Dilot

Dilah = Dilot
  • scissors
    August 23rd, 2009dilot:: my story + my life ::, makanan, menu, ramadhan
    arini pasar ramadhan mesti penuh seperti semalam…mungkin untuk semalam arini besok dan hari-hari seterusnya sehingga penamat bulan ramadhan

    bagi keluarga aku, beli juadah di pasar ramadhan mungkin sebulan sekali je..yg lain nya…masak sendiri di rumah..

    makan makanan air tangan ibu sendiri….mungkin itu yang lebih baik…sedap..dan bersih…

    menu bulan puasa

    semalam aku sekeluarga berbuka puasa dengan mee sup..dan arini lak roti jala jadi menu untuk berbuka puasa nanti…..yang pasti , tukang menjala adalah aku…

    kalau bukan bulan puasa, dah lama aku makan roti jala tu….bak kata orang…sambil menyelam sambil minum air…tp untuk aku…sambil menjala sambil makan roti jala…lagila waktu tgh panas..bau dia pun dah menusuk ke perut aku…

    30 masakan untuk sebulan

    mungkin bagi org lain…30 masakan untuk sebulan amat pelik..sebab jarang dibuat…tp bg keluarga aku mmg dah menjadi kebiasaan sejak dari dulu lagi…setiap kali bulan ramadhan..adik-adik aku akan senaraikan menu untuk bulan ramadhan..setiap hari menu yang berlainan…sebab keluarga aku kurang berselera berbuka dengan nasi putih ……tp lebih selera untuk berbuka dengan masakan seperti mee sup, mee hailam, soto, lontong..dan lain-lain..yang penting jangan nasi putih..

    tak membazir ke??

    tak dela membazir….masak cukup-cukup untuk 1 keluarga je dan bagi jiran-jiran sebelah…kalau tak habis ,makan masa sahur nanti…..

    bila masak sendiri…peratusan untuk basi tidak tinggi…..jadi makanan masa waktu berbuka boleh disambung masa sahur…

  • scissors
    August 22nd, 2009dilotMengenaiDilot

    Salam Perkenalan semua!!!…

    Dilot atau sebenar Nurul Adilah Abu Bakar..tapi dalam dunia blogger dilah lebih dikenali dengan nama dilot. Sedang melanjutkan pelajaran dan juga bekerja separuh masa di Universiti Teknologi Malaysia.

    Dilot mula memasuki dunia blogger ni pada tahun lepas…dalam bulan September…Itupun sekadar suka-suka untuk letak serba sedikit mengenai keluarga dan hal diri sendiri..tapi lama kelamaan, info dalam blog dilot semakin bertambah…termasuk cuti-cuti malaysia, tutorial, tmpt makan, photoshop dan lain-lain..

    sebelum ni ada yg kompius dengan dilot…dan soalan tu pernah diajukan beberapa kali..jadi dilot letak di sini eh…

    dilot ni lelaki ke perempuan sbnrnya…?
    perempuan….semestinya perempuan…ok…

    nama dilot ni berasal dari mana…?
    dari sekolah menengah..sigs..rasanya la…sebab mase tu rmi nama dilah..jadi dieorg pening ….rmi sangat nama dilah..jadi kawan2 create satu nama baru…iaitu dilot…sbb dilot je kot yg sesuai untuk gelaran tu..hehe…lepas tu melekatla nama dilot…sampai sekarang…

    ok..tu je la soalan yg biasa diajukan…soalan lain tak ingat sgt..kene belek semula blog dilot…cr balik..kalau ada masa..dilot akan cari balik soalan2 yg pernah diajukan ke dilot…

    Nama : dilot atau dilah
    Umur : 25 tahun
    Pekerjaan : pelajar dan pekerja di UTM..dan…part time freelancer – webdesign dan graphic designer
    Knowledgeable Skills : Microsoft Office, Microsoft Access , Computer Troubleshooting, MySQL, open-source projects – Joomla,
    Programming/Scripting Languages: C, Java, Perl, PHP, CSS, XML, HTML, xHTML Certificate :- Cisco Certified Network Associate (CCNA®)
    Software: Microsoft Project, Macromedia Flash, Macromedia Dreamweaver, Macromedia Director, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Corel Draw
    Universiti: Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia (current-master)

  • scissors
    August 21st, 2009dilot:: my story + my life ::, mimpi
    selamat menjalani ibadah puasa untuk semua umat islam..
    semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun lepas…

    adakah tahun ni, tahun terakhir aku bersahur dan berbuka dengan family aku….

    pernah ke kalian bermimpi?apakah mimpi hanya mainan tido atau petunjuk tentang sesuatu kejadian..adakah mimpi hanya sekadar mimpi..bagaimana jika ia betul-betul berlaku..?

