Number of View :322

disweek aku kena gi lumut + pulau pangkor. for honeymoon? no la..belum kawen lagi..nak honeymoon apenye…aku gi kursus under cyberjaya….kursus team development program selama 5 hari. bukan aku sorang. pergi dengan member2 yang seangkatan dengan aku. under company-company dari cyberjaya.

aktiviti dia? pergh memamg mencabar kekentalan jiwa dan tenaga aku … aktiviti paling mantap dia ko kene berkayak..berkayak dekat tasik  ok lagi la kan…,mencabar tu takdela.  ni aku kene berkayak dekat lautan….

mula-mula aku kena berkayak dari lumut ke pulau pangkor, lebih kurang 2 jam kot. ok la…2 jam je, tp kena lawan arus gakla. memang penat nak berkayuh. dah berkayuh separuh tenaga tapi rasa mcm tak bergerak je. yela kayak kami melawan arus. penat jugakla..tak silap aku, jarak dari lumut ke pulau pangkor tu 4 km

pastu sampai di kawasan perkhemahan. bermalam dekat situ. camping ni pun satu masalah gak. tak pernah aku rasa camping mcm ni. bekalan api mmg tak disediakan la. kene masak cara manual. dan hasilnya group memasak aku dapat masak bubur je…xjadi nasi…hehe…pastu masak kari dan sardin untuk makanan tengah hari…..

besoknya, pukul 8 pagi mula berkayuh balik. kali ni lagi mencabar. kene keliling pangkor. penat memang tak terkata la. 8 jam kene berkayak. nak lembik-lembik ala gegirl memang dah takdela. kalau nak macam ala gegirl, memang tertinggal belakang la jawabnya. tu belum lagi cabaran ombak yang tinggi, kapal, feri yang datang, kalau lambat memang dah kena langgar la kan..tapi yang bestnya dapat tengok sotong, obor-obor, ikan pari, dan lain-lain.  jumlah jarak yang aku kena berkayak dalam 25 km.

bosan memang tak terkata la kan. yela nak buat apa tengah lautan tu kan. bukannya ada radio ke, tv ke, tenet ke dalam kayak tu. so kiterog buat aktiviti sendiri. karoke ramai-ramai tengah lautan tu. pastu main game tradisional contoh main teka teki, main rock namakan 5 jenis bunga, dan lain-lain.

dah habis keliling pangkor, nak balik ke lumut pun kena berkayak balik. perghh..hanya DIA je la tau. betapa dah penatnya tangan ni, tenaga pun dah tak de. tapi nak tak nak, kena kayuh gak untuk sampai ke lumut. kalau tak kayuh, kayak akan ke tengah lautan semula.

tapi jangan silap lak, pada aku aktiviti yang dianjurkan oleh outward bound malaysia ni paling best dan bermakna. memang tak sama macam BTN ke atau yang lain-lain. pengalaman memang tak boleh dilupakan. masa ni la kita boleh uji kekentalan diri kita macam mana. masa ni la kita bole lihat sikap sebenar ahli-ahli kta yang lain. yang outspoken tak semestinya dia hebat, dan yang pendiam tu tak semestinya dia lembik.

ni website outward bound malaysia. “  http://www.outwardbound.my ” kalau nak pergi dan buat aktiviti macam ni, boleh tengok dan baca-baca dulu dekat website company tu.