Review Drama Nora Elena Episod 12

Number of View :365

Masa untuk update cerita. Walaupun agak lewat tapi dilot nak update jugak. Sebab episod semalam agak menarik jugakla. Seth dengan Elena saling kena mengena di antara satu sama lain. So sweeetttt

Yeah!! betulkan tekaan dilot. Untuk  episod semalam, banyak adegan kena mengena, dengki mendengki di antara Seth dengan isterinya, Nora Elena. Syok woo tengok. Gurau-gurau manja gitu. Dan bertambah seronok, sebab  husband dilot pun join sekali tengok drama Nora Elena ni. Dilot tengok husband asyik senyum kambing sorang-sorang je.

Ok. Hari ni secara rasmi, Seth dah duduk berasingan dengan isteri  dia. Tak nak buat tapi terpaksala kan.

seth ni macam biasala, mesti ada je idea-idea bernas yang keluar, kali ni dia ajak mak dan ayah mertua datang ke kl. sebabnya…Seth nak makan asam pedas dari air tangan mak mertua dia. Apa lagi bengang la si Nora Elena tu. Mana taknya kalau mak dengan ayah dia datang kl, jawabnya dia kena tidur sebilik la dengan Seth Tan tu.

Waktu makan tu, memang ada sesi kena mengena, yang si Elena letak kuah asam pedas banyak-banyak dalam pinggang makan Seth, biar suami dia kepedasan, dan Seth lak letak nasi banyak-banyak dalam pinggang Elena. kira seri la kan. dua-dua kena.

Akhir sekali, masa dieorg nak tidur malam, ada adegan Seth dokong Elena ke katil. so sweet. mesti ramai gadis yang jeleskan atau berangan.

berat ke abg seth angkat? macam berat je..hehe

 

Download:  episod 14

Download: episod 13

Download: episod 12

Download: episod 11

Download: episod 10

 

credit to jiwang


Video Maharaja lawak minggu ke – 9

Number of View :271

Sayang seribu kali sayang sebab dilot tertido hari jumaat lepas, jadi tak dapatla nak tengok dan terpaksala dilot cari juga di laman internet ni.

Tak sangka tapi sebenarnya dilot syak juga, yang BALAS akan terkeluar juga minggu ni. Mustahil la kan, Jozan, Sepah, Nabil, atau Jambu yang terkeluar. Sebab kedudukan dieorg memang kukuh untuk setiap minggu. Kalau R2 yang keluar macam kesianpula, baru diundi masuk balik, tapi dah kena keluar pula. Jadi peminat setia R2 mesti sokong habis-habisan nya.

Youtube Video  Maharajalawak R2:

 

Youtube Video  Maharajalawak BALAS:

 

Youtube Video  Maharajalawak SEPAH:

 

Youtube Video  Maharajalawak NABIL:

 

Youtube Video  Maharajalawak JAMBU:

 

Youtube Video  Maharajalawak JOZAN:


 


Review Drama Nora Elena – Episod 11 (25/5/2011)

Number of View :862

Review Nora Elena – Episod 11

Kesian si Eid kan…memang menyesal tak sudah la. Macam gila talak pun ada. Tapi nasib baik dia dah boleh terima hakikat sikit-sikit.

Sekarang si Nora Elena dah pun selamat jadi isteri kepada Seth Tan. Walaupun isteri hanya pada nama sahaja, tapi hati masih pada orang lain. Sebabnya Nora Elena belum bersedia sepenuhnya untuk jadi isteri kepada Seth Tan.

Malam pertama
Mesti ramai yang tunggu kan, malam pertama dieorg macam mana. Macam gitu jela. Sepi sunyi. Masing-masing buat hal sendiri. Yang si Elena pandang ke kiri, si Seth lak pusing ke kanan. Ada satu ketika tu, Seth cuba jugak letak tangan dia atas Nora Elena, tapi kesian, berapa saat je dia dapat letak tangan atas badan Nora Elena. Macam biasa la, Nora Elena cuba jauhkan badan dia dari tangan Seth Tan. Memang tak dapatla jawabnya.

