Review Drama Nora Elena Episode 24 (Bahagian Akhir)

Number of View :728

Nora ingat,, abg boleh balik tinggalkan nora dekat sini..?????

Risau betul seth dengan elena. Siapa yang tak risau, kalau ada orang nak bunuh isteri kesayangan kita. Risau beb..risau..

Patutla seth risau gila, tau tak yang Yvonne datang hospital tadi. ish bahaya ni…bila-bila Yvonne boleh cederakan elena sebab dia dah tau elena tinggal dekat wad mana.

Amir datang melawat tapi seth tertidur pula. Jadi dia minta tolong dkt elena sampaikan pesanan dia dekat seth je nanti..

amir: nora, ko tolongla bg tau pada seth, janganla cemburu sangat dengan aku, sebab aku xakan rampas hak orang, apatah lagi hak kawan baik aku. Dan dah jelas di hati aku sekarang ni, antara kita hanya kawan sahaja

amir: cuma satu je aku nak minta pada ko nora..please..maafkan seth. aku tak tau apa dosa dia pada ko, dosa besar atau dosa kecil. sumpah aku tak tau.tapi yg pasti dia berhak dimaafkan.  sebab dia suami ko.
pada aku dia adalah jodoh terbaik buat ko.dan ko jagala jodoh ko ni baik2

ah so sweet amir…betul-betul sahabat sejati..

Elena dah boleh balik rumah…

Nora nak balik mana..rumah kita ke rumah dila. Tapi untuk keselamatan nora,jauh daripada Yvonne, nora balikla rumah abg

Dila dengan Nila datang melawat elena. Good news untuk Nila, sebab dia dah dapat kerja, masalah dia dah selesai dan dia dah tau siapa yang banyak bantu dia selama ni, rupanya seth yang upah peguam untuk dia. Tapi kesian dila, masalah kawan-kawan dah settle, cuma tinggal dia je yang tak settle-settle lagi.. masih tercari-cari ‘mr right’ yang belum muncul tu..

5 bulan kemudian.

seth dan elena dah mula berbaik seperti dahulu. Rezeki anak agaknya, seth dah dapat projek baru yang bernilai 4 juta. Waktu seth dapat projek baru tu, elena dah mula rasa sakit untuk bersalin.

Arggh!! Kak pah!! kak pah!…nape ni elena..Ya Allah!! ni air ketuban dah pecah ni Elena.kena pergi hospital cepat..

Dia cuba call seth beberapa kali, tapi tak dapat. Jadi terpaksala elena drive sendiri ke hospital dengan ditemani kak pah.

Elena selamat melahirkan anak. Tapi yang geramnya, belum sempat elena nak menyusukan anak dia, Yvonne dah  curi anak dia dekat hospital dengan menyamar sebagai nurse. Meraung Elena bila dapat tau anak dia kena curi dengan Yvonne. Hanya satu cara sahaja untuk elena dapatkan semula anak dia.

seth kena setuju untuk kahwin dengan Yvonne di Thailand.

I akan pulangkan balik baby ni pada u tapi selepas sah pernikahan kita. Tapi kalau i dapat tau polis ikut i, i akan campak baby ni..“Yvonne ni memang dah sakit jiwa kot..tengokla,siap pakai baju pengantin lagi tu..

Amir terus call polis untuk minta bantuan dan minta diadakan sekatan jalan di sempadan thailand dan akhirnya Yvonne berjaya di tangkap dan anak seth dijumpai di sebuah rumah usang serta dijaga oleh seorang perempuan tua. Kemungkinan orang upahan Yvonne juga.

Beberapa bulan kemudian.

seth: Takkan cium anak je. papa dia tak cium pun.

elena: ngada-ngada la abg ni

seth: yela mana boleh macam tu. sayang anak tapi tak sayang papa dia. Kan KASIH.

seth: cian papa tau. mama tak sayang papa, sayang kasih je. mana boleh macam tu kan

elena: sayang mana boleh tak sayang

seth: tula kata-kata paling indah yang abang pernah dengar

seth: adakah ni maknanya nora dah maafkan dosa-dosa yang abang telah lakukan

elena: Ya *sambil senyum siput malu-malu*

dengan memaafkan dan melupakan kisah hitam tu. akhirnya aku mengecap kebahagian yang selama ini aku cuba lari daripadanya

Tamat sudah cerita romantik ni. so sweet…tapi zaman sekarang ni memang susah la nak dapat orang yang se ‘handsome’ , se’baik’ dan se’romantik’ macam seth ni, tapi orang yang macam Yvonne tu memang melambak dekat luar sana.

download episod akhir


Review drama Nora Elena – episod 23 (15/6/2011)

Number of View :330

spender…Yvonne tinggalkan ‘SPENDER @ SELUAR DALAM’ dia dalam kereta Seth. argghh sengal betul si Yvonne ni. Memang dah tak tau malu betul. Yela sanggup sengaja tinggalkan seluar dalam dia dalam kereta Seth. Mana taknya si elena tu nak termuntah. Nampak seluar dalam perempuan lain dalam kereta suami kita.


