Aku pernah gagal tahun lepas. tapi tak bermakna aku tak boleh bangun lagi. Hampir lebih setengah tahun, bisnes aku dan suami terhenti seketika. Sebabnya, aku terkena alahan mengandung yang agak teruk dan doc nasihatkan aku berehat untuk jangka masa tertentu.
3 bulan di awal kehamilan, aku mengalami pendarahan walaupun tak banyak, tapi dah dikategorikan threatened abortion. Hanya ada 1 jalan sahaja untuk memastikan kandungan selmat dan terus sihat…iaitu dengan berehat dnn tak boleh buat kerja berat.
Kini, walaupun tinggal lagi sebulan sahaja lagi untuk aku bersalin, aku bercadang untuk teruskan kembali bisnes kami. Aku percaya rezeki ada di mana-mana. Aku percaya DIA akan memberi kita rezeki yang penting berusaha.
Semoga DIA mempermudahkan segala urusanku… dalam mencari rezeki, dalam membantu suami dan DIA juga mempermudahkan proses bersalin aku nanti. Mudah-mudahan dengan izin darinya..AMIN