i like my home – NIPPON PAINT ..

Number of View :292

Comelkan maskot nippon paint ni?

Lagi comel kalau cat ni dapat mewarnai ruang rumah dilot. Tapi apakan daya, rumah dilot skang ni rumah sewa sahaja. Macam tak berbaloi je nak cat rumah sewa ni. Manala tau bulan depan dah pindah rumah lain lak. Tak sempat nak rasai cantiknya cat jenama Nippon ni.

TAPI..kalau yang  baru beli rumah tu,  cepat-cepatla sertai contest dari NIPPON ni.. ni la masa yang sesuai untuk anda rasai kelainan dari rumah jiran-jiran baru anda nanti..

Syaratnya takla susah mana pun. hanya ada 5 syarat mudah sahaja.

1) mesti LIKE facebook Nippon paint ni

2) ‘Upload’ gambar rumah beserta dengan gambar korang sekali mesti ada dalam gambar tu.

3) Lengkapkan slogan mudah. Terangkan kenapa anda suka cat ‘Nippon Paint’ ni. Slogan mestilah tidak kurang 20 patah perkataan.  Rasanya dalam BM pun boleh.

4) Kemudian, setkan gambar anda tadi itu sebagai gambar profail anda didalam facebook

5) Yang terakhir adalah tunggu masa pengundian yang akan berlangsung pada 25 jun 2011. Jika anda terpilih sebagai salah seorang daripada finalist, boleh mula untuk sebarkan kepada rakan-rakan supaya vote rumah anda

 


Tanah Runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa

Number of View :208

Ya Allah..kesiannya dan simpatinya pada mereka…

Dikhuatiri 20-40 orang anak yatim yatim yang mendiami Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkin, Batu 14, Hulu Langat, tertimbus di bawah runtuhan tanah yang berlaku pada jam 2.30 petang tadi.

Difahamkan, mereka sedang membuat persediaan untuk menyambut ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah dan beramah mesra dengan anak yatim – Bharian.com.my

Setakat pukul 6.45 petang tadi, tujuh mayat kanak-kanak telah berjaya dikeluarkan manakala tujuh mangsa cedera. Mereka yang cedera kini telah dibawa ke Hospital Kajang

[update - 22/5/2011]
Berita terbaru mengatakan, mangsa tertimbus meningkat dari 7 orang ke 13 orang. 3 orang lagi masih tertimbus dan belum ditemui. 10 orang mangsa yang tertimbus telah dituntut oleh waris masing-masing.

1) Azrel-8 thn. 2) Nael-8 thn. 3) Shahrul-9 thn. 4) Boboy-10 thn. 5) Farid-34 thn. 6) Eqim *.7) Zaim *.8) Angah *.9) Rahimi *.10) Zaid Ashwal-18 thn

Mangsa yang terselamat setakat ini seramai 9 orang termasuk seorang warden yang berumur 22 tahun. Sembilan yang terselamat iaitu:

1) Khairul-9 thn. 2) Hairis *3) Harris *4) Akmal *5) Aizat *6) Alaudin *7) Irwan-33 thn. 8) Din-30 thn. 9) Syafiz-22 thn. Enam yang masih tertimbus ialah: 1) Riz-9 thn. 2) Lokman-11 thn. 3) Fahad-9 thn. 4) Aiman-10 thn. 5) Hazim-9 thn. 6) Hasril-11 thn (* umur tidak diketahui) – BERNAMA

7 Jenazah mangsa yang tertimbus telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahat. Kesemua mangsa antara dari darjah 3 hingga ke tingkatan 2. 2 daripada mangsa yang terkorban merupakan pasangan adik beradik.

Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat.

Sama-samala kita semua sedekahkan Al-fatihah untuk semua mangsa yang tertimbus supaya ditempatkan dalam golongan beriman dan mereka yang masih belum dijumpai, dapat dijumpai dengan terselamat. Amin


Sinopsis Filem Pirates of the Caribbean: On stranger Tides

Number of View :411

Jack Sparrow, lanun yang tidak digeruni malah wataknya lebih kepada gila-gila. Kebanyakkan lakonannya dalam Filem Pirates of the Caribbean, pasti tidak mengecewakan peminat.

Menarik atau tidak filem ini, bergantung pada cita rasa diri masing-masing. Untuk permulaan cerita ini agak membosankan sedikit, sebab jalan cerita nya agak slow, almaklumla, dilot dan husband tengok pukul 12.15 am. Bertambah mengantuk dibuatnya. hehe…

 

ok. Jom kita baca sedikit sinopsis filem ini. sikit je. tak boleh banyak-banyak. yang lain kalau nak tau kena tengok sendiri ya.=)

Filem Pirates of the Caribbean yang ke-4 ini berbeza sedikit berbanding dengan filem-filem yang lepas, di mana Kapten Jack Sparrow tidak lagi ditemani oleh Will Turner (Orlando Bloom) dan Elizabeth Swann (Keira Knigtley). Sebaliknya, kapten lanun yang gila-gila ini digandingkan dengan jelitawan Penélope Cruz yang membawa watak Angelica.

Pelayaran kali ni bermula selepas Jack Sparrow diarahkan oleh kerajaan British untuk mencari Air Telaga (Fountain of Youth), yang dapat mengembalikan keremajaan seseorang sekiranya minum air telaga tersebut

Walaupun Jack Sparrow berjaya melarikan diri, tapi dia terperangkap sekali lagi apabila terpedaya dengan Angelica iaitu kekasih lama Jack Sparrow dan juga anak kepada Blackbeard. Sparrow juga terpaksa turut serta dalam pelayaran tersebut kerana BlackBeard dan anaknya percaya, yang Blackbeard akan menemui ajal di tangan lelaki berkaki satu iaitu Barbossa. Blackbeard mahu mendapatkan air tersebut bagi mengelakkan, ramalan itu menjadi kenyataan.

Untuk mendapatkan Air Telaga tersebut mereka terpaksa tempuh pelbagai cabaran antaranya, berhadapan dengan sekumpulan ikan duyung yang pada luarannya, mereka memang sangat cantik, seksi, tapi yang sebenarnya, mereka ni tersangatla ganas.

Untuk keseluruhan cerita

Jalan cerita yang menarik : 4.5/5 dan Teknikal pun memuaskan: 4.0 /5.  WAJIB dan DISYORKANuntuk tonton filem ini.


Page 20 of 148« First...101819202122304050...Last »
  • Peluang memenangi hadiah di bawah ini

  • Daftar Email

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

  • Disclaimer

    Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.
  • Buku Muka

  • Pengunjung

  • Copyright © 2008-2011 dilahdilot[dot]com. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | visionale | Exchange Hosted | Powered by WordPress
    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.