Disebabkan ‘seluar dalam’ Yvonne tu, Seth pagi-pagi dah mengamuk dekat office. Malik baru je cakap dekat staff baru

‘awak jangan bimbangla, bos kiteorang ni baik orangnya, tak pernah nak marah-marah staf’

Tapi tetiba seth masuk office terus mengamuk dekat Yvonne. Terkedu juga muka malik dengan staff baru tu. Tak terkata apa dieorg.


Seth pun apa lagi, bila nampak muka Yvonne je, dia terus seret Yvonne ke kereta dan arahkan Yvonne ambil ‘seluar dalam’ tu. Tapi Yvonne ni bongok juga, bagi alasan tak logik. ‘SELUAR DALAM’ tu tercicir dari shopping bag dia. Apanya tercicir, semalamkan dieorg jumpa client. Mana ada pergi shopping complex. Kehkehkeh..kesian Yvonne. Gila dekat seth.

Seth ni takdela kejam sangat, walaupun marah dekat Yvonne, dia masih lagi bagi peluang dekat Yvonne, sekurang-kurangnya 1 bulan notice untuk Yvonne cari kerja lain. Tapi Yvonne ni tak pernah menyesal pun, tengah kemas-kemas barang, sempat lagi dia nak burukkan elena

‘bos tu termakan hasutan elena.’

Asyik cerita pasal Seth dengan Nora je kan. macm bosan lak. Ok!! Ni ada berita baik untuk Nila. Dia dah dapat peguam ok!! Ada orang sanggup bayarkan duit peguam untuk dia. Peguam paling handal dan disegani tu. Lepas ni masalah Nila mesti settle punya. Jangan harap khairul nak kacau dan dera isteri dia lagi. Padan muka kau Khairul

 

Dekat rumah Seth

Seth solat jemaah bersama ayah dan mertua dia. Adalah juga sesi luahan perasaan antara mereka. Mungkin sebab nampak Seth dan Elena bergaduh.

Mak Nora: Kalau kamu tak sanggup lagi jaga Elena, kamu pulangkanla dia pada kami ya. Janganla kamu sakiti hati dia atau sia-siakan hidup dia

Seth: Saya tak pernah rasa macam tu mak,  kalau boleh saya nak jaga nora sampai tua dan sampai hujung nyawa saya mak.

Tapi Nora ni masih lagi buta akibat keegoan hati dia. Masih lagi tak percaya cakap Seth. Dia nak kan kejujuran seth tapi bila Seth dah ceritakan hal yang sebenar, dia kata tipu dan tak percaya lak.

Selepas mak ayah dia pulang, Elena tekad untuk tinggal di rumah adilla, tapi tak jadi. Sebabnya Elena dimasukkan hospital akibat terlalu banyak muntah dan ‘dehydration’ . Masalah dengan Elena belum selesai, Seth diduga dengan masalah lain pula. Khairul atau suami Nila, nekad untuk memutuskan hubungan bisnes antara mereka dan menarik balik semula urusan bisnes yang telah dijalinkan antara dia dan seth. Akibatnya Seth kerugian dan terpaksa bayar balik RM2 juta sebagai ganti rugi. Gilerla..banyak tu. Takpela seth, insyaAllah ada rezeki yang lebih baik menanti di luar sana..

Dilot suka waktu amir melawat elena dekat hospital, sebab amir datang melawatla, seth dapat luahkan dan ceritakan hal sebenar yang berlaku. Memang banyak gila masalah yang seth perlu tanggung, kalau tak diluahkan memang boleh tension tau.

Hospital

Siang berganti malam, malam berganti siang, seth setia menemai elena di hospital. Dan setiap hari tu jugala dia akan bawa beberapa kuntum bunga ros dan sekeping kad untuk elena, agar diberi peluang kedua untuk perbetulkan keadaan dan salah silap dia.

Kawan-kawan elena , adila dan nila juga datang melawat dia di hospital.

Malamnya, Malik dating dengan staf baru tu, waktu jalan-jalan, dia terserempak Yvonne tengah mabuk. Nasib baik Malik jumpa Yvonne cepat, kalau tak, Yvonne mesti dah jadi mangsa lelaki jahat tu. Ntah-ntah kena rogol tak, pastu kena bunuh. Ish takutnya. Nasib baik juga Malik jumpa Yvonne, dapatla dia tau cerita sebenar.

