lelaki mudah mengatakan sayang pada orang yang disayangi, tapi dalam masa yang sama, dia lukakan hati orang yang disayangi…
bila kita dah sayangkan seseorang..kenapa kita sanggup untuk hiris hati mereka…
percaya atau tidak jika aku katakan, seseorang yang aku pernah kenali, melafazkan akad nikah di depan tok kadi semasa isteri sedang bertarung di bilik bersalin. jadi apa makna kasih sayang itu sebenarnya?
agak-agak ramai tak yang pasrah bila pelakon berkulit putih gebu ni dah berkahwin dengan Datuk ..?betul atau tidak? hanya mereka sahaja yang tahu..-tamatkisahmereka-

tapi kalaula aku yg jadi isteri pertama …aduh duh duh….terluka beb,,,,,..
masih ada cara untuk tidak melibatkan diri dalam kancah madu tiga empat lima ni..pokok pangkal, kena balik pada diri sendiri dulu…
1. jangan luahkan masalah pada mereka yang berlainan jantina...
luahkan perasaan ni susah sebenarnya, makin lama kita berjumpa, makin kerap kita berhubung, akan terbit perasaan lain, walaupun hakikat asal, kita memang sayangkan isteri atau pasangan kita..
contoh diambil dari merisik khabar di radio era pada 17 disember…masalah bermadu..lelaki ni kahwin 2 …dan punca dia kahwin 2 pun atas kesalahan dia sendiri… masa bergaduh dengan isteri pertama tu, dia luahkan masalah dia dekat perempuan lain, yang sekarang dah jadi isteri kedua la..
2. fikir masak-masak.
kalau kita betul-betul sayang dekat pasangan. dia memang begitu baik, pandai menjaga hubungan sebaik mungkin , kenapa kita perlu khianati kasih sayang itu. fikirkan ia sebagai ibu kita..sanggupkah kita nak lukai hati ibu … fikir balik kebaikan pasangan kita, adakah kebaikan lebih banyak dari keburukan. kalau kebaikan lebih banyak, kenapa kita nak khianati kasih sayang tu. hanya kerana nafsu je..? tak patut…
3. fikir dari segi keburukkan lak..
banyakkan soalan-soalan negatif yang pasti berlaku..macam mana kalau rahsia tu terbongkar. macam mana kita nak beritahu perkara sebenar. macam mana kita nak selesaikan perkara tu. adakah kita sanggup tanggung risiko dapat piring terbang free.. ??kadang-kadang kita ni hanya fikir yang manis-manis je..seronok gak kalau aku pasang spare tyre ni,,, tapi yang keburukan, tak pernah lak nak fikir..tanggapan orang lain kalau dapat tau kita ni jenis macam tu…pasangan kita tu macam mana…hubungan tu macam mana nanti…
4. kalau tak sempat nak berfikir..banyakkan la berzikir dan kembali padaNYA…
“hati untuk dimiliki bukan untuk dilukai“
mudah untuk kita khianati orang lain. tapi bukan mudah untuk mereka yang dikianati tu. kerana perasaan itu, terpahat dalam memori dan sukar untuk diubati..
December 22nd, 2009 on 8:24 pm
owh bagus tips nih..untuk para lelaki yang nak kawen satu lagi..kena pikir dulu..betul kesian kat isteri..
pasal datuk bung mokhtar tuh aku tak berani nak komen la..dia duit banyak..saman aku naya,tapi aku terkejut dia kawen sebab dia siap dye rambut, tak padan ngan tua..
yang aku tak terkejut lak pasal kawen zizie, sebab dia ahli Parlimen kina-batang-an..nama pun semacam jer..
apapun tahniah la kepada zizie, semoga bahagia, jangan pikir sebab duit jer..huhu..
[Reply]
dilot Reply:
December 22nd, 2009 at 8:40 pm
hehe..aku dah buang nama…betul gak kata ko..=)
tips tu berdasarkan kesalahan yg pernah dilakukan oleh seseorang aku kenali..
bukan senang untuk dimadukan..sebab tu sesiapa yang bermadu dengan ikhlas kerana ALLAH..akan terima payung emas dariNYA..
[Reply]
December 22nd, 2009 on 8:40 pm
nombor 1 tue disokong 150%…!
bukan nak tolak hukum Allah yang benarkan poligami… tapi poligami tu diberikan atas sebab-sebab tertentu..
tapi laki ni, kalu nak poligami dengan alasan ikut sunnah. bile dah berpoligami, tak de plak nak jalankan ikut sunnah Rasul kite.dorang ingat senang ke nak berlaku adil.jawab laa nanti depan Tuhan…
lelaki oh lelaki
[Reply]
dilot Reply:
December 23rd, 2009 at 10:43 am
betul tu biha…poligami dibenarkan atas sebab2 tertentu…bukan senang sebenarnya..sbb tu mereka yg betul2 redha bila dimadukan dianugerahkan payung emas nanti..
[Reply]
December 22nd, 2009 on 8:59 pm
ibarat mimpi yang mengerikan! itulah antara ayat yang dapat aku gambarkan situasi seperti di atas.
sebab apa? sebab ia pernah terjadi pada diri ini. alhamdulillah tersentap lebih awal dan dapat dikawal.
back to the basic
[Reply]
dilot Reply:
December 23rd, 2009 at 10:44 am
alhamdulillah..ko tersentap lebih awal…hargai mereka yang ada disisi kita sebaik mungkin…
[Reply]
December 23rd, 2009 on 1:00 am
Dilot.. Wah.. Sepesen lak entry kita.. Huhu.. Soal poligami ni agak kompleks sket.. Tapi, ade pikiran yg waras, gunekanlah.. Jgn ikut kata nafsu.. Baru kputusan yg kite wat tu tip-top.. Heeehee..
