Uncategorized

Maharajalawak minggu ke 12- di Johor Bahru

Number of View :306

Persembahan minggu ini diadakan di stadium tertutup johor bahru. Sambutan dari orang Johor memang sangat hangat. *Yeah!!! hidup orang Johor..bangga jadi orang Johor. I love Johor =)*

Keputusan sehingga jam 10.03 malam

jozan 32%,  Nabil 23%, sepah 22%, jambu 11% dan R2 4%

Untuk minggu ini, para peserta diberi 2 tugasan sama seperti minggu lepas.  Tugasan 1 bertajuk bebas dan tugasan kedua peserta akan digandingkan dengan selebriti pilihan mereka.

Peserta 3 terbawah ialah, Nabil, Jambu dan R2.  Dan yang terkeluar ialah Jambu dan R2. Tapi diakhir keputusan, imuniti telah dilakukan, dan Ahmad Idham telah memilih Jambu.

Tugasan 1

Untuk tugasan 1, rasanya sepah dengan Jozan best. Diikuti Nabil, R2 dan Jambu

Sepah: Tajuk berkhatan

Komen Mamat Khalid: abang nampak sepah mengengalkan jenama sepah dan mendekati masyarakat

Nabil: Jual cd/vcd cetak rmpak

CD/VCD Tak berapa halal. Jadi aspal (asli tapi palsu). Otak otak kau kempis
Komen Ahmad idham: inilah persembahan nabil yang saya rasa terbaik. Berjaya mendapat nama seperti peserta berkumpulan

R2: Memancing
dia suruh aku keluar dari bawah katil. * maknanya merajuk la tu..haha sengal* beger tak kongsi, yang kongsi gigi…memangla ngok…macam mana nak makan…haha…
Komen Apek: ada pengisian dan ada penyokong.

Jozan: Dj Radio Rentak Ikut suka anda.

Komen: Mamat Khalid. Kami really enjoy. Tak ada nak komen apa-apa just siapkan diri untuk final nanti.

Jambu: Rancangan Kuiz – kau salah kau memang

komen: ahmad idham – saya rasa awak boleh buat lebih baik. Komen dia macam tak menyokong kumpulan Jambu

 

Tugasan Kedua

Sepah dan Yassin: Situasi ceramah
Walaupun apek dan penonton dari johor memberi sambutan yang menggalakkan tapi dilot rasa macam tak lawak la. Macam terlalu mengajuk penceramah tu je.
Komen: Apek..*dilot tak ingat komen dia..=)*

Nabil dan Bob (Kumpulan Kuman): Rancangan sihat tak saya
komen: Mamat Khalid. *pun dilot tak ingat =) *
R2 dan Ali Mamak. situasi debat antara pencadang (abang) dan pembangkang (ali mamak)
Komen: Ahmad Idham. komedi ada tapi tempo dah lari. idea tu ada tapi ada sedikit kekosongan pada tempo

Jozan dan Linda Onn: Rancangan Om Om bak
Komen apek: -

Jambu dan Achong: merawat gangguan saka
apa maksud 1 Malaysia- zizan jawab, 1 Malaysia dah tahu kak linda dah putus dengan fahrin!! hahaha
Tak berapa lawak. sebab jambu terlalu kerap guna trade mark ‘apa pun tak boleh’ nak tuju lagi boleh. Dah macam bosan bila selalu dengar trademark tu.

Komen Mamat Khalid: idea yang bagus tapi makin lama dia jadi infinit.
Komen idham: suka dengan lawak ni
Komen apek: korang jambu la..*ish apek  ni tak pernah bagi komen yang memberansangkan*

 

Untuk final, Maharajalawak akan diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam
credit to: travel2u academy


Review drama Nora Elena – episod 22 (14/6/2011)

Number of View :312

Ish macam menyampah lak untuk episod 22 ni…Makin menyampah pulak dekat Yvonne. Menyampah dekat Elena pun ya. dekat Seth pun ya juga . Aik macam mana ni. semua watak utama dilot dah benci..(^ 0 ^)

Geram tau…kalau korang tengok mesti geram juga…

Elena datang jumpa Amir untuk mohon maaf diatas syak wasangka dia dan tuduhan dia ke atas amir. Waktu tu jua, Elena bagitahu dekat Amir yang dia pernah diperkosa oleh seseorang.

