Review X-Men – First Class (Prof-x ni kelakar orangnya)

Number of View :243

ish macam tak percaya je ada yang bagi rate 2/5 sahaja untuk filem X-Men First Class ni.

Memang tak ramai yang menonton filem ni, sebab ramai yang pilih untuk menonton KL Gangsters. Dalam panggung haritu pun hanya 3/4 sahaja seat yang diduduki. Walaupaun tak penuh panggung tu, dilot masih berpendapat filem ni boleh ditonton lebih dari sekali. Memang berbaloi. Tak rugi duit. Kiranya 8.8/10 la…

Sinopsis
Filem ni ada persamaan dengan filem-filem x-men yang terdahulu. Dimana penonton boleh tahu..

macam mana Prof – x dapat gelaran prof-x..

Macam mana Prof -X boleh lumpuh

Bagaimana Prof-x dan Magneto boleh jadi sahabat baik sebelum dierog jadi musuh.

Bagaimana Magneto boleh jadi jahat giler.

Bagaimana Prof-x boleh jumpa Mystique.

Kenapa Magneto dan Prof-x mengumpul bala tentera masing-masing?

Kenapa Magneto tak pernah serang Prof-X secara direct je dan bunuh terus?

Kenapa Prof X kalau tak suka Magneto dan die tak boleh masuk dalam minda Magneto dan suruh bunuh diri?

Kenapa Prof X tak boleh baca minda Mystique?

Bagaimana Beast boleh jadi beast? Bagaimana beast boleh jadi duta?

 

Semuanya terjawab dalam Filem X-Men-First Class 2011 ni. Sebabnya filem ni menceritakan permulaan wujudnya mutan-mutan yang jenis baik dan yang jenis jahat. Kalau nak tau lebih lanjut, memang kena tonton filem ni la, dari situ baru terjawab satu persatu yang berlaku dalam X-men yang pernah ditayangkan sebelum ni. Tengok trailer di sini

Review


Filem ni bermula apabila Magneto aka Erik melihat ibunya dibunuh oleh Shaw. Depan mata kepalanya sendiri. Dia hanya diberi 2 pilihan sahaja. Jika dikira sampai 3, Erik tak berjaya menggerakkan duit syiling tu, Shaw akan bunuh ibunya. Tapi malang, duit syiling tu tak dapat digerakkan, maka ibunya menjadi mangsa kekejaman Shawn yang gila kuasa tu.

Disebabkan itu, Erik memang berdendam yang teramat sangat dekat Shaw dan nekad untuk membunuh Shaw. Dalam masa yang sama, Erik bertemu dengan Charles Xavier aka Prof-x. Mereka berpakat untuk melemahkan kuasa Shaw dan mencari mutan-mutan baru di luar sana bagi menubuhkan kelompok mutan yang lebih kuat.

Tapi mesti ramai yang tak sangka, Prof botak atau Prof-x yang dikenali agak serius tu sebenarnya ada unsur-unsur komedi dan lawak juga. Watak komedi tu dimuatkan dalam usaha Charles mencari mutan-mutan muda dan cara Charles membimbing mutan-mutan muda mengendalikan kuasa mereka.

 

Watak Wolverine juga ada diselitkan dalam filem ni walaupun untuk beberapa saat je. Hanya berbeberapa patah perkataan sahaja yang keluar dari mulut Wolverine. “Pergi mampus”. Perghh garang gila, sampai Prof-x dan Magneto pun cuak nak tegur, last-last dieorg keluar je..Cuma tak logiknya, watak Wolverine dalam filem ni nampak tua, sepatutnya lebih muda lagi. Bukankah Prof-x jumpa Wolverine masa dia dah tua.?

Oh ya…kalau nak bawa anak-anak masa menonton filem ni, fikirla 2 -3 kali ya. Sebab ada unsur ‘dewasa’ sikit dalam filem ni. Macam tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Kita yang dah dewasa ni pun rasa macam…auuwww..seksi woo….gluppp….terjolok mata ni tengok. Jadi memang kompomla, budak-budak tak boleh tengok. Jangan sampai jadi macam Seth..sila tonton drama nora elena episod 21 kalau nak tau..

 

Nota Dilot: review ni menurut pandangan peribadi dilot sahaja.


Pertama kali rasa gegaran gempa bumi

Number of View :198

tengah khuyuk buat kerja, tetiba dilot rasa kerusi dilot gegar. Ingatkan kepala dilot berpusing. Tengok botol air. berkocak-kocak juga. Sah memang sah. ‘aku tak pening kepala’. Kalau tak pening, kenapa lak ek..GEMPA!! tu jela yang dilot sempat terfikir..

berderau jugak darah ni. First time dilot rasa gegar macam ni, walaupun sikit je. Terus ym hubby, hubby pun ada rasa gegar juga. cek twitter dan facebook dilot. OK. 100% sah memang majoriti kawasan dekat malaysa\ia ni turut rasa gegaran tu. Kecoh juga dekat facebook dengan twitter pasal gegaran ni. masing-masing dah mula rasa pening.

