apa? Yvonne bawa arak? ciss..saje je kan. dia tau yg Elena tak suka arak, lagila Yvonne sengaja bawa arak.
Watak Yvonne hari-hari memang menyakitkan je, rasa nak tampar-tampar je si Yvonne tu. Yvonne ni diibaratkan macam syaitan la. dia berjaya hasut semua orang. Berjaya hasut suami tak percaya isteri, isteri tak percaya suami dan kawan tak percaya kawan. Tapi yang si seth tu pun satu, percaya sangat dekat Yvonne, macam tak dapat bezakan je orang tu niat baik ke niat jahat.

Boleh pulak dia suruh Elena duduk makan dekat meja lain, yang dia makan semeja dengan Yvonne. Hei seth, ko buat parti tu kan untuk kenalkan isteri kau dekat client-client dan teman-teman. Ni tak. Kau ikut je ape kata si Yvonne. “Yvonne suruh isteri kau duduk tempat lain, kau pun ikut. Ynonne kata elena tak mesra alam dengan teman-teman kau, pun kau percaya”. Tapi kau tak perasan, tu semua Yvonne punya pasal. Argg geram!! geram! cool dilot cool…hihi..

Karim a.k.a client seth datang ke parti bawa isteri dia juga. cun juga kan. Rupa-rupanya elena dan Nilawati tu dah lama kenal. Tapi sayang seribu kali sayang, Karim ni rupanya kaki pukul isteri. Kesian nilawati, asyik kena pukul je. dah macam jadi punching beg suami dia je. Tak guna beb hidup, kaya raya, rumah besar, tinggal dalam villa kencana tapi hidup hari-hari dera isteri dia. ishhh aku lesing kan karim ni, sesuka hati kau je kan nak bantai isteri.
Ynonne ni kerja dia tak kan habis selagi tak dapat hancurkan rumah tangga elena dengan seth. Boleh pulak dia ternampak elena jumpa amir dekat kedai makan. Siap report dekat seth lagi tu. Report je? no no no..tu bukan Yvonne kalau setakat report je. Mestila Ynonne MMS dekat seth waktu Amir peluk elena. Bukan sengaja peluk ok. Elena nak pitam la.
Apa elena nak pengsan??
mm…Biasanya pengsan atau pitam tanda mengandung…what?? elena mengandung…OMG..elena dah mengandung. memang dia tak sabar nak beritahu dekat seth. tapi sayang..elena memang tak sempat nak beritahu berita gembira tu dekat Seth.
sebabnya, elena call seth banyak kali tak dapat, dan seth call elena banyak kali pun tak dapat juga. Ditambah pulak seth tengah geram pasal MMS gambar tu dan report ‘budus’ dari Yvonne. Pulak tu…elena dah dapat tau siapa yang rogol dia dulu..memang melepasla kan.
bila elena dapat tau?
waktu dia masuk bilik rahsia seth tu la..mula-mula masuk tenang je hati elena, sebab dia tak jumpa botol arak pun, yang ada hanyala kitab suci alQuran, terjemahan ayat dan buku-buku agama lain. Tapi tetiba elena terpandang dekat 1 kotak ni. Macam lawa je, jadi dia bukala kotak tu…tapi tapi…apa yang dia nampak ialah..
seutas rantai emas...mmm…macam pernah ku kenal rantai emas tu..tapi di mana ya…???macam rantai aku yang hilang dulu tu la..adakah adakah??
bersambung….







