Kampung Budaya & kilang kek lapi sarawak (2.30 ptg – 6.30 ptg)
Hari pertama dapat jejak kaki di kuching dilot terus pergi ke Kampung Budaya.
Harga tiket mahal giler. sorang RM60.00. Tapi nasib baik warga emas dapat diskaun. separuh harga. Mula-mula macam bosan. Tapi first time dilot rasa, dilot suka akan seni tarian. Ntah ek dilot tengok tarian-tarian orang sarawak ni unik. Lepas tu rumah-rumah dieorg pun pelik.
Ada 7 buah rumah semuanya. “Rumah Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Penan, Malayu , Cina dan Rumah Melanau.
Ada yang tinggi ada yang rendah je. yang tinggi tu, mama dengan mak dilot memang tak larat nak naik. Jadi dieorg hanya lalu sajala. Tapi dilot, husband, abah, akak dan adik, memang tak lepaskan peluang naik dari satu rumah ke satu rumah. Tinggi-tinggi tu, rugi kalau tak naik.
rumah korang tak ada tangga ni kan? jadi kene juga rasa naik tangga ni..
Tepat pukul 4 ada pertunjukan tarian. dilot tak ingat tarian apa, tapi memang terhiburla.Rasanya lebih terhibur dari maharajalawak. tak kirala jozan ke, sepah ke, jambu. tapi rasanya nabil dan r2 perlu tengok persembahan mereka untuk tambah idea yang dah sedia ada. Lawak tanpa suara tau. hanya action dan reaction dari raut wajah dieorg je, tapi cukup buat semua penonton terhibur dan gelak je sepanjang dalam dewan tu.
Tinggal lagi 2 minggu sahaja lagi untuk menentukan juara maharajalawak musim pertama ni. MAHARAJA LAWAK minggu ke 11 kali ini bersiaran di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisik, Kuantan, Pahang. Untuk minggu ini, peserta diberikan 2 tugasan. Tugasan pertama mereka adalah bertemakan lawak bebas. Manakala tugasan kedua, setiap peserta akan diberikan 2 barang, dan mereka dikehendaki buat lawak menggunakan barang yang telah diberikan.
Untuk minggu ni, tiada penyingkiran yang dilakukan manakala 3 peserta terbawah ialah R2, Nabil dan Jambu.
Untuk tugasan pertama, Jozan paling best, diikuti Sepah, Jambu, R2 dan last sekali nabil. Itu pada pandangan dilotla.
Jambu
watak untuk minggu ni macam sama je macam dengan sebelum ni. di mana yus memegang watak perempuan. Lawak dari Jambu berkisar di kelab malam. si lelaki aka apek cuba untuk memikat awek aka Yus. Kali kedua usha pun masih tak berjaya lagi. Tapi ape pun watak yus memang lawak la. dengan muka selamba dia, tu yang tak tahan nak gelak je.
R2
Pasangan adik beradik ni, banyak fokus dekat abg . Manakala lawak dari adik agak kurang menarik perhatian. Kadang-kadan terstop seperti kekurangan idea. Tapi boleh tahan jugakla. Lawak part pertama ni berkisar di gerai buah asli di sarawak. si adik nak beli buah manakala abg merupakan penjual buah asli
Sepah
Sepah rasanya dari dulu, hanya syuib dan jep je yang lawak. Mamat agak kurang lawak dan kurang bercakap. Lawak mereka berkisar, syuib yang kecewa dan ingin terjun bangunan sebab frust. Manakala Jep dan mamat cuba nak menyelamatkan Syuib dari terjun bagunan
Nabil
Dilot rasa lawak nabil memang dah tak lawakla. Tapi nasib baikla abg mamat puji Nabil.Lawak nabil berkisar, dia menjadi tukang urut dan ingin urut pelanggan.
Jozan
Jozan memang terbaik berbanding peserta lain. Lawak Jozan berkisar suasana pembaca berita. Zizan jadi penonton manakala Johan pembaca berita. Johan ni memang mahir dalam meniru watak seseorang. Kali ni dia tiru watak DR. Fadzilah Kamsah, Hafiz AF
Tugasan kedua
Untuk tgasan kedua, Jozan tetap paling best, kedua Sepah, ketiga nabil, keempat Jambu dan kelima R2
Jambu
Seterika dan pengering rambut telah diberikan untuk kumpulan Jambu. Lawak jambu agak hampeh la untuk pusingan kedua ni. tak banyak lawak.
R2
Barang yang diberkan untuk R2 ialah lembing dan kerusi. Lawak R2 pun hampa jugak. pengadil pun tak puas hati dengan lawak dieorg.
