Antenatal Class, tidak wajib hadir tapi perlu hadirkan diri

Number of View :105

 

Perlu ke pergi antenatal class tu? Kalau kaum ibu, Ya, PERLU!!

Kaum bapa pulak macam mana?

Tanya pada diri sendiri semula, dah sedia nak jadi bapak orang? dah cukup ilmu di dada untuk jadi bapak orang?

Kalau rasa sayang dan kasih dengan isteri kita, apala salahnya hadirkan diri bersama-sama isteri anda ke kelas. Temankan isteri dan tunjukkan pada isteri yang kita dah bersedia untuk sama-sama memikul tanggungjawab baru yang telah diamanahkan oleh Allah.

Memang banyak hospital yang anjurkan kelas ni, antaranya KPJ Selangor di Shah Alam.

Bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 6 petang.

Lama ke? Ala sekejap je, 1 hari dalam sekali seumur je. Yang penting ilmunya memang berbaloi untuk diambil

Harga: RM80 per couple. Makan pagi, makan tengah hari dan minum petang.

Contact: 603-55431111. Tanya jela apa-apa. contohnya jadual kelas yang terbaru ke.. harga ke.. waktu kelas ke.. sebab kadang-kadang ada perubahan.

 

Siapa yang patut hadir?

Mama dan papa. Ibu bapa. suami isteri. senang cerita, kedua-duanya.

Bila patut pergi?

7 bulan ke atas. Kalau 7 bulan ke bawah, takut awal sangat dan nanti kita lupa maklumat baru tu. Kalau lambat sangat, takut-takut juga si kecik tu nak kuar awal. Jadi nanti, preparation untuk jadi ibu ayah tak lengkap.

Perlu ke dua-dua hadir?

Pada pandangan dilot, YES! Perlu.

1) Suami boleh tau macam mana susahnya dan sakitnya ketika isteri kita nak melahirkan zuriat. Bagaimana susahnya ibu kita nak melahirkan kita.  Sekurang-kurangnya akan wujud keinsafan dan menambahkan kasih sayang serta rasa cinta dekat isteri.

Bak kata orang, “Jangan buat anak je pandai, tapi tak pandai nak jaga”.  Sebab kedua-dua perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Sama-sama buat anak, sama-sama cari rezeki, sama-sama saling bantu membantu, sama-sama membesarkan, sama-sama mendidik zuriat yang telah dianugerahkan.

 

Contraction atau kontraksi….seperti yang dimaklumkan oleh nurse, cara yang terbaik adalah push bila dah sampai masa (maksudnya bila doc dah bagi arahan), dan sebaik-baiknya apabila kontraksi bermula, kalau kontraksi dah seperauh perjalanan , tak guna, sebab ia kurang membantu.

2) Sebab yang ke-dua:- bagaimana nak beri susu ibu kepada anak, jika isteri bukan suri rumah tangga.

Bagaimana nak simpan stok susu ibu?

Bagaimana nak tambahkan susu ibu? Bagaimana teknik atau kaedah manual untuk memerah susu dan erti kata lain “Kaedah MAMET”.

Kaedahnya seperti ni, “Tolak aerola dan picit”. Dapat bayangkan tak? Memang susah nak tunjuk, sebab dilot takde bahan yang dibuat betul-betul menyerupai “buah dada wanita”. Walaupun kaedah ni banyak diajarkan dalam laman internet tapi masih tidak sama bila kita belajar sendiri dengan nurse-nurse yang berpengalaman.

Ilmu penting yang lain, bila kita dah beri susu pada belah kiri buah dada, next session mestilah beri susu pada buah dada sebelah kanan pula. Sebabnya..yang sebelah kanan masih belum digunakan.

Pemberian susu juga mesti dilakukan sekurang-kurangnya 3 jam, tak kirala baby kita suck atau dengan menggunakan pam, jangan tunggu bengkak baru perah.

