• scissors
    August 31st, 2009dilot:: info ::, cinta, curang, lelaki, wanita
    Tajuk entri seperti aku mahu cari gaduh…tidak ..bukan untuk mencari gaduh…hanya sekilas pandangan dengan apa yg telah berlaku baru-baru ini…

    Beberapa hari lepas aku berjumpa dengan kawan aku….bukan khabar gembira tp berita sedih yang aku terima dari dia…….sebabnya teman lelaki dia ingin putuskan hubungan…dan tak jadi untuk mengikat tali pertunangan….padahal sebelum ni, pihak lelaki yang beriya-iya untuk mengikat tali pertunangan….

    antara persoalan yang timbul…

    lelaki sewenangnya meninggalkan perempuan hanya kerana perempuan lain yang baru dikenali dalam 2 bulan..

    bila di tanya kenapa…tiada jawapan yang khusus kenapa dia sanggup berbuat demikian…2-2 baik…2-2 menyenangkan….2-2 buat dia gembira….cuma perbezaan…sorang dia dah kenal lama….lebih setahun..dan sorang lg…hampir 2 bulan….jadi dia amik keputusan untuk dengan yang baru….

    bila di tanya lagi…

    jawapan yang lebih tepat…cinta jarak jauh..cinta jarak jauh menyebabkan hati cepat berasa sunyi dan ingin pengganti secepat mungkin…sebab itu wujud pengganti kedua di saat hidup berjauhan…

    apakah yang mereka mahu…apakah yang mereka impikan dari wanita

    adakah????

    1) paras wajah menawan yang sentiasa menjadi perhatian

    2) struktur tubuh yang menggiurkan…

    3) teman di kala keseorangan

    4) budi bahasa meruntun jiwa

    atau

    5) pasangan yang bijak pandai penyelamat ketika pokai

    Kahwinilah perempuan kerana 4 perkara; Rupa (cantik) , harta, agama, keturunan… Jika kahwin kerana rupa, rupa sahajalah yang dapat. Kalau kerana harta, harta sahaja yang kita dapat… Yang terbaik- pilihlah yang beragama, kerana senang untuk dididik untuk menjadi isteri yang solehah

  • scissors
    August 29th, 2009dilotbercuti, luar negara, majikan
    alangkah indah dan semangatnye untuk bekerja jika…giler best dapat majikan mcm ni

    1) setiap tahun majikan akan bawa pekerja-pekerja untuk bercuti ke luar negara..aku nak ikut gak..

    2) pergi menunaikan umrah bersama-sama pekerja sebagai tanda terima kasih .lagila aku nak ikut

    3) beri bonus tambahan setelah penat membanting tulang bersama dalam siapkan kerja..ni pun aku nak gak

    dan

    4) paling tidak berterima kasih dan sentiasa adil dengan semua pekerja-pekerjanya…bukan hanya memilih seseorang sahaja sebagai anak emas…yang di nmpak hanya sorang je yang berjasa..yang lain sekadar perabis beras jeyg ni penting gak ni…kalau tak leh emo gak aku dwatnye..

    yang pasti amat payah untuk dapat majikan seperti no 1 atau 2…cubela buat amal jariah sikit wahai majikan2 di luar sana

    menghargai setiap usaha dan penat lelah setiap pekerja sebenarnya bukan sebagai usaha yang sia-sia…malah boleh naikkan semangat dan usaha orang bawahan…bila masing-masing dah semangat…barula dapat buat kerja dengan lebih teliti..orang kata…tip top la….sentiasa bagus….tak de masalah…bagi pagi ni…petang dah leh siap…semangat la katekan…betul betul betul

    itu kalau semangat..cuba kalau sebaliknya,,,,tak pernah nak hargai pekerja…malah asyik nak salahkan je..pastu pilih bulu…yang cantik je dapat pujian..dapat makan free…yang ensemnya dapat duit bonus…mana adil mcm tu…mmg nak kene ni majikan mcm ni

