akhirnya berjaya jugak aku pindah ke domain dan hosting sendiri..lama tau aku tunggu, dari bulan 5 dulu. sekarang ni baru la terlaksana impian aku yang tertangguh hampir 6 bulan tu..sebabnya? ada perkara yang perlu aku selesaikan dulu.
1 disember 2009. tarikh keramat untuk kelahiran blog baru aku ni. senang sikit nak ingat. sebenarnya aku teruja dengan harga domain + hosting yang di kenalkan oleh khai. pukul 6.00 pm aku baca entri terbaru dia, lepas tu terus daftar dan bayar duit di maybank.
untuk blog baru ni, aku guna fivio hosting. maklumat lanjut tentang pembelian hosting + domain di fivio hosting serta tutorial langkah pertama boleh rujuk di blog khai. aku ingat nak tunggu je tutorial 2 dari khai, tapi tak keluar-keluar lagi entri terbaru, jadi aku belajar dengan otai-otai yang mahir dengan wordpress ni.
serius kalau tak ada otai-otai ni, memang lambatla aku setup blog baru aku ni..memang banyak masalah masa nak setup wordpress, tapi untuk coding-coding aku tak ada masalah sangat. Walau apa pun aku masih perlukan bantuan dari mereka yang lebih mahir dari aku..
nak kenal otai-otai tu tak..??hensem-hensem semuanya tapi semua nya lelaki..hehe..dan seorang perempuan
meh sini aku kenalkan serba sedikit kat korang…
