Uncategorized

Wajah Generasi ke-3 dan ke-4 Sir James Brooke

Number of View :456

Kebetulan dan tuah memihak kepada kami.

Gambar ini diambil ketika berada di “Sarawak River Cruise”. Dan keturunan Brooke turut berada di atas cruise bersama-sama dengan kami

Generasi ke-3 Brooke

James Bertram Lionel Brooke

Generasi ke-empat Brooke (Jason)

 

Sejarah sir James Brooke

James Brooke di Borneo (1841 – 1863)

James Brooke, seorang tentera, pedagang dan penjelajah, tiba di Singapura pada bulan Mei 1839 dalam perjalanannya untuk menjelajah Borneo. Sejurus sebelum ketibaannya, beberapa orang pelayar British telah terkandas di Brunei dan dilayan dengan baik oleh seorang kerabat kepada Sultan Brunei iaitu Raja Muda Hussin. Gabenor Bonham dari Negeri-negeri Selat dan para pedagang British telah meminta Brooke membawa surat penghargaan dan hadiah kepada Raja Hussin.

Pada ketika itu, Raja Hussin berada di Sarawak bagi menentang satu pemberontakan terhadap Sultan Brunei. Sultan telah meminta Brooke memberikan bantuan kepada Raja Hussin dan beliau berjaya menamatkan pemberontakan tersebut. Sebagai penghargaan, Sultan Brunei telah melantik Brooke sebagai Raja Sarawak pada bulan September 1841. Raja Brooke berusaha keras untuk menghapuskan ancaman lanun dan membawa ketenteraman di kawasan persisiran utara Borneo. Ekoran dari usaha beliau, jumlah penduduk telah meningkat dua kali ganda dalam beberapa tahun pentadbirannya. Apabila arang batu ditemui di Labuan, Raja Brooke menasihatkan kerajaan British mengambil Labuan daripada tangan Sultan Brunei supaya ia boleh dijadikan pengkalan bekalan arang batu untuk kapal-kapal wap yang berlayar di lautan timur.

Pada tahun 1847, James Brooke telah dianugerahkan darjah kesatria dan dilantik sebagai Gabenor Labuan dan Ketua Konsol British di Borneo Utara. Beliau bersara pada tahun 1863 dan kembali menetap di England. Selepas kematiannya pada tahun 1868, anak saudaranya telah menggantikan beliau sebagai Raja Sarawak. Pada tahun 1888, Sarawak telah dijadikan sebuah negeri naungan British. Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dari tahun 1841 hingga tahun 1941 apabila Jepun menjajahi Sarawak. Sarawak diserahkan kepada pihak British oleh Sir Charles Vyner Brooke pada 1 Julai 1946 apabila ia dijadikan sebuah koloni diraja.

credit to Sejarah Malaysia


Maharaja Lawak 2011 – peserta perlu ada 3K

Number of View :354

 

Hari ini (Jumaat) adalah hari penentu siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara dalam Maharaja Lawak 2011. Siapa? siapa agaknya??? Jozan? Jambu? Nabil? atau Sepah? Berkumpulan atau perseorangan?

Nampak mudah tapi sebenarnya agak sukar untuk mereka mencari idea, mendapatkan kreativiti, memperbaiki prestasi, mempertahankan kedudukan dan meningkatkan daya tahan diri masing-masing.

K1 : Kritikan membina
Ya!!! mereka semua perlu kental dalam menerima kritikan-kritikan,  samada dari pihak juri atau penonton. Ada yang bisa, ada yang tajam berduri dan ada yang memberi kata-kata semangat. Ada yang pernah dapat kritikan pedas seperti ‘kelaut-kelaut’, dan ada juga yang mendapat kritikan baik seperti ‘, habis madu sepah tak akan dibuang-buang’.

K2 : Kreatif
Perlu ke kreatif?? MESTI!!. Kalau kreatif tidak ada, lawak yang dihasilkan nanti tentulah kurang kualitinya. TAPI!!! Semua orang kreatif ke? tidak semua orang yang mempunyai kreativiti yang tinggi, tapi jika di asah, dipelajari, dan tidak mudah putus asa, kreativiti itu akan datang dengan sendiri.

K3 : Ketawa

” Hahahahaha!!pecah perut aku dibuatnya…adoiii nak terburai isi perut ni…”

Mungkin mudah untuk ketawa tapi susah untuk buat orang ketawa. Ada beza ke? Mestilah ada bezanya.

Contoh ketawa tanpa jenaka -  kita nampak kawan kita tergolek jatuh sebab tersilap langkah. Dah tentu ramai yang akan ketawakan dulu berbanding pergi memberi pertolongan. Ketawa yang tiada maklumat, ketawa yang tiada hujung pangkalnya, dan ketawa itu tiada isinya.

Jadi memang ada perbezaan di antara ketawa tanpa jenaka dan ketawa dengan jenaka. Kenapa perlu ketawa tanpa jenaka sedangkan setiap peserta diberikan kelebihan dengan idea dan kreativiti tersendiri.???

Masing-masing bangkit dengan bersungguh untuk mendapat tempat dihati penonton dan untuk meraih hati peminat dengan lawak jenaka masing-masing.