Kalau rasa gegar, maksudnya gempa bumi tu mesti berlaku dekat-dekat malaysia kan. Kat mana agaknya ya.

3 minit kemudia, tengok status dekat facebook, kawan dilot update status.

patut la bergegar tadi in the office.. Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter telah berlaku di Sumatera Utara pada 8:08 pagi. Pusat gempa bumi terletak di 1.8º Utara dan 98.8º Timur, 330km Baratdaya Klang,
Selangor

Gegaran kedua pula bermagnitud 5.7 skala Richter telah berlaku di Sumatera Utara pada pukul 11.01 pagi. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 1.7 Utara longitud 98.4 Timur. 367 km dari baratdaya Pulau Pangkor, Malaysia. di tempat yang sama

boleh baca dekat sini


Review drama Nora Elena – episod 21 (13/6/2011)

Number of View :311

tidak tidak bukan dia…tidak…

seth: dia sakit ataupun dia ada aktiviti luar ?? ……

seth: apa berita yg gembira sangat nora nak bagi tau abg

elena: sblm sy tanya abg, sy nak tanye abg dulu

seth: abg pun ada sesuatu nak tanye nora

elena: biar saya tanya dulu,,,ni rantai siapa? macam mana abg boleh dapat rantai ni? 10 tahun lalu, saya kehilangan rantai ni dalam suatu kejadian hitam …

elena: it was you

seth: i’m so sorry.

elena: jadi betul la abg…

nampak gaya perang dunia dah nak berlaku antara seth dengan elena.

kejadian rogol tu berpunca sebab seth bergaul dengan rakan-rakan yang sedang menonton filem lucah. dah habis tonton tu, dia pun balikla rumah dan terserempak pulak dengan elena, ntah macam mana, seth ‘tak sengaja’ terogol elena. TAK SENGAJA OK. aissh…booleh pulak tak sengaja ye seth…

tapi betul ke dia tak sengaja. ?? maybe kot..dia cuba nak pulangkan balik rantai tu, dia cuba nak bagi tau elena, tapi sayang, elena dengan keluarga dah pindah dari rumah tu… jadi selama 10 tahun seth merana , cuba cari elena balik untuk mendapatkan kemaafan…

tengah-tengah gaduh tu …tetiba elena…berlari ke bilik air……uwekkk uwekkk…

seth: are you pregnant…??? terimbas balik mesej yang dia dapat dari elena dulu tu,, ‘ ni ke berita gembira yang nora nak bg tau abg’

ahh sudah la kau seth….ko dah tuduh isteri kau…dah mula rasa isteri kau curang…baru nak ‘konon-konon’ happy isteri dah mengandung’

jadi bermulala juga episod perpisahan mereka…elena balik semula ke rumah sewa lama dia dulu…dan duduk balik dengan adilla…

office seth

Yvone menggedik nak urut badan seth…tapi padan muka, dia kena marah dengan seth. tak cukup lagi tu, Yvonne cuba cara lain pula. dia pergi rumah seth.tengok-tengok sekeliling, tak nampak pun kelibat elena. jadi apa lagi, mulala nak cucuk jarum dekat hati seth.

Yvonne: ‘yeke atau dia pergi jumpa Inspektor amir’

ah..aku lesing lagi kang si Yvonne ni…ko punya pasal tau sebenarnya…

tengok lagi kiri kanan depan belakang…confirm elena tak ada…ni peluang aku nak urut badan seth ni…seth pun merelakannya tanpa mengelak atau marah Yvonne. cis dayusnya punya lelaki…tak ingat kat bini langsung..

tengah syok syok urut belakang badan seth, tetiba kak pah datang hantar minuman…caya la kak pah…datang tepat pada waktunya… dan dan Yvonne rasa geram…’ gagal lagi rancangan aku’…

padan muka kau Yvonne…

 

Rumah adilla..

elena: uweeekkk…uwekkk

adilla: elena,,ko ok tak ni..ko pregnant eh..abes tu macam mana..baby tu macam mana nanti

elena: kalau ikutkan aku tak nak anak ni.

adilla: ish ko ni..

elena: tapi betul apa..aku sedang kandung anak, lelaki yang paling aku benci sekali.

 

download episod 21

credit to : jiwang.net


Page 11 of 148« First...910111213203040...Last »
  • Peluang memenangi hadiah di bawah ini

  • Daftar Email

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

  • Disclaimer

    Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.
  • Buku Muka

  • Pengunjung

  • Copyright © 2008-2011 dilahdilot[dot]com. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | automobiletalk | SharePoint Foundation | Powered by WordPress
    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.