Nora elena kena mati. aku nak bunuh elena

bersambung

download nora elena episod 23

credit to www.melvister.com


Review drama Nora Elena – episod 22 (14/6/2011)

Number of View :306

Ish macam menyampah lak untuk episod 22 ni…Makin menyampah pulak dekat Yvonne. Menyampah dekat Elena pun ya. dekat Seth pun ya juga . Aik macam mana ni. semua watak utama dilot dah benci..(^ 0 ^)

Geram tau…kalau korang tengok mesti geram juga…

Elena datang jumpa Amir untuk mohon maaf diatas syak wasangka dia dan tuduhan dia ke atas amir. Waktu tu jua, Elena bagitahu dekat Amir yang dia pernah diperkosa oleh seseorang.

‘AKU rasa ko tak perlu tau la amir’…

bijak bijak good gurl…Nasib baik Elena ni bijak jugak, dia tak inform pun pasal siapa yang dah rogol dia dulu.

Amir hantar elena pulang ke rumah, waktu sampai di rumah sewa Adilla, elena dapat call kecemasan dari Nilawati dan meminta bantuan Amir untuk hantar dia ke rumah nila

On the way ke rumah Nila, kereta Amir pula tetiba rosak, dan Seth datang menyerang Amir serta menuduh Amir merampas isterinya.

Amir!! ko takde perempuan lain ke dalam dunia ni. Aku ada buktila ko dengan Nora.

Nora minta tolong seth hantar dia dan Amir ke rumah Nilawati. Berdeesssuuppp dieorg terus ke rumah Nila. Tu pun susah juga nak masuk rumah Nila, sebab husband Nila tak bagi. Setelah pot pet pot pet dengan suami Nila..Akhirnya Nila berjaya keluar dari lelaki jahat tu. Dia tumpang tidur di rumah Adilla buat sementara waktu ni.

*Kompem lepas ni , tiada urusan bisnes di antara Seth dan Khairul, dan rasanya lepas ni, Khairul mesti berpakat dengan Yvonne untuk jatuhkan bisnes Seth.

Sampai hospital, Seth dengan tak malunya, terpaksala minta maaf dekat Amir dan dia minta penjelasan pasal gambar yang dihantar oleh Yvonne tu.

lepas tu ada adegan seth marah Yvonne dekat office. Yang ni dilot tak nak review. Buat sakit hati je..hehe…maap ye..

Seth call mak dengan ayah mertua dia, untuk inform pasal Elena dah mengandung, tapi disebabkan tu, mak dengan ayah Elena terus datang kl, sebab tak sabar nak jumpa anak dieorg. Jadi terpaksala Elena balik semula ke rumah Seth.

Sampai ke rumah Seth, Kak pah bagi gincu dekat Elena, sebab ingatkan tu elena punya Tapi dan dan darah elena menyirap naik tinggi..sebab dia tau, tu bukan gincu dia.

 

Yvonne ni memang setan tau, dahla tinggalkan gincu dekat rumah Seth, lepas tu hasut orang lain benci Elena dan busukkan nama elena. Kalau korang, korang marah tak orang tuduh ko macam ni …

Yvonne: Dia ada masalah peribadi. you know what dia dah tak duduk serumah dengan laki dia tau.

Yvonne: Maybe baby kat dalam perut tu anak lelaki lain. Hei..i confident la tu bukan anak bos kite..Elene tu memang perempuan dasar kaki jantan…

Ish ish…memang patut sumbat Yvonne dalam guni pastu campak dalam laut dalam…

Akhirnya, penipuan elena berlakon baik depan mak dan ayah terkantoi juga…Ntah macam mana, mak elena terada waktu dieorg tengah gaduh tu..

Oh ya…suami Nila datang serang..konon-kononnya nak angkut bini dia aka nila balik rumah..Tapi jangan harapla kan, selagi Inspektor Amir aka bodyguard elena tu ada. Memang kena halaula kan..

Pagi esoknyanya, Elena dan seth pergi kerja sama-sama, tapi bile elena tunduk ke bawah seat, tetiba elena terus berlari ke luar kereta dan rasa nak termuntah…

Elena: ya saya nak muntah dengan perangai tak senonoh awak tu..pergila tengok dalam kereta awak tu.

bersambung

 

download nora elena episod 22

credit to


Page 10 of 148« First...89101112203040...Last »
  • Peluang memenangi hadiah di bawah ini

  • Daftar Email

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

  • Disclaimer

    Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.
  • Buku Muka

  • Pengunjung

  • Copyright © 2008-2011 dilahdilot[dot]com. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | automobiletalk | Exchange Server Hosting | Powered by WordPress
    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.