aku ke dilot..

Number of View :182

 

arghhh..macam celaru pulak kebelakangan ni. Nak guna aku atau dilot dalam blog.
Kalau ikutkan sebelum dilot kahwin, dilot memang guna aku. tapi lepas kahwin, automatik tertukar sendiri ke dilot.

Tapi macam tak best pula, sebab dilot rasa macam skema je bile tulis nama dilot sendiri. Idea nak menulis pun macam hilang.

Memang ada perbezaan bila guna atau nama sendiri.

AKU

- Walaupun penggunaan ‘aku’ nampak seperti kasar, tapi penggunaan aku dapat mendekatkan diri pemilik blog dengan rakan-rakan blog. Contohnya perbualan di antara rakan-rakan. Jika menggunakan selain aku, ‘seolah-olah ada halangan di dalam sebuah perbualan’, seperti kurang mesra di antara mereka

- Kalau aku, kita rasa bebas untuk menulis, kita bebas untuk luahkan untuk ceritakan dalam blog. Biasanya blog personal memang sesuaila untuk gunakan ‘aku’ sebagai ganti nama diri.

Ganti nama diri

- Tapi kalau penggunaan nama sendiri, nampak seperti skema sedikit dan sukar untuk didekati.  Tapi ia juga menunjukkan yang kita ni profesional dalam hasil penulisan kita. Sebabnya kita berkongsi maklumat dengan orang ramai, bukan semata-mata menceritakan perihal diri sendiri.

Ok. Untuk memudahkan dilot sendiri, dilot akan gunakan ‘kata ganti nama dilot’, bila dilot menulis entri yang berunsurkan perkongsian maklumat, tapi kalau peribadi, rasanya lebih sesuai menggunakan aku dalam entri dilot.

Boleh ka? boleh kot..

1 Comment more...

Drama Dewa Cintaku episod 2 – siapa Selena?

Number of View :342

Eeeeee…berlagaknya Selena ni….

Salah eja nama pun nak tengking-tengking orang. nak marah-marah orang lain. awak tu dahla staf baru. berlagak betul.

” ejaan nama saya salene bukan salina. nape tak cek dulu. siapa punya keje ni.”

uncle pun satu, boleh pula backup si selena tu..

ni siapa punya kerja ni? ni siapa yang gertanggung jawab ni? kamu berdua minta maaf dengan selena sekarang.”

selena tak kan meredah kalau tak diusik. uncle lebih kenal dengan selena berbanding siapa yang ada dalam pejabat ni”

Arghhh!! hampeh betul uncle. korang marah tak? marah tak? dilot marah ni…(^0^)

 

 

 


1 tahun 1 bulan 21 hari

Number of View :164

setiap kali aku melihat status itu…aku sedih…
setiap kali aku melihat gambar itu…aku hampir nak menangis…

orang cakap..kita kena kuat semangat..kita tak boleh fikir sangat…kita tidak boleh sedih… kita tak boleh mendesak dia untuk ada dalam perut kita.. kita kena tenangkan hati kita….

TAPI….. aku pun insan biasa..

sentiasa mencari kekuatan … untuk menghadapi dugaan ini…
malah mencari dorongan dari insan bernama suami ….

untuk terus bersama diri ini, dalam menghadapi dugaan yang telah DIA beri…

 

Nota Dilot: boleh tak aku nak menangis .. ???


Page 7 of 148« First...56789102030...Last »
  • Peluang memenangi hadiah di bawah ini

  • Daftar Email

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

  • Disclaimer

    Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.
  • Buku Muka

  • Pengunjung

  • Copyright © 2008-2011 dilahdilot[dot]com. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | visionale | Hosted Exchange 2010 | Powered by WordPress
    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.