Nur Kasih atau Pirates of the Caribbean

Number of View :266

Cerita mana ya yang best. Rasanya dua-dua best. Dan kedua-dua filem ni akan ditayangkan pad 19 mei ni.

Filem Nur kasih ni memang dah diakui best berdasarkan drama yang pernah ditayangkan sebelum ni. Bukan setakat wanita saja, malah ramai lelaki yang suka menonton drama nur kasih ni. Ini salah satu drama yang berjaya membuatkan ramai penonton mengalirkan air mata. Tidak kira lelaki mahupun wanita, tua mahupun yang muda.

Running Time: 1 Hour 34 Minutes
Director: Kabir Bhatia
Cast: Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz

Filem Pirates of the Caribbean pun best juga. Aku suka watak yang dilakonkan oleh Johnny Depp @ Captain Jack Sparrow.

Running Time: 2 Hours 20 Minutes
Director: Rob Marshall
Cast: Johnny Depp, Geoffrey Rush, Penelope Cruz, Ian McShane, Kevin R. McNally, Astrid Berges-Frisbey, Sam Claflin

Tapi setelah difikir-fikirkan, kami buat keputusan untuk menonton filem  ‘Pirates of the Caribbean’ pada hari jumaat ni. Tiket sudah pun dibeli secara online di ‘Golden Screen Cinemas’. Tidak perlu lagi untuk beratur panjang atau pun keluar awal semata-mata nak booking tempat duduk. Hanya online sahaja, kami dah boleh pilih tempat duduk kami.

Jadual tayangan Filem Nur Kasih dan Pirates of the Caribbean di GSC Cinemas – IOI Mall, Puchong.

Tarikh: 19 Mei 2011 – 25 Mei 2011

Filem: Nur kasih

19/5/2011 -  01:00 PM   03:00 PM   05:00 PM   07:00 PM   09:00 PM    11:00 PM

20/5/2011 – 01:00 PM   03:00 PM   05:00 PM   07:00 PM   09:00 PM   11:00 PM

21/5/2011 – 01:00 PM   03:00 PM   05:00 PM   07:00 PM   09:00 PM   11:00 PM

22/5/2011 – 01:00 PM   03:00 PM   05:00 PM   07:00 PM   09:00 PM

23/5/2011 – 01:00 PM   03:00 PM   05:00 PM   07:00 PM   09:00 PM

24/5/2011 – 01:00 PM   03:00 PM   05:00 PM   07:00 PM   09:00 PM

25/5/5011 – 01:00 PM   03:00 PM   05:00 PM   07:00 PM   09:00 PM   11:00 PM
—————————————————————————————————–

Filem: Pirates Of The Caribbean: On Stranger Tides

19/5/2011 – 12:15 PM   03:15 PM   06:15 PM   09:15 PM   12:15 AM

20/5/2011 – 12:15 PM   03:15 PM   06:15 PM   09:15 PM   12:15 AM

21/5/2011 – 12:15 PM   03:15 PM   06:15 PM   09:15 PM   12:15 AM

22/5/2011 – 12:15 PM   03:15 PM   06:15 PM   09:15 PM

22/5/2011 – 12:15 PM   03:15 PM   06:15 PM   09:15 PM

23/5/2011 – 12:15 PM   03:15 PM   06:15 PM   09:15 PM

24/5/2011 – 12:15 PM   03:15 PM   06:15 PM   09:15 PM

25/5/2011 – 12:15 PM   03:15 PM   06:15 PM   09:15 PM   12:15 AM


mari undi R2 untuk kembali ke Maharaja Lawak

Number of View :236

Banyak-banyak peserta yang telah terkeluar dari Maharaja Lawak ni, hanya sorang sahaja yang layak untuk dimasukkan kembali dan bertanding semula dalam Maharaja Lawak ni. Setelah dibelek-belek, setelah diteliti, setelah dikaji…aku rasa, R2 layak untuk masuk kembali dalam Maharaja Lawak ni. Walaupun R2 ni dikira bakat yang baru dicungkil dari Raja Lawak, tapi lawak R2 agak stabil, agak bagus dan agak lawak untuk buat penonton gelak berbanding dengan peserta lain.

Bagaimana nak undi?

Anda hanya perlu ‘LIKE‘ gambar peserta di facebook Maharaja Lawak. Tarikh tutup untuk like ialah 18 Mei 2011. peserta yang mempunyai jumlah LIKE tertinggi akan diserap masuk semula ke dalam Maharaja Lawak ..

JOM kita undi R2 disini. Pasangan adik beradik ini berjaya mendapat undian LIKE sebanyak 46,258.  Tinggal 1 hari lagi sahaja untuk penonton/peminat untuk LIKE peserta yang mereka kehendaki…


amir tak perlu masuk balik

Number of View :109

aku bukannya anti amir. Aku bukannya tak suka amir atau bukannya benci amir TAPI aku memang tak suka lawak amir. Walaupun nama amir kini disebut-sebut di media online seperti facebook, blog dan juga twitter, tapi kebanyakkannya menyebut nama Amir sebab rasa tidak puas hati dengan lawak yang telah AMIR lakukan. Soalan yang sering dikeluarkan di setiap akhir minggu ialah

bila la si amir ni nak keluar…?? ish..tak keluar lagi ke si amir ni…siapala yang undi amir ni…

tapi sekarang semuanya mampu tersenyum lebar, melakar senyuman yang puas di hati di bibir masing-masing,

sebabnya,  amir telah berjaya dikeluarkan dari MAHARAJA LAWAK ni…majoriti penonton Maharaja Lawak ni memang suka amir dikeluarkan….

KESIAN? Kadang-kadang kesian juga dengan amir ni…sering dikutuk, sering diejek, sering dipandang rendah, tapi nak buat macam mana, lawak amir masih belum boleh diterima oleh segelintir penonton. Kadang-kadang tu, kami sebagai penonton memang tidak faham langsung lawak yang telah diketengahkan oleh AMIR.

Jadi kalau penonton tidak faham, macam mana penonton nak gelak…bila penonton tak gelak, macam mana nak jadi pelawak. ‘ i’m sorry amir. Aku bukannya anti sangat-sangat tapi cuma tak berapa suka dengan lawak amir.

Tapi pada episod lepas (minggu ke-7),  episod ‘silent comedy’, AMIR telah lakukan kesalahan yang amat ketara sekali. Rasanya ini bukan kali pertama, sebabnya, amir antara peserta yang selalu melawan cakap juri. ish ish ish..amir amir…

amir memotong percakapan dan ulasan ahmad idham ketika itu.  waktu tu juri belum lagi habis keluarkan ulasan, tapi amir serta merta minta juri lain memberi ulasan terhadapnya pula.bukankah lebih elok jika amir tunggu dan dengar terlebih dahulu. ambil ia sebagai dorongan untuk terus berjaya..

juri tu pun ibarat guru juga. mengajar dan memberi kritikan, kalau juri atau mereka yang lebih pengalaman tidak memberi komen, macam mana kita nak tau kesalahan kita. betul tak?


  • Peluang memenangi hadiah di bawah ini

  • Daftar Email

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

  • Disclaimer

    Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.
  • Buku Muka

  • Pengunjung

  • Copyright © 2008-2011 dilahdilot[dot]com. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | visionale | Outlook Web App | Powered by WordPress
    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.