Suspen je ..ingatkan orang yang mengendap di belakang tembok tu Eid, rupanya si Malik. Apsal pulak dia yang mengendap. ada kene mengena ke dengan ugutan sms tu.
Disebabkan sms ugutan tu jugala, Seth lebih mengongkong pergerakan Elena, pergi pejabat pun Pak ali kena hantar, nak jumpa adila pun dihantar dan dijemput juga, mananya si elena tu tak tertekan.
Tapi silap seth juga, yang dia tak bagi tahu elena cerita sebenar tu pasal apa. dah si elena fikir yang bukan-bukan. Tak pasal-pasal, elena dapat tau cerita dari amir, bukan dari suami dia sendiri.
Eid pula tetiba munculkan diri di hadapan Malik. macam tepat je kan kemunculan eid masa ni dengan ugutan sms tu. macam ada kene mengena je. Eid bagi tau Malik, dia bailk malaysia sebab mak dia sakt. dah seminggu ada dekat Malaysia, besok dah nak balik Qatar, tapi tak taula kan…
Tenang je tengok Seth bila dia dah mula dekatkan diri dengan Allah. Tapi rasa geram balik bila tengok Seth dapat ugutan dari kiriman SMS
Ceraikan isteri kau atau elena akan terima akibatnya.
Ni mesti kerja Yvonne. tak ada orang lain dah yang tergila-gila kan Seth melainkan Yvonne.
Malamnya pulak, tetiba alarm rumah Seth berbunyi. Ish.. Apsal pula bunyi malam-malam buta ni.?? Ada orang cuba nak ceroboh rumah Seth ke takpun ni mesti ada kaitan dengan ugutan SMS sebelum ni.
Disebabkan tu jugak, Malik kena tangkap dengan polis dan disoal siasat. Hubungan malik dengan Seth pun semakin renggang, Yvonne macam biasa, masih tidak puas hati. Kali ni dia datang ke rumah Seth waktu malam pastu ngadu dan menangis di bahu seth, kononnya ditinggalkan kekasih. Apa lagi cemburu la si elena. Isteri mana yang tak cemburu bila lihat suami peluk perempuan lain.
Yang si Amir tu pun satu, Elena kan dah ada suami, tak payahla sibuk-sibuk nak jaga Elena. Ni tak, dapat jaga dari belakang pun jadila. Nak juga kan. Tapi tula kesian dekat Adilla, hati macam parah dan pasrah. Elena dah happy tapi dia pulak yang sedih. Mana taknya, Amir dah mengaku yang dia sayang dan cintakan Elena. Elena pulak kawan baik dia.
Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.