awak dekat mana?

Number of View :155

adoiii…first time lect aku telefon tanya awak dekat mana? nasib baik aku dah sampai dekat fakulti dan baru je parking kereta. kalau baru bangun tidur, dengan suara lalok, kompem kantoi dengan lect aku yang aku ada niat nak ponteng…

nampak gaya semester ni aku tak boleh ponteng la jawabnya. sedangkan terlambat sikit pun lect dah call tanya, “awak dekat mana? ”

************************************************************************************

kalau aizat kena botakkan rambut.., korang setuju tak?

aku rasa kompem si aizat kena botakkan rambut.

sebabnya,si aizat terlepas cakap hari tu. masa 2 jam sebelum anugerah juara lagu 2010 dia ada beritahu dekat faizal ismail dan ally iskandar, dia berani botakkan rambut dia kalau dia menang ajl tahun ni.

tapi si aizat ni macam berbelah bagi. yela siapa nak botakkan rambut. jadi untuk keputusan muktamad,  faizal ismail dan farah fauzana pun buka la sesi panggilan, kalau ramai yang sokong aizat botakkan kepala dia, makanya si aizat kena botakkan kepala dia.

dan keputusannya..ramai yang menyokong aizat untuk botakkan kepala dia.

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, memang parah la jawabnya. nak tak nak..kena botakkkkkkk jugak…

ps: entri pendek dari aku. tak de mood nak update. perut memulas.


awak dah buat persiapan?

Number of View :252

kalau pergi kursus kahwin..silap haribulan … ada yang kena tanya dengan ayat ni

“awak dah buat persiapan”.. jawapan yang biasa keluar..”belum lagila ustaz..banyak lagi yang saya tak beli…” yang sebenarnya persoalan tu ada 2 jawapan.1) persiapan majlis..dan lagi satu persiapan untuk diri kita sendiri…

dalam menempuh alam perkahwinan… jawapan yang kedua sepatutnya kita fikir.. sekarang ramai yang silap memberi jawapan kalau saya tanya macam tu..ustaz tu katala…

happynya abg mawi dan kakak ekin kita ni…

credit to google

(continue reading…)


pendek kata…botak kot..

Number of View :280

orang lain tunggu finalis..aku tunggu ..bilala turn host-host ni…si faizal ismail dengan ally iskandar asyik berlawan kata jela..ada je peluang, masing-masing nak dengki, walaupun sebenarnya ikut skrip. tapi lawak tetap spontan, tak nampak dibuat-buat.

so? korang puas hati dengan pemenang-pemenang AJL 24 kali ni…

ada yang tak puas hati? mana tau ada yang tak puas hati..kenapa faizal tahir tak juara la..kenapa yuna tak juara la..kenapa pulak black menang jugak…

nak tak nak  kena fikir positif…tu kan dah rezeki dieorg..yang tak menang pulak, dah bukan rezeki dieorg, tapi yang pasti, masing-masing dah buat yang terbaik malam tu…

dan tahniah untuk jibam..penerbit ajl 24.. memang nampak hot sikit AJL 24 ni…yang tak sempat tengok sebab dah terlelap awal, atau tengah memandu,  boleh tengok ulangan dekat you tube..atau klik senarai kat bawah ni…

Persembahan Terbaik
- Aizat (Kau Aku)

Tempat Ketiga
- Faizal Tahir (Bencinta)

Naib Juara Lagu
- Yuna (Dan Sebenarnya)

Vokal Terbaik
- Black Mentor (Aku Rindu Sayang Kamu)

Juara Lagu ke 24
- Aizat (Pergi)

credit to videoKL…nak tengok yang lain ..boleh pergi website videoKL …


  • Peluang memenangi hadiah di bawah ini

  • Daftar Email

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

  • Disclaimer

    Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.
  • Buku Muka

  • Pengunjung

  • Copyright © 2008-2011 dilahdilot[dot]com. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | automobiletalk | Hosted Exchange Server | Powered by WordPress
    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.