Sepah
Untuk tugasan kedua, Sepah diberikan sebuah beg luggage dan raket badminton. Tak silap dilot, sepah dapat lakukan 5 segmen lawak jenaka yang sngat kreatif walaupun hanya menggunakan 2 barang sahaja. Hanya Jep dengan Syuib je buat lawak.
Nabil
Nabil diberikan kuali dan sayur petola. Segmen lawak kedua nabil berkisar UFO. Segmen ketiga berkisar askar. Segmen keempat berkisar kompas, Segmen kelima berkisar ular. Segmen keenam berkisar doktor. Untuk part kedua ni, lawak nabil boleh tahan jugala. Setiap segmen nabil memang bernas dan lawak.
Jozan
Jozan diberikan vacum dan kerusi . Segmen berkisar bercakap menggunakan telefon. Segmen kedua berkisar memandu motor, segmen ketiga berkisar pancing, segmen keempat berkisar makan, segmen kelima berkisar selam nak cari ikan, segman keenam…dilot dah tak ingat…hehe…tapi jozan memang terbaik. 2-2 lawak jozan memang lawak dan sangat kreatif menggunakan barang yang telah diberikan.
Untuk minggu ke 12, maharajalawak akan diadakan di JOHOR BAHRU. Jom rakyat johor, mari kita meramaikan dan menggamatkan suasana maharajalawak.
apa? Yvonne bawa arak? ciss..saje je kan. dia tau yg Elena tak suka arak, lagila Yvonne sengaja bawa arak.
Watak Yvonne hari-hari memang menyakitkan je, rasa nak tampar-tampar je si Yvonne tu. Yvonne ni diibaratkan macam syaitan la. dia berjaya hasut semua orang. Berjaya hasut suami tak percaya isteri, isteri tak percaya suami dan kawan tak percaya kawan. Tapi yang si seth tu pun satu, percaya sangat dekat Yvonne, macam tak dapat bezakan je orang tu niat baik ke niat jahat.
Boleh pulak dia suruh Elena duduk makan dekat meja lain, yang dia makan semeja dengan Yvonne. Hei seth, ko buat parti tu kan untuk kenalkan isteri kau dekat client-client dan teman-teman. Ni tak. Kau ikut je ape kata si Yvonne. “Yvonne suruh isteri kau duduk tempat lain, kau pun ikut. Ynonne kata elena tak mesra alam dengan teman-teman kau, pun kau percaya”. Tapi kau tak perasan, tu semua Yvonne punya pasal. Argg geram!! geram! cool dilot cool…hihi..
Karim a.k.a client seth datang ke parti bawa isteri dia juga. cun juga kan. Rupa-rupanya elena dan Nilawati tu dah lama kenal. Tapi sayang seribu kali sayang, Karim ni rupanya kaki pukul isteri. Kesian nilawati, asyik kena pukul je. dah macam jadi punching beg suami dia je. Tak guna beb hidup, kaya raya, rumah besar, tinggal dalam villa kencana tapi hidup hari-hari dera isteri dia. ishhh aku lesing kan karim ni, sesuka hati kau je kan nak bantai isteri.
Ynonne ni kerja dia tak kan habis selagi tak dapat hancurkan rumah tangga elena dengan seth. Boleh pulak dia ternampak elena jumpa amir dekat kedai makan. Siap report dekat seth lagi tu. Report je? no no no..tu bukan Yvonne kalau setakat report je. Mestila Ynonne MMS dekat seth waktu Amir peluk elena. Bukan sengaja peluk ok. Elena nak pitam la.
Apa elena nak pengsan??
mm…Biasanya pengsan atau pitam tanda mengandung…what?? elena mengandung…OMG..elena dah mengandung. memang dia tak sabar nak beritahu dekat seth. tapi sayang..elena memang tak sempat nak beritahu berita gembira tu dekat Seth.
sebabnya, elena call seth banyak kali tak dapat, dan seth call elena banyak kali pun tak dapat juga. Ditambah pulak seth tengah geram pasal MMS gambar tu dan report ‘budus’ dari Yvonne. Pulak tu…elena dah dapat tau siapa yang rogol dia dulu..memang melepasla kan.
bila elena dapat tau?
waktu dia masuk bilik rahsia seth tu la..mula-mula masuk tenang je hati elena, sebab dia tak jumpa botol arak pun, yang ada hanyala kitab suci alQuran, terjemahan ayat dan buku-buku agama lain. Tapi tetiba elena terpandang dekat 1 kotak ni. Macam lawa je, jadi dia bukala kotak tu…tapi tapi…apa yang dia nampak ialah..
seutas rantai emas...mmm…macam pernah ku kenal rantai emas tu..tapi di mana ya…???macam rantai aku yang hilang dulu tu la..adakah adakah??
Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.