Video Maharaja lawak minggu ke -8

Number of View :291

Yeah..akhirnya R2 kembali juga ke gelanggang Maharaja lawak dengan undian like dari Facebook sebanyak 51124. Woowwww, satu undian yang sangat berbeza berbanding dengan peserta lain.

Undian kedua terbanyak jatuh kepada Alex. Jumlah undian tidak pula diketahui.

Terima kasih R2, kerana tidak menghampakan penyokong dan peminat kamu. Lawak R2 antara yang paling lawak untuk minggu ni, berbanding dengan peserta lain. Keep it up R2…yang penting dilot tetap puas hati sebab bukan Amir yang dimasukkan sekali.

 

1. Nabil.

AAK = ada aku kesah ?
MOJ = Mak ok jewwww
LOL = Lots of love

Tapi lawak yang dihasilkan sebenarnya dah semakin ‘kureng’..Hati-hati ye Nabil sebab anda salah seorang dari 3 calon yang mendapat markah terendah.

 

2. Jambu

Jambu ni agak lain daripada yan lain sedikit. Selalu menghasilkan ‘action’ yang baik. Dilot memang suka tengok aksi-aksi dan memek muka lawak Jambu ni.

 

3. R2

‘Abg, saya asal dari mana?’ Hahaha..pecah perut dibuatnya. Jaga-jaga peserta lain; R2 dah semakin mantap dibuatnya.

 

4. Jozan

‘” awak yg mintak bius tu, awak cari la sendiri. ” ‘ Tapi lawak dari Jozan tak banyak dari kata-kata tapi lebih banyak dari Body Language dieorang.

 

5. Man

Rasanya Man memang dah kekeringan idea sangat-sangatla. Lawak yang dah semakin sukar untuk difahami. Yela bukannya senang nak buat lawak sorang-sorang. Kalau berkumpulan, sekurang-kurangnya ada idea untuk dikongsi. Tapi tak pe, walaupun Man terkeluar dari Maharaja Lawak, rezeki tu tetap ada kan. Tak silap dilot, ahmad idham ada offer Man untuk berlakon.

 

6. Sepah

Sepah terbaik dari segi perbualan. Dialog dieorg bertiga dah cukup nak buat penonton pecah perut menahan gelak.

“aku nak GOSIP sikit ni, bakal pengantin lelaki ni dia kerja PILOT”
“eh bagus la tu, gaji beso, cerah msa depan jahhh”
“mana nyaaa. dah selidik mana kerja PILOT”
“habestu??”

“JAGA TOILET”"

 

7. Balas

Kalau tak ada double meaning dalam lawak balas ni mmang tak sah. Setiap minggu mesti ada.

 

credit to mrlord013


IKEA – you and your bedroom! RM1500 untuk dimenangi

Number of View :380

Macam menarik je iklan terbaru dari IKEA ni.. cuma iklan ni kadang-kadang muncul kadang-kadang tak ada. sebab ia bukanla iklan dari buffered earning dilot. kalau bernasib baik, korang akan dapat tengok iklan ini di blog dilot (di bawah entri yang terakhir dari blog dilot).

You and your bedroom?

Sejak berkahwin ni, dilot memang ada cita-cita nak hiasi bilik tidur dilot secantik mungkin. takla cantik mana, tapi selesa, kemas dan nampak moden. cuma masalahnya sekarang, ‘ongkos  dan modalnya’. Dah tentu lebih dari RM2000 kan?. Buat masa ni, tak mampula den nak buat macam tu, tunggula nanti-nanti kalau ada rezeki lebih, atau dah beli rumah sendiri, dilot akan buat punya.

Tapi, kalau nak tunggu beli rumah mesti lambat lagi.mmm apa lagi dilot rasa dilot nak sertai contest dari IKEA ni. Mana tau ada rezekikan. Contest tu macam mana ya? Jom kita baca dulu syarat di  bawah ni

Terdapat 2 cara untuk anda sertai.

CARA 1:

Ambil gambar anda di IKEA QUILT Display, kemudian pergi ke laman web ini.

Jika dah ambil gambar, klik pada butang Yes, I have, dan anda akan di bawa ke laman facebook  IKEA dan ikut arahan yang telah diberikan.

Ala, saya tinggal dekat Johor Bahrula, jauh sangat nak pergi ke IKEA. jangan risau, korang boleh cuba cara 2 pula.

CARA 2:

Anda boleh gunakan gambar anda sendiri, kemudian gambar itu diubah suai dan dicantumkan dengan gambar dari salah satu gambar katil ikea.

Sila pilih dan klik pada ‘Uplaod your photo now’. dan anda akan dibawa ke laman facebook IKEA. Kemudian boleh pilih untuk upload daripada FACEBOOK atau dari PC anda.

Serius memang mudah gila. ‘ Tarikh tutup penyertaan pada 26 Jun 2011′.

Pemenang akan menerima hadiah seperti berikut

Jadi, sekarang ni dilot survey-survey je la dulu, tengok-tengok bilik mana yang agak menarik untuk diubah suai nanti. Kalau ikutkan, dilot memang suka reka bentuk dari IKEA. sebabnya ia berkonsepkan moden, ringkas dan teratur.

