Uncategorized

Kronologi 9 minggu – heart beat

Number of View :332

Percaya ! Tak percaya !

Tapi alhamdulillah, akhirnya dah dapat lihat heartbeat baby dilot. Comel je jantung tu berdegup. Mula-mula dilot tak perasan, hubby dilot yang perasan. Tapi last-last doktor betulkan balik kedudukan scan tu untuk lebih jelas dilihat.

YaAllah macam tak percaya je apa yang aku lihat di screen tu. Baby aku. Dah ada kepala. Dah nampak tulang belakang. dah nampak tangan.

Tapi sebab kecil lagikan, macam nampak tak nampak je sebenarnya ..=) Doktor ukur panjang baby dan tentukan saiz baby. Alhamdulillah, lebih kurang dengan tarikh akhir period aku. Maksudnya baby dilot membesar dan dapat zat juga walaupun dilot mendapat alahan yang teruk.

Kalau ikut kiraan period…umur baby baru…9/8/2011 =  9 minggu 3 hari..

Tapi ikut kiraan masa scan hari tu..9/8/2011 = 9 minggu 6 hari…

Terlebih pulak tarikhnya tu.. jadi yang mana satu nak ikut…? Takpela…ikut jela yang doktornya..

 

Malam tadi hubby pegang perut lagi, dia kata rasa heartbeat baby…tapi hubby takut gak, mana tau tu denyutan dari tangan sendiri ataupun perut dilot ke..

Tapi maybe betul kot…sebab tiap-tiap malam hubby mesti pegang perut dilot, dan bukan tiap-tiap hari dia dapat rasa heartbeat tu.. Jadi maybe betulla, apa yang hubby rasa malam tadi..

 

 

 


Kronologi 8 minggu – loya dan muntah bertambah teruk

Number of View :399

dugaan..dugaan…

selera makan dilot makan turun. dah tak tau nak makan apa. makan buah pun tak boleh.

ada ladi 2 bulan dilot perlu tempuhi untuk tempoh loya dan muntah-muntah ni. Arap-arap selepas 4 bulan, dilot kembali ada selera makan. Kesian tau dekat baby. Macam tak dapat zat je.

Sekarang dah masuk bulan ramadhan. dilot pun tak pasti cukup ke tak puasa nya. Bukan sengaja tak nak puasa tapi dah memang tak larat.

Ada juga orang cakap, ko jangan ikutkan sangat loya tu. Ya!! dilot memang tak ikut sangat pun, kadang-kadang cuba juga untuk makan nasi..makan makanan lain. tapi lepas makan je muntah..kalau tak muntah, jadi cirit birit. Nasib baik boleh masuk, kadang-kadang tu, bau je dah muntah. Sampai dilot rasa takut nak makan. sebab takut muntah. pahit rasanya bila muntah. sakit perut. sakit tekak, semuanyala. Sampai semalam. dilot dah mula muntah yang berisi cecair warna kuning ke hijauan. bukannya muntahkan isi. Itu tak pe, petangnya dilot muntah ada darah. Siapa yang tak takut kalau dah macam tu.

Mak dilot ada pesan juga, kalau dah tak larat, nak buat macam mana. Jangan sampai memudaratkan diri sendiri dan juga anak yang dikandung tu. Islam kan dah beri kelonggaran untuk para ibu yang hamil.


Kronologi 6 minggu – loya dan muntah

Number of View :503

pregnancy calendar

Loya muntah. Muntah loya. Hari-hari dilot skang macam ni la. Macam nak pengsan pun ada. Sebab dilot dah hilang selera makan, lepas tu bangun pagi je dah muntah, silap sikit muntah. Nak masuk makanan dalam perut payah tapi untuk keluar senang je. Memang letih dibuatnya. Kadang-kandang rumah pun tak terkemas dibuatnya. Dapat buat sikit-sikit je.

Almaklumla, ni first time dilot rasa mula-mual macam ni. Walaupun pernah gugur, tapi dilot tak rasa pun mual-mual dan muntah ni. Tapi dilot terima dengan hati yang redha dan bersyukur sebab Allah dah berikan zuriat untuk dilot dan suami. Sebab alahan ni hanya berlaku hingga minggu ke 16 sahaja.  Walaupun ada yang mengalaminya sehingga 9 bulan.

Sekarang ni yang dilot perasan, memang dilot tak boleh sentuh langsung makanan yang ditumis. Bukan setakat rasa, bau pun tak boleh, nak masuk dapur pun dah payah. Memang tak masak la jawabnya. Asal masuk dapur je nak muntah.

Nasi!!!  Nasi pun dilot dah tak boleh sentuh sangat. Tapi kalau nasi dengan tomyam, bolehla sikit. Soto pun boleh tapi dilot makan nasi empit jela. Ayam semua dah tak boleh masuk

Sekaran ni just follow tips-tips yang ada dalam blog je. Tak taula keberkesanan dia macam mana. Tengah cuba satu persatu.

1. ambil makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi – sayuran hijau tua, pisang

- dilot tengah mencuba makan pisang, tapi tekak masih rasa loya lagi.

2. ambil sesudu madu pagi dan malam semasa perut kosong
- belum diamalkan lagi…akan cuba..

3. minum 100plus – pastikan gas dah dibuang.
baru start cuba arini…arap-arap berjayala..

4. makan roti dengan minum yogurt.

Alhamdulillah boleh masuk dan dilot rasa kenyang walaupun hanya untuk seketika je.


  • Peluang memenangi hadiah di bawah ini

  • Daftar Email

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

  • Disclaimer

    Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.
  • Buku Muka

  • Pengunjung

  • Copyright © 2008-2011 dilahdilot[dot]com. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | automobiletalk | Exchange Server Hosting | Powered by WordPress
    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.