Number of View :655

blog lucah? mana ada. blog aku ni bebas dari lucah.

maklumat peribadi? aha..aku tau tu yang ko cari kan. nak tau maklumat diri aku.

dah bermacam-macam jenis blog yang aku singgah. memang rata-rata berkisarkan blog peribadi. walaupun tak 100% berkisar peribadi tapi ada jugakla terselit cerita peribadi. kisah cintan cintun la, kisah keluarga la, kisah dekat universiti la. macam-macam kisahla.

boleh dikatakan 3/4 blog yang ada di Malaysia berentrikan blog peribadi dan 1/4 adalah blog ilmiah. blog peribadi ni dah macam diari , tapi takla terlalu peribadi sangatkan. gila apa kalau aku nak ceritakan yang peribadi sangat.

tapi!!!!

sedar atau tidak, kita dah ceritakan rahsia kita di sini. nak atau tidak, sesiapa je boleh cari rahsia kita di internet.

contohnya, cari je nama dilot. alamak ‘terkeluar’ pulak nama aku…cari nama tunang aku..aiseyy..ada pulak email dia.

ni yang aku alami sekarang. seakan dah jadi artis la pulak.

blog aku ni memang campur-campur. macam-macam ada. tapi dari hari ke hari..dari minggu ke minggu, aku tengok ada je yang cari maklumat tentang aku dalam blog aku ni.

dari satu halaman ke satu halaman, dari satu gambar ke satu gambar yang orang-orang ni geledah. dan dalam diam-diam ada jugak yang cari gambar aku ya..ko nak buat apa dengan gambar aku tu?

sorila..dilot memang jarang letak gambar keluarga atau sendiri.

dan yang terbaru, kisah aku dengan tunang aku pun turut diselongkar. apa yang dicari pun tak tau la. kenapa ye? cuma satu je telahan yang aku dapat…mungkin dia tak percaya yang aku ni dah bertunang.

jadi untuk kepuasan si pencari, dengan rela hati dan terbuka hati…aku nak buat pengumuman di sini. ya aku mengaku, aku dah bertunang. dan tunang aku ialah molar (nickname dia jela). harap dah berpuas hati ye.

dulu aku tak rasa tempias-tempias ala-ala glamour. dan sekarang aku dah rasa sedikit. tu belum lagi anonymous yang serang aku. alahai…blog yang tak glamer ni pun diserang jugak..

mungkin ni la satu kelemahan blog peribadi. tak perlu nak upah orang lagi dah. tak perlu guna membe lagi dah. cari je dekat pakcik google, pakcik yahoo.  tadaaaaa…5 page keluar tentang maklumat kita dekat google. dapat  1 keyword penting pun jadila.

kalau kita rasa tak selesa dengan ni semua, hindarkan dan limitkan kisah peribadi di ruangan internet ni

risiko? memang agak tinggi la. dan yang pasti, memudahkan pihak musuh mencari nya