‘AKU rasa ko tak perlu tau la amir’…

bijak bijak good gurl…Nasib baik Elena ni bijak jugak, dia tak inform pun pasal siapa yang dah rogol dia dulu.

Amir hantar elena pulang ke rumah, waktu sampai di rumah sewa Adilla, elena dapat call kecemasan dari Nilawati dan meminta bantuan Amir untuk hantar dia ke rumah nila

On the way ke rumah Nila, kereta Amir pula tetiba rosak, dan Seth datang menyerang Amir serta menuduh Amir merampas isterinya.

Amir!! ko takde perempuan lain ke dalam dunia ni. Aku ada buktila ko dengan Nora.

Nora minta tolong seth hantar dia dan Amir ke rumah Nilawati. Berdeesssuuppp dieorg terus ke rumah Nila. Tu pun susah juga nak masuk rumah Nila, sebab husband Nila tak bagi. Setelah pot pet pot pet dengan suami Nila..Akhirnya Nila berjaya keluar dari lelaki jahat tu. Dia tumpang tidur di rumah Adilla buat sementara waktu ni.

*Kompem lepas ni , tiada urusan bisnes di antara Seth dan Khairul, dan rasanya lepas ni, Khairul mesti berpakat dengan Yvonne untuk jatuhkan bisnes Seth.

Sampai hospital, Seth dengan tak malunya, terpaksala minta maaf dekat Amir dan dia minta penjelasan pasal gambar yang dihantar oleh Yvonne tu.

lepas tu ada adegan seth marah Yvonne dekat office. Yang ni dilot tak nak review. Buat sakit hati je..hehe…maap ye..

Seth call mak dengan ayah mertua dia, untuk inform pasal Elena dah mengandung, tapi disebabkan tu, mak dengan ayah Elena terus datang kl, sebab tak sabar nak jumpa anak dieorg. Jadi terpaksala Elena balik semula ke rumah Seth.

Sampai ke rumah Seth, Kak pah bagi gincu dekat Elena, sebab ingatkan tu elena punya Tapi dan dan darah elena menyirap naik tinggi..sebab dia tau, tu bukan gincu dia.

 

Yvonne ni memang setan tau, dahla tinggalkan gincu dekat rumah Seth, lepas tu hasut orang lain benci Elena dan busukkan nama elena. Kalau korang, korang marah tak orang tuduh ko macam ni …

Yvonne: Dia ada masalah peribadi. you know what dia dah tak duduk serumah dengan laki dia tau.

Yvonne: Maybe baby kat dalam perut tu anak lelaki lain. Hei..i confident la tu bukan anak bos kite..Elene tu memang perempuan dasar kaki jantan…

Ish ish…memang patut sumbat Yvonne dalam guni pastu campak dalam laut dalam…

Akhirnya, penipuan elena berlakon baik depan mak dan ayah terkantoi juga…Ntah macam mana, mak elena terada waktu dieorg tengah gaduh tu..

Oh ya…suami Nila datang serang..konon-kononnya nak angkut bini dia aka nila balik rumah..Tapi jangan harapla kan, selagi Inspektor Amir aka bodyguard elena tu ada. Memang kena halaula kan..