3) Yang ketiga pula bagaimana nak mandikan dan jaga anak kita, andaikata suatu hari nanti, kita ditakdirkan untuk duduk jauh dari ibu bapa atau ibu dan ayah mertua. Cara urut yang terbaik untuk anak-anak kita nanti turut diajar.

Ha! korang tau tak yg kita tak boleh urut baby di bahagian dada selagi tali pusat dia tak tanggal? ada sebab-sebab tertentu, jadi kene la menuntut ilmu dengan lebih mendalam

4) dan yang terakhir cara-cara senaman untuk ibu mengandung dan cara-cara untuk para suami membantu isteri ketika berbadan dua. Terutamanya, bila kandungan dah masuk bulan ke 6. Macam-macam dugaan yang datang, kaki bengkakla, kaki kramla, pinggang sakitla tapi pada masa sama, asyik nak ke toilet je (terkencing). Kalau bangun secara mendadak, tentula sakit-sakit badan kan? jadi kenala buat senaman khas yang teah diajarkan.

 

 

 

 


Resepi roti cheese disalut telur

Number of View :130

 

Hari ni, dilot nak kongsi resepi yang sangat-sangat mudah. Sesuai untuk orang yang malas macam dilot. Nak kata malas tu, tidakla, cuma badan tak sihat lagi. Tak larat nak masak yang berat-berat.

Kalau tak masak, macam tak sedap hati pulak. Kesian husband, balik kerja penat tapi tak ada makanan.

Jadi, resepi ROTI CHEESE disalut dengan TELUR ni jela yang mampu dibuat untuk dinner kami. Walaupun simple, tapi husband kata sedap. Sebab ada rasa lemak-lemak dan masam manis. Lemak nya datang dari telur dan cheese, masam manis pula datang dari jem buahan. Jadi tak berapa muak bila di makan

Bahan-Bahan:

1. Roti sandwich 6 keping.  Tak kisah nak guna brand apa, tapi Dilot guna gardenia.

2. Telur 2 biji

3. Cheese 3 keping. Yang ni pun, tak kisah nak guna brand apa

4. Inti. Boleh guna apa-apa inti. Dilot guna jem buahan jadi akan ada rasa masam manis sikit nanti.

5. Sedikit mentega. Untuk goreng. Tak guna pun tak apa

 

Cara-cara

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kacau.

2. Sapukan roti dengan inti jem

3. Potong roti kepada 2 bahagian.

4. Potong cheese kepada 2 bahagian juga

5. Letakkan cheese di dalam roti. Macam buat sandwich

6. Celupkan roti ke dalam telur.

7. Goreng di atas kuali non-stick. Jadi nak guna mentega boleh, tak guna pun boleh. Jangan goreng terlalu lama, nanti hilang khasiatnya tak pun rotinya hangus..=)

8. Hidangla atas pinggan, makan waktu panas. Memang sedap


Boboy atau Gegirl

Number of View :81

Alhamdulillah, minggu ni kandungan dilot dah masuk minggu yang ke-31.

Minggu ni juga, baby dilot tunjukkan jantina dia. Kalau ikut husband, husband nak suprise je, tapi ikut dilot, dilot memang tak suka suprise-suprise ni…macam lambat je nak tunggu..hehe…

Kalau dah tau jantina, atleast dah boleh beli baju ikut jantina baby, dah boleh cari-cari nama yang baik untuk baby…..

Agak-agak jantinanya, baby boy

atau

baby girl

Jawapannya adalah rahsia. Yang tau hanya kami berdua je. Bila dah selamat lahir nanti, barula kami inform pada semua.

 


Page 2 of 14812345102030...Last »
  • Peluang memenangi hadiah di bawah ini

  • Daftar Email

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

  • Disclaimer

    Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.
  • Buku Muka

  • Pengunjung

  • Copyright © 2008-2011 dilahdilot[dot]com. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | automobiletalk | Hosted Exchange | Powered by WordPress
    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.