    habis pekerja lain xde perasaan ke….boleh tgk je mcm tu…kompem la tak bolehkan..hati mmg dah berbulu2…ngumpat je la jadinya…tak pun sesi kutuk…pastu kompem pekerja dah malas nak bekerja bersungguh-sungguh….rasa mcm tak guna kalau bekerja keras pun….buat kerja pun sekadar habiskan tugasan je…sekadar lepaskan batuk ditangga je

    jadi…prestasi syarikat merudum la,,,,nak ke macam tu…mesti tak nakkan..aku pun tak nak kerja mcm tu..kerja biar ikhlas….itu kan sumber rezeki kite..kerja biarla bersungguh2..biar dapat keluarkan hasil memuaskan,,,jadi untuk wujudkan suasana kerja yang menarik..harus ada ikatan yang baik antara majikan dan pekerja-pekerjanya…baru masing-masing bersatu padu dalam menyiapkan setiap tugasan yang telah diberi…

    jadi… wahai majikan2 di luar sana…silala rajin2 jadi yang mcm no 1 atau 2…pasti pekerja2 berebut nak buat yang terbaik…hehe..senang je aku ckp…

    ikhlas ke keje mcm ni….ke sebab nak makan angin je…??

    bila wujud perasaan baik terhadap majikan….memang secara tak langsung kita akan bekerja dengan bersungguh2… niat untuk ponteng kerja…curi tulang….dan buat sambil lewa….akan terhapus dari jiwa kita….bila hati tidak marah…perasaan ikhlas akan wujud secara automatik tanpa perlu dipaksa…

    aku teringin nak dapat majikan macam no 1 tu…ada ke??korg tak teringin ke…seronok weyh dapat bos yang mcm tu…

    ada..siapa cakap tak de…tp masalahnya…majikan tu buka bengkel membaiki kenderaan…boleh ke aku bekerja di situ…ilmu tentang kereta pun hanya cebisan je yg aku tau…lagi nak betulkan kereta orang,,,merosakkan prestasi kedai tu adela,,,yg ni bengkel baiki kereta …..kira company kecil je…

    yg no 2 tu, tak silap kilang kicap cap kipas udang kat jb…yg ni company besar…pasaran antarabangsa…..

    kiranya..memang ada la majikan yg buat kebaikan dan kebajikan pekerja seperti no 1 dan 2…

    p/s: dulu aku pernah wat target….kalau hit aku cecah 12000 aku nak tukar ke domain www dilahdilot.com..tp ..hehe…dah cecah 12000 pun aku tak tukar lg….bile la agaknye aku dapat tukar…

  • scissors
    August 24th, 2009dilot:: info ::, amalan, masjid, pencuri, perempuan
    susah jugak jadi orang yang tak reti berdiam….tak kira la duduk diam atau mulut tak reti nak diam…bercakap je…

    1) waktu azan berbual tak berhenti…
    2) dalam masjid sambil gelak
    3) imam tgh baca doa pun boleh berbual kuat-kuat

    dan..

    4) mencuri beg tangan perempuan ketika jemaah sedang sujud

    ni baru awal ramadhan..belum masuk pertengahan…tapi kes kecurian dkt masjid makin menjadi-jadi..nak kata setan hasut..setan dah kena ikat…habis tu siapa yang hasut…tak ada siapa-siapa yang hasut…nafsu sendiri…

    jadi

    jangan bawa beg tangan
    jangan bawa duit banyak2

    banyakkan berzikir….

    bawa barang-barang yang penting je la….

    kunci kereta..kalau tak bawa…mcm mana nak masuk kereta nnt…kalau tinggal dekat kereta…kompem dengan kereta boleh ilang,…

    duit..sedekahla duit tu kat masjid…(ikut kemampuan).

    nak letak dekat mana…

    letak betul-betul dalam kawasan yang kita boleh perhati…

    perhatian untuk jemaah wanita

    terutama mereka yang duduk di barisan hadapan. berdekatan dengan tirai yang memisahkan antara perempuan dan lelaki. sebab kes kecurian dekat masjid kawasan rumah aku, banyak yang mcm tu..bila jemaah sedang sujud, pencuri akan tarik dari sebalik tabir tu…

    p/s: semoga dijauhkan dari kita berkelakuan mcm tu….