:: info ::

nak bg komen ke tak

Number of View :47
“u follow i, i follow u balik”, paksaan komen, pasal copycat, dan suruh klik iklan nuff.

mmg rata-rata yang buat entri pasal ni mesti tidak puas hati dengan blogger lain. ada yang tersangat marah, ada yg beremosi sikit je..dan ada hanya yg beri teguran..teguran mengingati antara satu sama lain…yg ni paling penting..sebab manusia ni kadang2 lupa..jangan cakap orang lainla..aku sendiri pelupa….lagila bile time tak cukup tidur dan banyak kerja..

mungkin dalam entri ni, aku nak ulas sikit tentang paksaan komen atau yg berkaitan dengan komen..

dulu mmg aku pernah seronok bila org bagi komen kat aku…seronok sebab sekurang2 ada gak org bace blog aku…yela baru nak menapak dalam dunia blogging ni….tp itu dulu..itupun sebab nak tau dunia aku dalam bidang blogging ni mcm mana….boleh ke aku masuk atau aku sekadar mencuba sesuatu yang baru je…tp bila aku dapat komen2 yg positif ( teguran atau pujian), mestilah aku nak baiki blog dan cara aku…

mungkin aku agak lambat berbanding dengan blogger lain….sebab aku amik masa setengah tahun untuk terus aktif dalam dunia blogging ni.. tp dengan komen tula aku rasa aku perlukan perubahan..bak kata megat

Berbaloi atau tidak ia, setiap apa yang kita lakukan perlu ada bedah siasat (post motem) untuk mengetahui keberkesanannya. Kalau tidak kita tidak akan sampai kemana-mana.

see?? bile kita dah baca komen2 yg dah diberikan..tak kira dari segi pendapat atau cadangan baru, atau terguran, perlula buat post motem..kaji balik perihal blog kita ni mcm mana…

sebab tula komen boleh beri impak pada blogger….tp tgk pada niat seseorang tula…kalau sekadar nak naikkan rakan followers..pastu hilang terus..baik xyah…

tak percaya? cube baca entri yg berunsur2 berdebat atau info yang berkaitan dengan umum..aku amik cth blog aku sendirila..tajuk pasal lelaki..lelaki-cair-dgn-air-mata-perempuan sebab aku kan perempuan..nak gak tau pandangan dari lelaki sbrnya mcm mana…

tak semestinya pendapat, cadangan dan idea kita tu semua betul…yela, setiap orang kan mempunyai pandangan yg berbeza….tapi kalau tak leh terima pendapat org lain, baik tutup blog…hehe…

mungkin gak ada antara komen tu yang cecah sampai 30 ke atas..dan bila kita tgk, komen2 tu sebenarnya adalah komen dari orang sama….apa susah…fikir dari segi positif,.mungkin org tu ada idea lain atau niat sebenar yg hendak disampaikan…hehe..=)

1 Comment more...

bagai jual anak dengan hantaran

Number of View :105
masa waktu aku tunang dulu…duit hantaran menjadi persoalan dalam saudara mara aku…kenapa ia perlu dijadikan soalan sedangkan mak abah aku sendiri tidak terlalu mempersoalkan wang hantaran tu. yang penting majlis dapat dijalankan dengan baik antara kedua belah pihak. dan 2-2 pihak setuju.

ni la masalahnya bila belajar terlebih sikit, pendidikan yang ada, digunakan untuk letakkan hantaran setinggi yang mungkin. jawapan yang aku kerap dengar.

eh ko kan ada master, mana boleh letak murah-murah sangat. tak sama dengan pendidikan yang ko ada. sedangkan makcik sebelah anak dia kerja kilang pun dia letak rm 15 k. ko lgla ada master. kalo makcik la kan….mmg tak xbg hantaran murah2 ni…ingat anak aku ni apa…nak murah2…

ye makcik… habis yang diletak tinggi tu bukan ke macam jual anak..kire mcm jual barangla..ada jenama, makin tinggi harganya..ish ish…memangla diakui duit dikira amat penting sekarang ni. ada duit boleh beli barang, xde duit nak beli barang pun xdapat. last2 semua makan maggie je nnt…eh skang aku tgh makan magi tau..sedap..hehe...

tapi biasanya wang hantaran yg diminta tinggi sebab nak buat majlis semewah yang boleh. baik xyah makcik…bukan ke membazir namanya,,,kalau mampu tu xpe, lain cerite, mungkin tu anak tunggal keluarga tu ke atau anak perempuan tunggal ke, yela majlis hanya sekali seumur hidup, memang hak keluarga tu untuk buat majlis mengikut kemampuan dieorg..tapi andaikata kita tak mampu, buat apa nak buat majlis besar-besar macam dieorg nanti. makcik nak tolong support sikit ke nanti…mesti makcik xnak supportnya..jadi kita buatla yang mana kita mampu eh makcik.