    orang kata kalau bermimpi di patuk ular..itu tandanya ada orang nak masuk meminang…
    kalau mimpi hantu..itu tandanya sebelum tido kita kena baca doa dulu..dan jangan lupa basuh kaki…

    bagaimana jika kalian pernah bermimpi..dan mimpi itu bertukar jadi kenyataan…


    situasi 1
    ah…liatnya aku nak bangun…ngantuk sangat2…
    buka2 mata tgk rumate aku dah bangun lagi awal dari aku…

    zana2…malam td aku mimpi ko la…aku mimpi yang ko happy sangat2,,,aku rasa kalo aku cerita ni ko mest happy gak nnt..aku mimpi ko pregnant…ko siap tunjuk kat aku ‘pregnancy test’ ko tu….positif…..teruja aku nak wish tahniah kat ko…sbb dah mengandung…tp sedar2 rupanya aku mimpi je….hehe..kesian ko kan..mesti hampa ..sbb mimpi je…

    petangnya…kawan aku bg tau…dilah…aku pregnant la…aku dah cek dekat klinik td..mmg sah aku dah mengandung…syukur…

    ko dah bg tau husband ko tak…

    dah..mestilah dah…sambil tu zana pergi ke meja locker untuk ambil ‘pregnancy test’ yang dia buat td…

    zana…ko nye ‘pregnancy test’ ni sama la dalam mimpi aku…..mcm mana aku leh mimpi benda ni….keseluruhan mimpi aku dgn ko lebih kurang sama je…

    9 bulan kemudian…

    aku telefon zana…

    dilah..terima kasih…telefon aku…ko org pertama kawan aku yang telefon aku…aku bersalin semalam…kenapa ko selalu je dapat rasa apa yg berlaku ek…

    situasi 2
    akhir tahun lepas aku pernah bermimpi 3 bujur mayat yang dah siap dikapankan..sangat takut masa tu…kenapa aku boleh mimpi mayat ni….ada apa-apa ke…ah..mimpi je..mimpi kan mainan tidur….aku lupa baca doa kot…

    beberapa minggu kemudian….aku dikejutkan dengan kematian arwah sedara aku…yang koma selama 8 bulan akibat kemalangan jalan raya….

    2 minggu kemudian dikejutkan lagi dengan berita kematian ..arwah pakcik aku meninggal akibat kanser….

    dan selang beberapa minggu kemudian dikejutkan lagi dengan berita kematian jiran aku..ketua hakim mahkamah syariah johor bahru…

    mmm….sebab itu ke aku bermimpi 3 bujur mayat yang dah siap dikapankan….

    situasi 3
    na…ko pe khabar…sihat tak…ok tak…malam tadi aku mimpi ..ko terlibat kemalangan..kereta baru yang ko baru beli tu….tapi ko xteruk la…kereta ko je yang teruk….

    dilot…a ah…aku accdnt smlm dekat bandar….mmg salah aku pun,,,yela aku baru dapat lesen…tak mahir lagi…

    dilot…mcm mana ko boleh mimpi aku accdnt…..betul2 semalam aku accdnt…..ko ni de ‘dejavu’ ke…

    situasi 4
    poknik…mlm tadi aku mimpi ko…aku mimpi ko dapat kerja yang ko interview tu…
    ko siap takut2 nak cakap yg ko dh dapat kerja…

    minggu lepas member aku bg tau…poknik dah dapat kerjala..yg dia interview tu…

    erkkk..terkedu…..mmm….membe aku cakap…ala..poknik mmg boleh dapat pun…keje die kan dah banyak..

    mungkin gak kot….

    situasi terbaru..
    beberapa hari lepas…ha…….siap2 kemas barang2 ko..ko dah nak pindah jb semula..
    apsal lak dilot..ko dh buang tebiat ke ape…..aku baru je dpt keje ni…

    aku mimpi ko dapat keje kat jay bee la…biasa mimpi aku ni betul2 berlaku….

    ada- ada je ko ni…haha…pastu 2-2- gelak…

    besoknya…dilot betulla…apa yang ko mimpi…tak terkata aku..nangis2 aku tadi…aku mmg dapat kerja kat jay be…sayang ar ko lot…ko la org pertama yg tau aku dapat kerja…siap sblm aku tu…ni yang tak adil ni….haha…pastu 2-2 gelak lg

    *******************************************************************

    p/s: tetiba aku teringin nak bermimpi..yang aku jadi jutawan mawan…boleh tak…?hehe…..

    aku ada baca kat denai hati…amalkan sebut perkara yang kita ingin kan tu banyak kali…kalau boleh tulis dekat atas kertas 100 kali..insyaAllah..ia akan jadi kenyataan…info sebenar ada kat sini….klik..