[Reply]
dilot Reply:
December 23rd, 2009 at 10:45 am
yup betul tu hana..yg penting fikir sebaik mungkin..jangan ikut nafsu je..ikut nafsu memang parah la kemudian hari,,
[Reply]
December 23rd, 2009 on 2:28 am
aku sanggup tak makan seminggu sebab dia jadi bini no 2 orang.. mak tolong..haha
[Reply]
dilot Reply:
December 23rd, 2009 at 10:46 am
haha..siot je ko..apsal ko tak melamar dia awal2….=)
[Reply]
December 23rd, 2009 on 8:46 am
Keputusan harus di fikirkan dahulu sebelum tindakan di buat. Its no use to cry over spills milk. So berhati-hatilah membuat tindakan.
[Reply]
dilot Reply:
December 23rd, 2009 at 10:47 am
yup dak wan..untuk buat keputusan bukannya mudah..kena fikir dan kaji dulu sebaik mungkin.adakah tindakan itu akan mendatangkan kebaikan atau keburukan..
[Reply]
December 23rd, 2009 on 10:52 am
apa pun keputusan, kena ingat
‘tanggungjawap’
kat dunia bahagia macam kat syurga tapi jgn tersangkut masa soal jawap dgn Allah nnt, sudah
[Reply]
December 23rd, 2009 on 12:47 pm
sy sokong 100 persen ape kamo perkatakan ini..
begitu mudah untuk kau(lelaki) meluahkan kata cinta..padahal..hanya udang di sebalik batu untuk tutup kesalah kau itu..semua itu pernah terjadi dlm keluarga ku..sgt laa fobia bila teringat kembali..adeh..
[Reply]
December 23rd, 2009 on 5:09 pm
kalau lelaki tu kaya, kawen lagi 1, qila ok kot…ahaha
[Reply]
December 24th, 2009 on 8:51 am
ahahaha.. ghitewww
[Reply]
December 24th, 2009 on 9:01 am
hohoho…baru berhajat hendak beristeri dua..haha…
[Reply]
December 24th, 2009 on 11:31 am
alasan baik dan mulia.
dah jodoh,nak buat camne
[Reply]
dilot Reply:
December 24th, 2009 at 11:51 am
yup…soal jodoh mmg kita tak boleh nak tolak atau nafikan…
tapi sesungguhnya, sebelum jodoh itu tiba, kita kene berusaha dan mencari bagaimana nak dptkan jodoh tu..
cth mereka yang belum berkahwin lg, kene berusaha dulu, ramaikan pergaulan, perbaiki tingkah laku, DIA pun memang tidak suka pada mereka yang tidak berusaha terlebih dahulu..
so, sama juga pada mereka yang ingin beristeri 2..bak kata si megat…nasib baik dia tersentap lebih awal..
kalau kita dah cuba untuk elakkan…dah cuba untuk perbaiki balik hubungan itu, dah buat solat istikharah…tp masih juga mcm tu, mungkin itu mmg jodoh dia..
hehe..sori terpanjang pulak..jangan marah naaa~~ peace no war…=)
[Reply]
December 25th, 2009 on 5:05 pm
ske part last tue..btoll..
[Reply]
December 25th, 2009 on 11:50 pm
beb, posting menarik neh beb.
aku suka nasihat ko. sungguh bertepatan sekali.
cuma, in defense, aku nak cakap, laki neh pon manusia gak. selalu nafsu menjadi punca utk kami melakukan kesilapan.
andainya aku ada bakal isteri yg pandai bagi nasihat mcm ko, harap2 bahagia laa sampai ke ujung nyawa. insya-Allah.
[Reply]
August 23rd, 2010 on 11:31 am
megat,
Jodoh, pertemuan ditangan tuhan…andai telah ditakdirkan…pastu juger bermadu…
[Reply]
May 25th, 2011 on 12:25 pm
kejadian lelaki sendiri tu kan unik boleh syg byk ppuan dlm ms yg sama. diorg bkn mcm ppuan klu dah syg hanya itu shj.jika tak, tidaklah agama membenarkan mereka berpoligami.
mmg tak nafikan perasaan ppuan akan terluka, terobek, terhiris n byk lg dukanya jika suami mahu poligami tapi nak buat mcmana agama membenarkan.
usahlah kita borak hal2 mcmni byk2 ttg hati terluka sbb suami nak kawin lg risau akidah kita terbabas
[Reply]
dilot Reply:
May 30th, 2011 at 6:09 pm
Poligami bukan hanya pada keseronokan, tapi terletak pada tanggungjawab serta keadilan yang perlu dipikul terhadap isteri-isteri dan anak-anaknya. samada didunia dan juga diakhirat.
“Firman allah dalam surah AnNisa’ ayat 3 yang bermaksud:
” Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap(hak-hak) perempuan yang yatim bilamana kamu mengahwininya, maka kahwinilah wanita-wanita lain yang kamu senangi ; dua; tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja, atau hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”
Jelas didalam ayat ini menerangkan betapa pentingnya keadilan dalam poligami. Seorang suami perlu berlaku adil kepada kedua isterinya kerana kedua-duanya mempunyai hak yang sama ke atas suami dan berhak mendapat kesenangan yang sama mengikut kemampuan suami. Dan adalah berdosa jika suami mengabaikan hak salah seorang darinya melainkan si isteri kedua redha dan ikhlas menerimanya walaupun ia berhak menerima kesenangan yang sama seperti isteri pertama. “
[Reply]