Nabil Maharajalawak 2011

Tabik!!Ya dilot tabik dengan semangat Nabil. Berminggu-minggu lamanya lawak Nabil tidak berapa lawak dalam Maharajalawak 2011 ini. Seperti telur dihujung tanduk. Setiap minggu, setiap hari jumaat itu juga, Nabil kerap mendapat kecaman dari Juri dan penonton. Nabil juga sudah beberapa kali berada dalam top 3 yang bakal disingkirkan. Tapi Nabil cekal, tabah dan tidak putus asa dalam menghasilkan lawak mantap. Akhirnya, pada peringkat separuh akhir, Nabil berjaya mengalahkan Jambu, peserta yang dari awal pertandingan sudah menjadi sebutan untuk menjadi Johan dalam pertandingan Maharaja Lawak 2011.

Jambu  Maharajalawak 2011
Mendapat sambutan yang hangat di awal minggu tapi semakin lama, sengat Jambu semakin hilang jenakanya. Tidak tau di mana silap mereka. Adakah kerana mereka sudah kekeringan idea atau mereka berasa dah terlebih selesa dengan kedudukan mereka yang bakal diisytiharkan sebagai Johan MaharajaLawak 2011.

Pendapat dilot secara peribadi dan pemerhatian dari komen-komen penonton, kebanyakannya, sudah muak dengan tagline yang sering di bawa oleh Jambu. Antaranya ‘Nak tuju lagu boleh? Apa pun tak boleh!!  dan wat2 pekak!! . Tagline-tagline itu terlalu kerap dipertontonkan dan diperdengarkan di halwa telinga ‘kami’. dan membuatkan kami semakin muak untuk dengar. Adakah ini juga menunjukkan Jambu sudah terlalu kering dengan idea baru??.

Jozan  Maharajalawak 2011
Walaupun di awal persembahan Jozan dikritik hebat oleh para juri, akhirnya mereka bangkit dengan idea yang lebih baik dan dapat mempertahankan kedudukan mereka hampir setiap minggu. Tidak dinafikan Jozan sudah ada ribuan peminat tegar diluar sana, tapi tidak dinafikan juga, mereka memang memiliki idea kreativiti yang tinggi. ‘Meniru gaya selebriti’ adalah antara idea tetap dari Jozan. Hampir setiap minggu mereka menggunakan idea tersebut. Kadang-kadang idea mereka ini logik dan boleh diterima dan kadang-kadang juga seperti ‘terlebih’ sedikit dan meluat dibuatnya.

Sepah  Maharajalawak 2011
Budaya Melayu antara trademark yang dikekalkan oleh Sepah. Antara segmen budaya melayu yang mereka pernah gunakan seperti ‘Rewang’, ‘Bidan’, ‘Bomoh dan Hantu’, dan lain-lain. Tapi pasti ramai yang tidak setuju dengan Sepah bila mereka seakan-akan mengajuk percakapan ‘Ustazah siti nurba’yah’. Boleh bukan tidak boleh. Malah Ustazah menerima lawak itu dengan jawapan yang tenang dan terbuka. Tapi ia tetap nampak seperti kurang sopan dan kekurangan adab untuk kita mengajuk percakapan mereka yang berilmu. Dikhuatiri, permulaan ini akan menjadikan ikutan oleh anak-anak muda dan akhirnya tiada lagi perasaan hormat dalam diri mereka pada masa akan datang.

Masing-masing mempunyai gaya yang tersendiri. Masing-masing mempunyai idea yang boleh diterima oleh penonton dan masing-masing mempunyai bakat yang tidak dapat disangkal lagi. Dan masing-masing layak untuk menjadi Johan Maharajalawak 2011 dengan hasil yang telah mereka bawakan pada setiap minggu.

Tapi siapa di antara mereka yang paling layak untuk mendapat gelaran Johan, hanya dapat diketahui malam ini.

Adakah Sepah? (Bujang Lapok zaman moden)

atau Nabil? (satu-satunya peserta solo yang berada diperingkat akhir ini).

atau Jambu? (Peserta yang mengekalkan trademark pakaian berwarna Pink dalam setiap persembahan mereka)

atau Jozan? (Peserta berkumpulan yang sentiasa mendapat tempat di hati penonton )


Drama Dewa Cintaku episod 2 – siapa Selena?

Number of View :343

Eeeeee…berlagaknya Selena ni….

Salah eja nama pun nak tengking-tengking orang. nak marah-marah orang lain. awak tu dahla staf baru. berlagak betul.

” ejaan nama saya salene bukan salina. nape tak cek dulu. siapa punya keje ni.”

uncle pun satu, boleh pula backup si selena tu..

ni siapa punya kerja ni? ni siapa yang gertanggung jawab ni? kamu berdua minta maaf dengan selena sekarang.”

selena tak kan meredah kalau tak diusik. uncle lebih kenal dengan selena berbanding siapa yang ada dalam pejabat ni”

Arghhh!! hampeh betul uncle. korang marah tak? marah tak? dilot marah ni…(^0^)

 

 

 


  • Peluang memenangi hadiah di bawah ini

  • Daftar Email

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

  • Disclaimer

    Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.
  • Buku Muka

  • Pengunjung

  • Copyright © 2008-2011 dilahdilot[dot]com. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | visionale | Moss 2007 | Powered by WordPress
    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.