Review Drama Dewa Cintaku episod 1

Number of View :274

 

“Iqbal Jatuh hati dekat June dan bertemu dengan Selena, minah gedik yang perasan bagus..”

Untung jadi Iqbal, dah nak masuk 30-series pun masih ada kawan-kawan yang nak buat sambutan majlis hari jadi. Dierog sambut harijadi Iqbal dekat kelab malam tempat June bekerja.

Waktu sambutan majlis harijadi, June datang menyerang kelab malam tu. Tapi tu pun sebab Bos June tak bayar duit gaji dia. RM6000 tu.. *kalau dilot pun mengamuk*. Masalahnya, bos June ni pulak dah lebih-lebih, ada ke patut dia buruk-burukkan sikap June, boleh pulak orang tua tu cakap

perempuan tu tak betul sikit. dulu dia pemain muzik kat sini. belum cukup bulan asyik minta advance je. ada boyfriend tak bagi kerja. jeles je.  saya bayar gaji dia rm3000.

Nasib baik ada kawan June yang backup

Encik, jangan percaya cakap bos tu. kak June tu baik. Bos yang dah lama tak bayar gaji kak June. Dia memang marah kalau orang tipu gaji dia. 3 bulan bos tak bayar gaji kak june.

Rumah June

June dapat panggilan dari kawan baik dia, nak minta June beli gitar dia,Tapi June tak sampai hati nak beli gitar tu.  Last-last June bagi pinjam duit dia dulu, walaupun June sendiri tengah kesempitan wang. Tapi takpela, dia solo lagi, kawan dia tu dah ada anak, jadi tak sampai hati tengok kawan dia dalam kesusahan

Bapa tiri Iqbal perkenalkan dia dengan seseorang iaitu anak kawan baik dia. Tapi perempuan ni gedik, sombong, angkuh, budget cantik, semuanyala. Pakej lengkap untuk jadi perempuan ‘hampeh’. Dahla sombong, Iqbal pula yang  kena ‘guide’ dia.

Selena: I kerja professional, i tak suka ada apa2 yang terjadi, perkara yang menganggu kerja i, kalau ada perkara terjadi, i akan berhenti kerja 24 jam. Faham tak? e eh..ko baru masuk kerja..tu pun atas ikhsan orang, nak sombong lak.
Iqbal: Walaupun u kerja di sini, syarikat milik uncle norhai??
Selena: i tak peduli!!! syarikat siapa pun, kalau i rasa tak selesa, i tak suka, i berhenti, i dont care

lyn: ni borang yang encik iqbal minta…
Selena: apa yang mengarut ni..*sambil tengok borang permohonan kerja syarikat iqbal

Selena: i rasa dia jeles dekat i, i suka kalau orang jeles dekat i
…*ee menyampahnya aku…lagi menyampah dekat Yvonne..gedik tahap hampeh*

Iqbal datang ke kelab malam tempat June bekerja. Terpesona gila Iqbal dekat June. tak kerlip-kerlip mata dia pandang June. 1 jam 2 jam dia tunggu June, sampaila kelab tu dah tutup.

June call kawan-kawan dia, minta ambil dia dekat kelab malam, tapi sorang pun tak datang. Jadi dengan murah hati dan tersangatla baik, dia offer kereta mahal dia dekat June, yang dia pula balik rumah naik teksi. Gila babas punya orang. Tersangatla baik..ada lagi ke orang yang macam iQbal skang ni..?

 

bersambung

Nota dilot: tonton.com.my episod 1 dewa cintaku

 


Review Drama Stanza Cinta Episod 1

Number of View :481

 

sinopsis Stanza Cinta boleh baca di sini

Amni dan Auni, 2 sahabat baik, yang mempunyai 2 perwatakan berbeza. Amni seorang ustazah dan bertudung litup manakala Auni, perwatakan sebijik seperti tomboy.

Mereka memulakan semester terakhir mereka seperti biasa dan tinggal sebilik seperti semester-semester yang lepas.

Puan Ainon, warden yang sangat-sangat garang dan kerek. Auni parking kereta dekat kawasan rumah Puan Ainon. Baru je parking sekejap, SEKEJAP OK!! itupun sebab nak pindahkan barang, TAPI puan Ainon dah memekak dan marah Auni macam dia lakukan satu kesalahan besar.

Watak Irfan bermula di sini
A adalah sepupu kepada Irfan, aka orang tengah irfan, aka pengorek rahsia Amni untuk Irfan. *banyak gila jawatan dia..hehe*. Irfan meminta pertolongan sepupunya untuk medekati Amni. Pada masa yang sama, Irfan berkawan dengan Tasya. Tapi Tasya ni ada masalah sikit. Pisau Cukur dan sosial. Irfan ternampak Tasya bersama seorang laki tua dan besoknya mereka break-up.

Watak Taufiq bermula di sini.
Tanpa disedari, Rupanya Taufiq bekerjasama dengan ibu Irfan untuk konsert amal. Taufiq berbincang dengan Datin (Ibu Irfan) dan Doktor (Azhar Sulaiman) untuk persediaan awal persembahan amal tu nanti. Sepanjang itu juga, Ibu Irfan banyak membantu Taufiq dari segi kewangan untuk membantu keluarganya di kampung.

Dalam kuliah.
Mereka dapat pensyarah berjawatan ‘dean’. Tapi macam kerek la, tak mesra dengan student. Ntah macam mana , tiba-tiba roti Amni terjatuh, dan tak pasal-pasal Amni ditertawakan oleh rakan-rakan sekuliahnya. Muka dean pun semacam je, tak nak backup student.

