hidup dan lagu

Perpisahan ini – 1st edition FEAT aizat

Number of View :399

Sedih,  syahdu, terasa kehilangan, pilu…dan rasa nak nangis je…itu yang dilot rasa saat pertama dengar nada lagu ni…memang menyentuh jiwala…kalau mereka yang tengah kecewa..tengah sedih…tengah kehilangan seseorang, pasti akan mengalirkan air mata tatkala mendengar lagu perpisahan ni…

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

download:  mp3



Fenomena MAHER ZAIN

Number of View :228

MAHER ZAIN. Nama yang pada mulanya seperti endah tak diendahkan oleh Dilot. Walaupun sebelum ni di Facebook ‘pemilik nama MAHER ZAIN‘ ni ada add Dilot, tp Dilot hanya ‘approve’ sahaja, tak tau siapa pun dia. Nampak sangat Dilot agak ketinggalan dalam dunia hiburankan?. Kemudian, dalam beberapa minggu lepas, terbaca ayat kenyatan yang diluahkan  oleh sepupu Dilot  ” selamat RM200 aku hari ni, sebab anak-anak tak jadi tengok konsert MAHER ZAIN”. Ok. Dilot pun dah mula tertanya-tanya juga, siapa dia ni. Lepas tu sepupu Dilot lagi sorang pula keluarkan kenyataan yang lebih memeranjatkan, ” Boleh tak aku tangguh majlis kahwin aku, sebabnya aku nak pergi konsert MAHER ZAIN”.  Mak aiii, memang agak terkejut jugala, hebat betul penangan MAHER ZAIN ni, sampaikan sepupu nak tangguhkan majlis pernikahan dia.

(continue reading…)


  • Peluang memenangi hadiah di bawah ini

  • Daftar Email

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

  • Disclaimer

    Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.
  • Buku Muka

  • Pengunjung

  • Copyright © 2008-2011 dilahdilot[dot]com. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | visionale | Moss 2007 | Powered by WordPress
    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.