepah dan mendekati masyarakat

Nabil: Jual cd/vcd cetak rmpak

CD/VCD Tak berapa halal. Jadi aspal (asli tapi palsu). Otak otak kau kempis
Komen Ahmad idham: inilah persembahan nabil yang saya rasa terbaik. Berjaya mendapat nama seperti peserta berkumpulan

R2: Memancing
dia suruh aku keluar dari bawah katil. * maknanya merajuk la tu..haha sengal* beger tak kongsi, yang kongsi gigi…memangla ngok…macam mana nak makan…haha…
Komen Apek: ada pengisian dan ada penyokong.

Jozan: Dj Radio Rentak Ikut suka anda.

Komen: Mamat Khalid. Kami really enjoy. Tak ada nak komen apa-apa just siapkan diri untuk final nanti.

Jambu: Rancangan Kuiz – kau salah kau memang

komen: ahmad idham – saya rasa awak boleh buat lebih baik. Komen dia macam tak menyokong kumpulan Jambu

 

Tugasan Kedua

Sepah dan Yassin: Situasi ceramah
Walaupun apek dan penonton dari johor memberi sambutan yang menggalakkan tapi dilot rasa macam tak lawak la. Macam terlalu mengajuk penceramah tu je.
Komen: Apek..*dilot tak ingat komen dia..=)*

Nabil dan Bob (Kumpulan Kuman): Rancangan sihat tak saya
komen: Mamat Khalid. *pun dilot tak ingat =) *
R2 dan Ali Mamak. situasi debat antara pencadang (abang) dan pembangkang (ali mamak)
Komen: Ahmad Idham. komedi ada tapi tempo dah lari. idea tu ada tapi ada sedikit kekosongan pada tempo

Jozan dan Linda Onn: Rancangan Om Om bak
Komen apek: -

Jambu dan Achong: merawat gangguan saka
apa maksud 1 Malaysia- zizan jawab, 1 Malaysia dah tahu kak linda dah putus dengan fahrin!! hahaha
Tak berapa lawak. sebab jambu terlalu kerap guna trade mark ‘apa pun tak boleh’ nak tuju lagi boleh. Dah macam bosan bila selalu dengar trademark tu.

Komen Mamat Khalid: idea yang bagus tapi makin lama dia jadi infinit.
Komen idham: suka dengan lawak ni
Komen apek: korang jambu la..*ish apek  ni tak pernah bagi komen yang memberansangkan*

 

Untuk final, Maharajalawak akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam
credit to: travel2u academy


DEWA CiNTAKU pengganti Nora Elena

Number of View :300

Drama baru yang bakal menggantikan drama nora elena.  Mulai 20 Jun 2011, drama DEWA CINTAKU akan menggantikan slot nora elena.

Hebat atau tidak cerita, tak taula kan. Tapi drama DEWA CINTAKU ni juga diadaptasi dari sebuah novel hasil karya ‘Dilla Husein’. Drama ini adalah terbitan SUHAN MOVIES dan watak utama dipegang oleh Iqram Dinzly sebagai Iqbal dan Fasha Sandha sebagai June.

saya nak tuju permintaan boleh *gaya ala-ala JAMBU* ? Please tukar slot ni ke waktu lain..


Drama ini berkisar adik beradik yang terpisah selepas ibu dan ayah mereka berpisah dan bawa haluan masing-masing. Iqram aka Iqbal dibawa oleh bapanya dan dibesarkan dalam serba mewah. Manakala kakaknya dibesarkan oleh ibu mereka. Kakaknya pula hidup dalam kekecewaan selepas dikecewakan oleh kekasihnya.

Walaupun terpisah, Iqbal masih berusaha untuk menjejaki ibu dan kakaknya sehinggalah usianya meningkat ke 30-an.  Iqbal hidup dalam keterpaksaan, dia perlu mewarisi perniagaan keluarga, perlu menitik beratkan pendidikan dan paling seksa, dia telah dijodohkan dengan Selena. Iqbal tidak berminat dengan Selena selagi dia tidak ditemukan dengan ibu dan kakaknya.

Dalam usaha pencarian itu, Iqbal berkenalan dengan June, seorang penyanyi rock kelab malam dan usia mereka sangat berbeza. June diibaratkan seusia dengan kakaknya. Perbezaan usia tidak menghalang Iqbal untuk mendapatkan cinta June. Mereka akhirnya membuat keputusan untuk bertunang dan 2 bulan sebelum majlis berlansung, mereka mendapat berita yang agak mengejutkan.

Mereka sebenarnya adalah pasangan ADIK BERADIK!

Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran Iqbal. Betulkah June adalah kakaknya???  atau mereka hanya pasangan adik beradik yang berlainan ibu atau ayah.. Sama-sama kita nantikan permulaan cerita ini bermula hari isnin (20 jUN 2011).


Hobi yang telah lama dilupakan

Number of View :0

 

Mood untuk beli novel dah kembali. sejak-sejak tengok cerita NORA ELENA la ni kan.

Kali terakhir dilot beli tahun 2009. Tapi tu memang kali terkahirla sebab novel yang terakhir dilot beli tu kena curi. Tak sampai berapa minit kawan dilot pulangkan novel tu, dan dilot letak atas meja office, dan beberapa minit juga novel tu terus lesap dari pandangan mata ni. Cis siapa la yang curi tu. Hampeh betul. Kiranya dilot serikla nak beli novel lagi ..hehe

Memang dah lama dilot hentikan perbuatan beli novel ni. ok!!dilot memang suka beli novel. tak berapa suka pinjam dan baca novel lain. Kalau pinjam memang tak syokla. tak rasa feeling waktu baca novel tu. sebab tu novel pinjam. hehe. Kalau novel sendiri, boleh buat koleksi,boleh susun dekat rak.

Seronok je tengok novel berderet-deret dekat rak. Macm best je kan, tapi ko tak tau, duit untuk beli novel tu dah beratus-ratus duit habis tau. Membazir je rasa nya. Bile dikira-kira balik sejak dari tingkatan 2 (1998) sampaila 2009, hampir cecah rm1400 ++ kot. Harga novel bukannya murah, bukannya bawah rm10, paling murah mau cecah rm19.90. Tapi tak pe, yang penting rasa puas dan tenang bila dapat baca novel.

ok itu satu, belum lagi majalah remaja. dilot baca majalah remaja??. dulu. dulu ok. zaman hingusan, zaman anak dara, zaman remaja. koleksi remaja pun dah cecah rm650 semuanya, Membazir tak??
Memang membazir beli remaja. Dah kahwin ni baru dilot rasa membazir sangat-sangat beli remaja tu. Kalaula duit beli remaja tu dilot simpan, masuk akaun tabung haji, dah dapat pergi umrah agaknya sekarang ni.

Tapi sekarang… husband dilot dah benarkan dilot beli novel dan jadikan novel sebagai koleksi dilot. Thank you hubby. Yeah..nak beli novel..nak beli novel..seronoknya..

Nota dilot: Membaca novel juga boleh memperbaiki hasil penulisan seseorang.


Page 9 of 148« First...7891011203040...Last »
  • Peluang memenangi hadiah di bawah ini

  • Daftar Email

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

  • Disclaimer

    Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.
  • Buku Muka

  • Pengunjung

  • Copyright © 2008-2011 dilahdilot[dot]com. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | visionale | Exchange 2010 | Powered by WordPress
    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.