Irfan dah dapat kekuatan nak ‘usha’ Amni. 3 kali dia jumpa Amni. Pertama dekat Library. Kali kedua dekat Shopping Complex

First ‘usha’
Irfan: Assalamualaikum. Hi boleh berkenalan.
Amni: awak siapa? dari fakulti mana? ni library bukan tempat mengurat. tak belajar sivik ke..?

hihi..tak pasal-pasal dapat ceramah free dari Amni…

Kali ke-2
Irfan: Asslaamualaikum. Hi
Amni: awak yang dekat library tu kan..
Irfan: saya betul-betul nak berkenalan dengan awak. Please!!!! (^-^)

ok kali 2 peluang cerah sikit. sebab Irfan dah bagi business card dia. Harap-harap Amni call la dia nanti.

Kali ke-3, Irfan jumpa Amni dekat parking, waktu Amni nak pergi kuliah agama dekat Keramat.
Irfan : mesti banyak ilmukan..bolehla awak ajar saya.
Amni: kalau awak betul-betul nak belajar, tu kad dia, dieorg betul-betul ikhlas nak ajar orang yang nak belajar.
Irfan: kad ustaz buat apa..*kesian ..hampa lagi irfan, minta lain, lain yang dia dapat*

Malamnya, sesudah sampai bilik, Amni baru teringat yang baju dia belum angkat lagi. Masalahnya dia sidai dekat ampaian ‘Puan Ainon aka warden singa’ tu..Tengok-tengok je, baju-baju dia dah tak ada dekat ampaian tu… *cuak ..takut..blur …semua ada dalam fikiran Amni*

Download stanza cinta – credit to perekacerita.com

Tonton Stanza Cinta – credit to tonton.com.my

Download mp3

Bersambung ke episod 2 stanza cinta….


Sinopsis Stanza Cinta

Number of View :857

 

Penyakit berjangkit dh melanda..

Ni semua gara-gara Nora Elena..gara-gara Aaron Aziz. Tak dapat tengok tv, dilot tengok dekat tonton.com.my. Hampeh kan…? Dah macam melekat pulak dekat Aaron ni.

Stanza Cinta.. Hasil karya penulisan oleh Nurull Halawati dan diadaptasi dari sebuah novel juga. Drama ni mempunyai persamaan dengan Nora Elena tapi agak berbeza juga dengan Nora Elena. Persamaannya hanyala sama pada watak cinta 3 segi.

Dalam Nora Elena cinta tiga segi wujud di antara Yvonne, Seth Tan dan Nora Elena. Dalam Stanza Cinta pula, cinta tiga segi berkait antara Aaron Aziz (Irfan Ikmal ), Nur Fathia(Amni Sorfina) dan juga Fizz Fairuz(Taufiq Imran).

Manakala perbezaan drama ni, kekuatannya lebih kepada berunsurkan islam. Watak-watak yang ditonjolkan, lebih suci,dan lebih realiti kepada kehidupan yang sebenar.

 

Sinopsis Stanza Cinta


Amni bertunang dengan Irfan, seorang pemuda yang kacak dan kaya raya, tapi dihati Amni masih jelas pada cinta pertamanya iaitu Taufiq, seorang Ustaz dan juga alim.

Adakah Irfan berjaya menambat hati Amni atau sekadar menjadi tunang Amni dan akhirnya Amni bercinta dengan orang lain??


Watak Fizz Fairuz aka Taufiq Imran, Bandung Indonesia - seorang ustaz, alim, berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama, cinta pertama Amni dan juga berjaya menambat hati Amni

Watak Aaron Aziz aka Irfan ikmal – merupakan tunang Amni dan sangat mencintai Amni dengan luhur serta ikhlas. Irfan juga pemuda yang baik, kacak dam kaya raya. Tapi sayang, Irfan kurang ilmu gama berbanding Taufiq dan juga tidak pandai berdikari.

Watak Nur Fathia aka Amni Sorfina – seorang guru agama yang lemah lembut dan penyayang. Sedaya upaya menjadi insan solehah. Amni juga seperti insan lain, yang tidak lari dari dugaan dan dilema dalam kehidupan harian dia.

 

Lirik STANZA CINTA

Berderai mata hatiku
Mendera semua harapan
Selaksa cintaku padanya
ikatan suci romantika naungan-Mu

Meski sejuta cinta menyapa
Masih cenderung ku padanya
Tuhan, satukan hati kami
Di bawah cinta alirkan bahagia di Redho-Mu

Kutidurkan mimpi indah ini
Pada-Mu yang menggenggam takdir
Kusandarkan harapanku ini…
Padamu Ya Ilahi…

Kan kusimpan dalam rongga hati
Stanza Cinta

Lirik: Nurull Halawati & Dodi Hidayatullah
Lagu: Dodi Hidayatullah

Download mp3 . credit to bursalagu.com

Lirik Lagu Kisah Hati Alyah – Kisah Kita (Lagu Tema OST Stanza Cinta TV3)

Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

download mp3


Nota Dilot:
Dapatkan novelnya di sini dan potongan diskaun sebanyak 10%

Layarai fanpage Stanza Cinta di sini

Laman Facebook Aaron Aziz dan Twitter Aaron Aziz atau @Aaron535Aziz

Laman Facebook Fizz Fairuz dan twitter Fizz Fairuz atau @fizz_fairuz

Laman Facebook Nur Fathia dan twitter Nur Fathia atau @fatiyalatiff

 

credit to : Nurull Halawati


Page 8 of 148« First...678910203040...Last »
  • Peluang memenangi hadiah di bawah ini

  • Daftar Email

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

  • Disclaimer

    Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.
  • Buku Muka

  • Pengunjung

  • Copyright © 2008-2011 dilahdilot[dot]com. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | automobiletalk | Exchange Server | Powered by WordPress
    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.