Number of View :416

siapa sokong drama korea? siapa sokong drama melayu..angkat tangan!!

kalau sebut drama korea, masing-masing dah terbayang muka kekacakkan hero-hero korea..mereka-mereka yang suka drama korea ni , budak-budak muda macam aku..kira dalam lingkungan 15 hingga 28 tahun..

orang kata, sokong la filem melayu atau drama melayu..memang la sokong..tapi sesetengah je memenuhi citarasa penonton, yang lainnya, cerita agak kurang menarik minat penonton..

kalau jalan cerita sama je, memang bosan, kecuali jalan cerita macam nur kasih tu, memang tip top la…sentiasa mendapat sambutan,..penonton dah tercongok depan tv sebab nak tengok cerita tu. andaian pun macam-macam yang keluar. jangan kata orang lain, aku sendiri buat andaian macam-macam, si adam  mati, pastu aku buat andaian lain, nur dengan adam tak ada jodoh  sebab sebelum ni nur buat solat istiharah tak nampak penunjuk.

ha jalan cerita macam tu, memang penonton akan sentiasa menanti depan tv. sebabnya… lain dari yang lain. Tapi boleh dibilang berapa banyak drama melayu yang best. kalau drama korea, tengok 3 , 4 kali pun tak bosan. . dah la setiap drama korea tu memang bersiri-siri, tapi tetap tak jemu ditengok.

masa zaman aku belajar dekat UKM, drama FULL HOUSE memang hot, ramai tengok, sebab hero dan heroin nya handsome dan cute.  Bi (Rain) as Lee Young Jae, Song Hye Gyo as Han Ji Eun, Han Eun Jung as Kang Hye Won, Kim Sung Soo as Yu Min Hyuk . yela masa tu umur aku baru 21 tahun

20080331-full-house

ok ni point-point yang aku rasa penyebab utama golongan muda lebih minat drama luar atau drama korea berbanding dengan drama melayu.

1. drama melayu ni artis-artis banyak make-up, mak tuan, tebal habis-habisan, susahla nak nampak artis berlakon tanpa secalit makeup, tu belum masuk bulu mata lentik ..kalau bulu mata lentik ni, rozita cik wan memang no 1 la. Tapi nasib baikla lakonan dia agak mantap.

rozita23 copy

2. hero-hero untuk drama korea ni semuanya lebih cute dan handsome.kalau pelakon melayu, hero-hero ada juga kacak dan cute tapi tak semuanyala. yang kacak dan orang suka, aaron aziz, fahrin ahmad, jehan miskin. yang comel dan kacak tu la dieorg suka, boleh masuk dalam mimpi masing-masing.

3. drama melayu, pakaian pelakon semuanya dah banyak menjolok mata..seksi sana seksi sini. tersembul sana, tersembul sini, kalau drama korea, kurang sikit seksi-seksi ni. jadi diharapkan, artis-artis kita dapat kurangkan keseksian pakaian mereka

4. drama korea ni jalan cerita agak romantik dan ada unsur-unsur percintaan. sebab tu remaja kita suka. masing-masing tengah  hangat bercinta tak pun baru nak rasa kehangatan bercinta, jadi memang tak hairanlan kalau remaja lebih suka jalan cerita korea . sebab hati dieorang seakan-seakan berbunga masa tengok drama korea tu.

5. ni bab jalan cerita pulak, cuba tengok drama korea yang berunsur sedih, memang kebanyakkan penonton mesti habiskan tisu melambak-lambak.padahal tu kali kedua tengok cerita tu. contohnya Stairway To Heaven, Autumn In My Heart, dan Sad Love Story. tapi kalau cerita melayu, kurang sikitla penghayatan dia. jalan cerita drama korea ni seakan-akan boleh tarik jiwa penonton. lagi-lagi bab cinta, si hero korbankan cinta dia, aduhai,, boleh menangis awek-awek yang tengok cerita tu..

mygirl

love

memang senario sekarang, penonton terutamanya remaja lebih suka tengok drama korea berbanding melayu. sebab utama ialah kecomelan dan  kekacakkan pelakon korea. tengok muka dieorg pun bersih je, tak dela make-up tebal mana pun. tapi kalau tak de artis yang pakai make-up, nanti produk  SK-11 siapa lak nak beli..aku ke?