masing2 bercerite tentang masalah sekolah.macam aku jugak. sering bercerite masalah aku dengan family. sekadar berkongsi cerite, andai terjadi sesuatu, yg pasti family dah tau cerite sebenar.
berbalik soal masalah sekolah. sering kali aku dengar yang ibu bapa menyerang sekolah.
dan yg paling tidak masuk akal, guru dipersalahkan. ahh..aku rasa kesian dengan guru-guru, mereka niat untuk mengajar anak-anak mereka dengan baik tapi lain pula yang mereka dapat.
guru dipersalahkan.
kadangkala aku rasa seperti tidak adil, bila anak murid melanggar peraturan, ponteng sekolah, buli pelajar lain, tidak buat latihan yang telah diberikan, guru menegur tapi ibu bapa salahkan guru pula. aiiisshhh…
diberi kerja rumah pun menjadi satu kesalahan.
“kenapa beri anak saya kerja sekolah banyak”. alasan yang diberikan ialah tuisyen. anak saya takde masa nnt nak wat kerja sekolah. kene tuisyen lagi, kerja die banyak. manakah yang wajib. sekolah atau tuisyen.? yang wajib sudah diketepikan malah yang tidak wajib sudah menjadi keutamaan. alahai…
teringat aku di zaman sekolah. pernah guru matematik di sekolah aku baling buku aku ke luar kelas..perghhh..sekali tgk mcm buku jadi superman…2 kali tgk buku dah hampir koyak rabak…sbbnya dulu aku ni malas belajar dan tidak siapkan kerja sekolah tu dah jadi mcm biase..hehe..biasela tu….
guru aku tu mmg amat terkenal di sekolah…sbbnya…terlalu garang la…kalau nak femes….silala garang ye….:D… bila ada buku yang melayang pasti murid-murid lain akan takut pastu kelam kabutla nak siapkan tugasan masing-masing. sebabnya buku dah jadi superman.berterbangan.
baik ke sikap guru yg mcm tu?
mmg tidak baik. sebab bukukan ilmu. tidak baik dicampak malah dibaling sampai jatuh ke tingkat bawah. tapi kadangkala ada baiknya. memberi peringatan kepada pelajar. lain kali siapkan kerje. jangan sesekali malas. hasilnya. ramai meminati subjek itu. dan keputusan sentiasa baik. dan buku dijaga sebaik mungkin. supaya tidak melayang lagi.
bayangkan kalu cikgu aku tidak buat seperti itu sudah tentu pelajar-pelajarnya akan terus leka dan tidak belajar bersungguh. dan pastinya aku tidak mahir dalam bab pengiraan. sekarang mmg aku suke gler dengan matematik. kira pun main congak2 je. main congak2 je??mcm owang tua la pulak aku rase..sbb budak2 sekarang kira gune kalkulator je..
tapi sekarang. guru menegur tentang sikap pelajar pun sudah seperti menjadi satu kesalahan yang amat besar. kerana menyibuk dengan masalah orang lain. niat membantu sudah disalahertikan menjadi menyibuk. alahai..kesian mak ngan kakak aku tau…
guru yang perlu dipersalahkan. atau pelajar terbabit. atau ibu bapa yang perlu dipersalahkan.?
tidak perlu menunding jari tapi kerjasama antara satu sama lain yang perlu dititikberatkan