Hari ini (Jumaat) adalah hari penentu siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara dalam Maharaja Lawak 2011. Siapa? siapa agaknya??? Jozan? Jambu? Nabil? atau Sepah? Berkumpulan atau perseorangan?
Nampak mudah tapi sebenarnya agak sukar untuk mereka mencari idea, mendapatkan kreativiti, memperbaiki prestasi, mempertahankan kedudukan dan meningkatkan daya tahan diri masing-masing.
K1 : Kritikan membina
Ya!!! mereka semua perlu kental dalam menerima kritikan-kritikan, samada dari pihak juri atau penonton. Ada yang bisa, ada yang tajam berduri dan ada yang memberi kata-kata semangat. Ada yang pernah dapat kritikan pedas seperti ‘kelaut-kelaut’, dan ada juga yang mendapat kritikan baik seperti ‘, habis madu sepah tak akan dibuang-buang’.
K2 : Kreatif
Perlu ke kreatif?? MESTI!!. Kalau kreatif tidak ada, lawak yang dihasilkan nanti tentulah kurang kualitinya. TAPI!!! Semua orang kreatif ke? tidak semua orang yang mempunyai kreativiti yang tinggi, tapi jika di asah, dipelajari, dan tidak mudah putus asa, kreativiti itu akan datang dengan sendiri.
K3 : Ketawa
” Hahahahaha!!pecah perut aku dibuatnya…adoiii nak terburai isi perut ni…”
Mungkin mudah untuk ketawa tapi susah untuk buat orang ketawa. Ada beza ke? Mestilah ada bezanya.
Contoh ketawa tanpa jenaka - kita nampak kawan kita tergolek jatuh sebab tersilap langkah. Dah tentu ramai yang akan ketawakan dulu berbanding pergi memberi pertolongan. Ketawa yang tiada maklumat, ketawa yang tiada hujung pangkalnya, dan ketawa itu tiada isinya.
Jadi memang ada perbezaan di antara ketawa tanpa jenaka dan ketawa dengan jenaka. Kenapa perlu ketawa tanpa jenaka sedangkan setiap peserta diberikan kelebihan dengan idea dan kreativiti tersendiri.???
Masing-masing bangkit dengan bersungguh untuk mendapat tempat dihati penonton dan untuk meraih hati peminat dengan lawak jenaka masing-masing.
Nabil Maharajalawak 2011
Tabik!!Ya dilot tabik dengan semangat Nabil. Berminggu-minggu lamanya lawak Nabil tidak berapa lawak dalam Maharajalawak 2011 ini. Seperti telur dihujung tanduk. Setiap minggu, setiap hari jumaat itu juga, Nabil kerap mendapat kecaman dari Juri dan penonton. Nabil juga sudah beberapa kali berada dalam top 3 yang bakal disingkirkan. Tapi Nabil cekal, tabah dan tidak putus asa dalam menghasilkan lawak mantap. Akhirnya, pada peringkat separuh akhir, Nabil berjaya mengalahkan Jambu, peserta yang dari awal pertandingan sudah menjadi sebutan untuk menjadi Johan dalam pertandingan Maharaja Lawak 2011.
Jambu Maharajalawak 2011
Mendapat sambutan yang hangat di awal minggu tapi semakin lama, sengat Jambu semakin hilang jenakanya. Tidak tau di mana silap mereka. Adakah kerana mereka sudah kekeringan idea atau mereka berasa dah terlebih selesa dengan kedudukan mereka yang bakal diisytiharkan sebagai Johan MaharajaLawak 2011.
Pendapat dilot secara peribadi dan pemerhatian dari komen-komen penonton, kebanyakannya, sudah muak dengan tagline yang sering di bawa oleh Jambu. Antaranya ‘Nak tuju lagu boleh? Apa pun tak boleh!! dan wat2 pekak!! . Tagline-tagline itu terlalu kerap dipertontonkan dan diperdengarkan di halwa telinga ‘kami’. dan membuatkan kami semakin muak untuk dengar. Adakah ini juga menunjukkan Jambu sudah terlalu kering dengan idea baru??.
Jozan Maharajalawak 2011
Walaupun di awal persembahan Jozan dikritik hebat oleh para juri, akhirnya mereka bangkit dengan idea yang lebih baik dan dapat mempertahankan kedudukan mereka hampir setiap minggu. Tidak dinafikan Jozan sudah ada ribuan peminat tegar diluar sana, tapi tidak dinafikan juga, mereka memang memiliki idea kreativiti yang tinggi. ‘Meniru gaya selebriti’ adalah antara idea tetap dari Jozan. Hampir setiap minggu mereka menggunakan idea tersebut. Kadang-kadang idea mereka ini logik dan boleh diterima dan kadang-kadang juga seperti ‘terlebih’ sedikit dan meluat dibuatnya.
Sepah Maharajalawak 2011
Budaya Melayu antara trademark yang dikekalkan oleh Sepah. Antara segmen budaya melayu yang mereka pernah gunakan seperti ‘Rewang’, ‘Bidan’, ‘Bomoh dan Hantu’, dan lain-lain. Tapi pasti ramai yang tidak setuju dengan Sepah bila mereka seakan-akan mengajuk percakapan ‘Ustazah siti nurba’yah’. Boleh bukan tidak boleh. Malah Ustazah menerima lawak itu dengan jawapan yang tenang dan terbuka. Tapi ia tetap nampak seperti kurang sopan dan kekurangan adab untuk kita mengajuk percakapan mereka yang berilmu. Dikhuatiri, permulaan ini akan menjadikan ikutan oleh anak-anak muda dan akhirnya tiada lagi perasaan hormat dalam diri mereka pada masa akan datang.
Masing-masing mempunyai gaya yang tersendiri. Masing-masing mempunyai idea yang boleh diterima oleh penonton dan masing-masing mempunyai bakat yang tidak dapat disangkal lagi. Dan masing-masing layak untuk menjadi Johan Maharajalawak 2011 dengan hasil yang telah mereka bawakan pada setiap minggu.
Tapi siapa di antara mereka yang paling layak untuk mendapat gelaran Johan, hanya dapat diketahui malam ini.
Adakah Sepah? (Bujang Lapok zaman moden)
atau Nabil? (satu-satunya peserta solo yang berada diperingkat akhir ini).
atau Jambu? (Peserta yang mengekalkan trademark pakaian berwarna Pink dalam setiap persembahan mereka)
atau Jozan? (Peserta berkumpulan yang sentiasa mendapat tempat di hati penonton )