itu xpe lagi makcik, andaikata dah buat majlis besaran, lepas tu duit dah banyak dihabiskan pada majlis tu, jadi lepas tu nak makan apa makcik, nampaknye lepas ni, hari-hari saya bagi suami saya makan magie atau roti je..sebab duit simpanan dah susut..tapi kalau makcik yang bayarkan makanan kiteorang tak pe gak..saya ok je makcik..boleh? aha..terkedu makcik dibuatnya…

teringat pesan sorang kawan aku..nanti majlis ko buat sederhana jela…bukan nak hasut ko atau ape..cuma aku dah lalui tu semua. ikut kata orang lain, akhirnya kepas kahwin kiterog yang merana. bukan dieorg tolong pun. cakap yela senang. tp sekarang nak beli susu anak pun kadang2 susah sebab duit simpanan kiteorg mmg dah susut habis..kire kais pagi makan pagi kais petang makan petang. dah la duduk kawasan bandar.tau jela kan harga barang semua mcm mana.

jadi masa ko kahwin buat yang biasa2 je.pedulikan apa orang cakap. yang penting kita tak mendatangkan masalah. kalau fikirkan ape sangat orang cakap, mmg tak kan habis. lepas tu, pegi buat pinjaman peribadi lak. sebab nak ikut cakap orang lain, kalau bank betul xpe. kalau pegi dekat along mcm mana. tak terjerat sampai mati. sedangkan dengan pihak bank pun kite dah semput nak bayar. tu belum tau lg, rezeki pekerjaan kita mcm mana, andaikata baik, syukur, boleh gak hidup, tapi kalau belum dapat rezeki baik, boleh mendatangkan masalah. jadi nanti tak pasal-pasal bergaduh lak kita dengan suami kita, pastu mulala keluar ungkit mengungkit.

memangla elok sebab kita fikirkan masa depan anak kita, sekurang-kurang terjaga anak kita nanti, ada harta, hidup senang, tapi tu semua kan membazir, baik-baik pihak lelaki boleh beli rumah yang selesa untuk anak dia nanti, tapi terbalik jadinya. Nanti kami tinggal bawah jambatan boleh tak makcik.??..terlopong mulut makcik….

Pendidikan setinggi mana pun, bukan sepatutnya ia dijadikan tajuk utama dalam meletakkan soal hantaran, yang penting mesti ada akhlak dan ilmu yang akan digunakan pakai dalam kehidupan baru nanti.


lelaki muda kahwin perempuan tua

Number of View :445
woo..rasa mcm dah jadi trend je skang..rata-rata lelaki cari perempuan yang tua..agak2 kenape ye mereka pilih perempuan tua…

tgh ari td tgh makan2 dengan membe2..terkeluar la pulak tajuk ni…kompem ada org marah aku lepas ni…hikhikhik…

antara puncanya mungkin sebab…

pertama…perempuan ni sekarang ‘demand’..sebab tu sekarang terlalu sukar untuk cari gadis yang mereka diidamkan…

kedua rata-rata perempuan sekarang pilih lelaki kacak sahaja….sbb nya…mcm biasela…bile dapat pasangan yang kacak..mestilah bangga kan….bile kawan-kawan tegur..waa…handsomenye pakwe ko….

ketiga tak pun cari yg kaya raya…fuhhh..senang hidup nnt….tak payah susah nak gi kerja..tak pening nak fikir mcm mana la aku nak bayar hutang ptptn nnt…kalau yg setakat rm 8k bolehla lg la kot..kalau yg pinjam penuh..rm 21k..tambah lak dengan bunga-bungaan..mau rm 22k jadinya..lgla zaman sekarang belanja semakin tinggi….nak beli barang dapur pun mahal..lgla barang2 makeup…mau kopak setiap hari..jadi jalan pintas cari lelaki kaya…

nak senang lg..kawen DATUK..xkirala datuk muda atau datuk dah bercucu…kalau dapat datuk bertongkat mcm mana…

ooo..ada lg satu…trend cari pasangan mat saleh….nnt keturunan mestilah ada darah percampuran….siapa yg xnak…..si polan binti polan andrew…polan bin polan richard…

ini adalah realiti kehidupan atau hanya rekaan semata-mata..tp yg pasti, tidak semua perempuan hanya fokus pada 2 perkara tu…kaya dan kacak..mungkin itu hanya sesetengah sahaja….


  • Peluang memenangi hadiah di bawah ini

  • Daftar Email

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

  • Disclaimer

    Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.
  • Buku Muka

  • Pengunjung

  • Copyright © 2008-2011 dilahdilot[dot]com. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | visionale | Exchange Hosting | Powered by WordPress
    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.