Number of View :1128

siapa yang tak kenal hanis lagi.?

rasanya ramai yang dah tau  gadis si cantik manis tu. bukan setakat blogger je dah kenal, orang lain pun dah kenal . mana taknya kisah hanis zalikha ni kan pernah dimuatkan dalam helaian Berita Harian. tak percaya? korang klik sini ya

credit to Berita Harian..=) erk…dengan hanis zalikha sekali..=)

sebelum-sebelum ni mak abah korang pelik tak dari mana korang dapat cek nuffnang tu? kalau aku, mak aku memang kurang yakin sikit pasal cek nuffnang tu, yela, siapala nak bg kita rm50, rm100, rm200, ratus-ratus dekat kita. biar betulkan..ntah apa agaknya yang aku jualkan kat internet sampai dpt gaji bulanan dari nuffnang.

tapi sejak terpampangnya cerita pasal blogger cantik manis ni, tipu muslihat rahsia jana wang aku dah dibongkar. yela mak aku dah percaya. bukti sahih dah ada depan mata kan. erkkkk bukan, bukti sahih dari surat khabar je. dan aku tambahkan lagi dengan buka blog hanis zalikha depan mak aku. kasi up lagi kepercayaan mak aku tu. dan hasilnya., tadaaaaaaa, mak aku percaya jugak. fuhhh lega aku.

siapa cakap dapat duit dari nuffnang tak payah bagi tau mak, mana boleh bai, kena bagi tau dekat mak jugak. nak dapat berkat mak ayah. tak de tipu-tipu mak bapak naaa.

takpun korang tengok sendiri si hanis zalikha tu? ada rahsia ke dengan keluarga dia?, kalau dah masuk surat khabar, maknanya bukan setakat keluarga je tau, saudara mara pun mesti dah ada yang tau serba sedikit pasal blog dia tu. aku bayangkan aku macam dia nanti. perasan seyh. erhhhh….boleh tension gak nanti kan. sebab ramai yang dah tau..ok.aku tak mampu la pulak nak jadi macam dia. sekarang ni pun blog aku dah dibongkar oleh mereka-mereka yang anti sayang dekat aku. kalau jadi hanis, lagila macam mana agaknya. perasan betul

ok2..aku nak sambung tajuk entri aku tu….keranamu hanis zalikha…..akhirnya …

mak abah kakak ku percaya jugak dengan cek-cek nuffnang yang aku dapat sebelum ni, kalau tak, berbuih-buih jugak aku nak buktikan tu. fuuhhhh lega hati den. =)..tu aku la..korang lak macam mana. mak bapak tau ke…?? hehe