Besoknya, dieorg bergerak balik pulang ke rumah. Bila sampai dekat rumah, Maria ajak Nora Elena teman dia. Hampa lagi si Seth. Ingat nak duduk berbual dengan isteri tapi Maria terlebih dahulu ajak kakak ipar dia teman dia berborak.

Dalam bilik
Part ni tak boleh tahan. Seth nak tukar baju dia, lepas tu tetiba Nora Elena jerit. sebab rasa malu bila Seth nak tukar pakaian dia depan Elena. Adoii..Elena elena… Kemudian, Nora Elena minta izin pada Seth. supaya dieorg tidur berasingan. Seth izinkanla tapi dengan syarat.. itupun selepas Maria pulang. Seth Tan tak nakla adik dia tahu yang dieorg sebenarnya tak mesra pun. Besoknya pula, Maria ajak Nora Elena teman dia shopping.

Rupa-rupanya, sebelum Eid buat perangai dia, Seth dah pun rancang sesuatu, dia rancang nak hadiahkan sesuatu masa hari perkahwinan Eid dan Nora Elena. Seth Tan minta Yvonne, belikan hadiah dan pos terus ke rumah Eid nanti, selepas majlis perkahwinan dieorg. Tapi sayangnya, perkahwinan tu tak jadi, tapi hadiah lak dah di hantar. Nak batalkan tak boleh, sebab dah bayar. Jadi terpaksala kawan serumah Eid reka cerita untuk cover balik hadiah tu. Dierog cakap, tu hadiah dari opis. Nasib baik ko. Kalau tak, menangis agaknya si Eid tu.

Oh lupa lak, Eid dah dapat kerja baru. Tapi..dekat Qatar. jauhkan.. tak taula sebab apa. Mungkin Eid nak mengubat hati dia yang luka tu kot. Yela kekasih hati dah jadi isteri kepada bekas majikan dia dulu. Dan mungkin sebab rasa menyesal teramat sangat  di atas kebodohan dan keangkuhan diri sendiri.

Tapi tak apa, Eid dah dapat terima kenyataan dengan apa yang berlaku, cuma si Yvonne je belum lagi. Dia tetap tak nak kalah dan nekad untuk terus dapatkan apa yang dia nak. Siapa lagikan kalau bukan si Seth Tan. Sebab Yvonne kan memang ada hati dekat si Seth Tan

Setelah beberapa hari bercuti dirumah, akhirnya Maria pulang semula untuk sambung belajar.

Nota Dilot : Episod untuk besok, dilot tak sabar nak tengok taktik yang Seth cuba lakukan untuk ambil hati Nora Elena. Semalam dia  cuba untuk suapkan nasi goreng ke mulut Nora Elena, berjaya, tapi tu pun sebab Maria. Lepas tu masa Maria nak balik, dia cuba nak peluk Nora Elena pula. Berjaya jugak. Tapi sayang, sekejap jela.

Agak-agaknya hari ni apa ek yang dia cuba buat. Tak sabarnya …ngeee (^ 0 ^ )

 

Twitter siti saleha : @siti_saleha

Download:  episod 14

Download: episod 13

Download: episod 12

Download: episod 11

Download: episod 10

credit to http://jiwang.org/

———————————————————————————————–

Lirik Lagu Berubah – Erry Putra & Reen Rahim (OST Nora Elena)

P: Kau berikan ku waktu
Untuk bersamamu meniti hari

L: Tak puas bagiku dan kau pun berlalu
Tinggalkan ku sendiri
Kelam seluruh jiwaku

P: Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku . . .

L:Kau yang ku kenali
Dan kini menjadi insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati meniti hari

L/P: Semua telah berakhir

L/P: Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku

download mp3

credit to weblagu.com


Page 18 of 148« First...101617181920304050...Last »
  • Peluang memenangi hadiah di bawah ini

  • Daftar Email

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

  • Disclaimer

    Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.
  • Buku Muka

  • Pengunjung

  • Copyright © 2008-2011 dilahdilot[dot]com. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | visionale | Hosted Exchange 2010 | Powered by WordPress
    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.