Pagi esoknyanya, Elena dan seth pergi kerja sama-sama, tapi bile elena tunduk ke bawah seat, tetiba elena terus berlari ke luar kereta dan rasa nak termuntah…

Elena: ya saya nak muntah dengan perangai tak senonoh awak tu..pergila tengok dalam kereta awak tu.

bersambung

 

download nora elena episod 22

credit to


Review drama Nora Elena – episod 21 (13/6/2011)

Number of View :313

tidak tidak bukan dia…tidak…

seth: dia sakit ataupun dia ada aktiviti luar ?? ……

seth: apa berita yg gembira sangat nora nak bagi tau abg

elena: sblm sy tanya abg, sy nak tanye abg dulu

seth: abg pun ada sesuatu nak tanye nora

elena: biar saya tanya dulu,,,ni rantai siapa? macam mana abg boleh dapat rantai ni? 10 tahun lalu, saya kehilangan rantai ni dalam suatu kejadian hitam …

elena: it was you

seth: i’m so sorry.

elena: jadi betul la abg…

nampak gaya perang dunia dah nak berlaku antara seth dengan elena.

kejadian rogol tu berpunca sebab seth bergaul dengan rakan-rakan yang sedang menonton filem lucah. dah habis tonton tu, dia pun balikla rumah dan terserempak pulak dengan elena, ntah macam mana, seth ‘tak sengaja’ terogol elena. TAK SENGAJA OK. aissh…booleh pulak tak sengaja ye seth…

tapi betul ke dia tak sengaja. ?? maybe kot..dia cuba nak pulangkan balik rantai tu, dia cuba nak bagi tau elena, tapi sayang, elena dengan keluarga dah pindah dari rumah tu… jadi selama 10 tahun seth merana , cuba cari elena balik untuk mendapatkan kemaafan…

tengah-tengah gaduh tu …tetiba elena…berlari ke bilik air……uwekkk uwekkk…

seth: are you pregnant…??? terimbas balik mesej yang dia dapat dari elena dulu tu,, ‘ ni ke berita gembira yang nora nak bg tau abg’

ahh sudah la kau seth….ko dah tuduh isteri kau…dah mula rasa isteri kau curang…baru nak ‘konon-konon’ happy isteri dah mengandung’

jadi bermulala juga episod perpisahan mereka…elena balik semula ke rumah sewa lama dia dulu…dan duduk balik dengan adilla…

office seth

Yvone menggedik nak urut badan seth…tapi padan muka, dia kena marah dengan seth. tak cukup lagi tu, Yvonne cuba cara lain pula. dia pergi rumah seth.tengok-tengok sekeliling, tak nampak pun kelibat elena. jadi apa lagi, mulala nak cucuk jarum dekat hati seth.

Yvonne: ‘yeke atau dia pergi jumpa Inspektor amir’

ah..aku lesing lagi kang si Yvonne ni…ko punya pasal tau sebenarnya…

tengok lagi kiri kanan depan belakang…confirm elena tak ada…ni peluang aku nak urut badan seth ni…seth pun merelakannya tanpa mengelak atau marah Yvonne. cis dayusnya punya lelaki…tak ingat kat bini langsung..

tengah syok syok urut belakang badan seth, tetiba kak pah datang hantar minuman…caya la kak pah…datang tepat pada waktunya… dan dan Yvonne rasa geram…’ gagal lagi rancangan aku’…

padan muka kau Yvonne…

 

Rumah adilla..

elena: uweeekkk…uwekkk

adilla: elena,,ko ok tak ni..ko pregnant eh..abes tu macam mana..baby tu macam mana nanti

elena: kalau ikutkan aku tak nak anak ni.

adilla: ish ko ni..

elena: tapi betul apa..aku sedang kandung anak, lelaki yang paling aku benci sekali.

 

download episod 21

credit to : jiwang.net


  • Peluang memenangi hadiah di bawah ini

  • Daftar Email

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

  • Disclaimer

    Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.
  • Buku Muka

  • Pengunjung

  • Copyright © 2008-2011 dilahdilot[dot]com. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | visionale | Outlook Web App | Powered by WordPress
    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.