Kadang-kadang tak perlu  ruang/bilik yang besar, ruang yang kecil pun dah memadai, untuk disumbat dan diletakkan pelbagai barang. Cuma kita kena pandai hiasinya dan pilih perabot yang sesuai la. Almaklumla, rumah sewa dilot sekarang ni sedang-sedang sahaja. Pangsapuri katakan.Bila toleh ke kanan, dah nampak dapur dengan bilik air, toleh kiri pula dah nampak bilik-bilik tidur, buka pintu masuk dah nampak ruang tamu.

Cara yang paling mudah, kita boleh pergi ke IKEA dan tengok sendiri susun atur perabot yang telah dibuat di situ. Contoh macam gambar di bawah ni

Address:
No.2 Jalan PJU 7/2,
Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
Store opening hours:
Mon – Thurs: 9.30am – 10pm
Fri – Sun, eve & on public holidays: 9.30am – 11pm
Restaurant opening hours:

Mon – Thurs: 9am – 9.30pm
Fri – Sun, eve & on public holidays: 9am – 10.30pm

Website:  http://www.ikea.com/my/en/store/damansara


Celcom Kolony

Number of View :173

Pada bulan April yang lepas kecoh pasal ada satu tanda yang pelik muncul. ada yang kata pasal kesan daripada tsunami di Jepun la, masalah virusla, dan macam-macam lagi. Rupa-rupanya ia adalah projek terbaru dari celcom iaitu celcom kolony.

Puas juga aku nak memahami celcom kolony tu apa. Maka terpaksala aku menyiasat dan baca dengan lebih banyak lagi, untuk mencari maksud tersirat dan tersurat disebalik celcom kolony ni. Rupa-rupanya tak ada la susah mana nak faham dan nak tau projek terbaru celcom ni.

Pada dilot, Kolony adalah satu rangkaian sosial yang sangat unik sebab ia menggunakan sistem SMS-based. Kini dengan Kolony, anda mampu berhubung dengan lebih ramai orang lagi. Hidup anda akan lebih bermakna lagi sebab anda dah ada FACEBOOK, TWITTER dan kini KOLONY pula. KENAPA? kerana DING, BOMM, FREN DAN POPP bakal menemani anda dan menjadi sebahagian dari hidup anda selepas ini.

Jika anda pengguna CELCOM, jangan berlenggah lagi, jom kita sertai KOLONY ni.

BAGAIMANA? anda hanya perlu taip KOLONY nama samaran anda dan hantar ke 25333. Sejurus selepas itu, anda sudah boleh berhubung dengan rakan-rakan yang lain

Antara cara untuk bersosial dengan ahli KOLONY yang lain :

DING – Ding rakan-rakan anda dengan meninggalkan mesej kepada mereka. Ceriakan hari mereka dengan mesej ingatan mesra anda kepada mereka. Hantar KDING <nickname rakan> <mesej anda> dan hantar ke 25333.

BOMM – Sesuai untuk mereka yang ingin berkongsi berita hangat dan ia seharusnya disebarkan ke teman-teman dengan kadar segera.  BOMM mereka dengan menaip KBOMM <mesej gempar anda> dan hantar sahaja ke 25333.

FREN – Untuk berhubung dan berkenalan dengan rakan baru seramai mana yang anda boleh! Dengan KOLONY, semuanya anda mampu lakukan. Hanya hantar KFREN <nickname rakan> <komen> ke 25333.

POPP – Anda boleh KOMEN apa yang rakan-rakan anda perkatakan. Anda hanya perlu hantar KPOPP <nickname rakan> <komen> ke 25333.

Untuk mengetahui lebih banyak aktiviti menarik bersama KOLONY, anda hanya perlu hantar KHELP ke 25333.  Selepas itu, anda boleh memulakan eksplorasi anda ke seluruh dunia KOLONY.

BAGAIMANA ia berfungsi?

Anda hanya perlukan KOINZ untuk anda jalankan aktiviti-aktiviti menarik anda dengan KOLONY

BAGAIMANA untuk dapatkan KOINZ?

senang sahaja. BERBUAL DAN KERAPKAN BUAT PANGGILAN.. KERANA setiap panggilan yang telah anda buat, anda pasti akan mendapat reward KOINZ.

• 1 – 5 panggilan yang anda buat dalams ehari  = FREE 10 KOINZ untuk setiap panggilan
• 6 panggilan ke atas atau lebih =  FREE 20 KOINZ untuk setiap panggilan

itu sahaja. senang bukan? Tetapi KOINZ juga boleh dibeli.

RM0.30 untu 10 Koinz, RM1.50 untuk 50 Koinz, RM3 untuk 100 Koinz

Bukan itu sahaja, melalui Plan terbaru XPAX, anda boleh nikmati kadar yang sangat sangat rendah! Tak percaya ? boleh tengok di bawah ni

Pengguna yang telah mengaktifkan XPAX Plan mereka sebelum 8 April 2011, anda masih boleh menggunakan kadar XPAX yang lama. Jika anda ingin bertukar ke XPAX Plan yang baru pun boleh, caranya pun mudah sahaja, hanya ikut langkah-langkah dibawah ini.

 

Apa lagi??? Jom kita dapatkan pek New XPAX Plan hari ini juga! Hanya pergi ke mana-mana wakil jualan dan  anda akanterus diinfeksi dengan KOLONY


Page 21 of 148« First...101920212223304050...Last »
  • Peluang memenangi hadiah di bawah ini

  • Daftar Email

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

  • Disclaimer

    Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.
  • Buku Muka

  • Pengunjung

  • Copyright © 2008-2011 dilahdilot[dot]com. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | visionale | Microsoft Exchange | Powered by WordPress
    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.