dilot

Menanti bonus

Number of View :122

Kting!!! kting !!! ktinggg!!!

Raya tahun lepas, baik kerajaan atau swasta, masing-masing menunggu bonus. Alhamdulillah..rezeki mereka. Walaupun despatch je. dapat jugak mereka merasa bonus. Dilot? tengok jela… Memang harapan nak dapat. Sebabnya company cina dan HQ nya dekat singapore pulak tu. Tak mungkinla dapat bonus waktu RAYA PUASA kan???.

Hujung tahun, mereka yang bekerja kerajaan dapat bonus lagi. Dilot? menanti jugala mana tau ada harapan nak dapat bonus. Menanti punya menanti, sampai dah masuk tahun baru 2012 pun tak ada juga.

Ok . dilot up lagi menanti. Raya cina pula. Tahun ni tahun naga. Dieorg ni memang suka tahun naga. Sebabnya ada ONG…kata dieorg la…. TAPI masalahnya tinggal lagi seminggu je lagi nak raya cina…Ada harapan ke nak dapat??

 

Memang berharap sangat-sangat ada rezeki dapat bonus untuk raya cina tahun ni. Mana tau big bos dekat Singapore nak bagi bonus ke. Dapat separuh bulan pun jadila.

 


Kronologi 1 bulan – sebelum, semasa dan selepas

Number of View :549

 

Alhamdulillah, walaupun dilot belum dapatkan keputusan secara rasmi dari doktor, tapi dari UPT yang dilot beli, second line tu semakin terang, dan dilot dan masuk fasa lewat period. Tanda-tanda hamil yang hadir lebih kurang sama masa dilot gugur bulan may yang lepas.

Di bawah ni, tanda-tanda hamil yang dilot perasan la.

sebelum jangkaan period

1) Sakit dekat bahagian belakang berdekatan dengan bahagian pinggul

2) dari 6 dpo – 13 dpo, 4 kali dilot cirit birit.. Dalam seminggu, asyik keluar masuk tandas ke. Tak tau la kenapa. Nak kata salah makan, hubby pun makan makanan yang sama, tapi dia tak pula cirit birit. Dilot je yang asyik keluar masuk tandas.

3) Kena Ulu Hati pagi-pagi buta. Doktor kata sebab gastrik. Tapi dilot memang jarang sangat kena ulu hati sebab gastrik, biasanya kalau masuk angin, terus naik kepala, jadi migrain.

4) 6 – 9 dpo (day past ovulation)

- 4 hari berturut-turut dilot pening kepala, macam nak pitam, bangun dari tempat duduk, kepala macam pusing-pusing.

5) 8 & 9 dpo

- suami dilot tetiba badan asyik rasa sejuk-sejuk je. Biasanya asyik panas je, tapi tetiba haritu, walaupun dah tutup kipas, tetap rasa sejuk juga, siap berselimut satu badan

6) 9 dpo

- dilot cek UPT, dalam 1 minit second line naik walaupun agak samar. +- 5 minit kemudian, second line boleh dilihat walaupun di bawah lampu malap.

Tarikh sepatutnya period – 13 & 14 dpo

1) Sakit perut macam senggugut. Kadang-kadang rasa memulas. Ingatkan nak period. Mana la tau tersalah tengok ke. Tapi period tak datang-datang juga

2) Dah mula rasa loya, tapi sikit-sikit jela.

3) Rasa nak muntah selepas gosok gigi.

Selepas lewat period

1) Bahagian breast dah mula sakit *opss bukan lucah ya, info untuk dikongsi bersama bakal-bakal ibu*

2) UPT semakin terang dari yang lepas. Warna ‘second line’ semakin sama dengan first line.

 

Antara usaha yang dilot buat

1) Dilot amalkan ambil catatan suhu badan setiap hari.  Boleh rujuk disini. Dari situ, dilot boleh agak, bila dilot subur, bila dilot nak period, dilot hamil atau tidak.

2) Dilot minum Jus Bidadari untuk 2 bulan. Kiranya selepas gugur tu, dilot datang period 1 bulan, bulan depannya dilot hamil balik. Alhamdulillah.  Info boleh rujuk disini


Wordless Wednesday #1 – MAMA to be

Number of View :280


 

Alhamdulillah


  • Peluang memenangi hadiah di bawah ini

  • Daftar Email

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

  • Disclaimer

    Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.
  • Buku Muka

  • Pengunjung

  • Copyright © 2008-2011 dilahdilot[dot]com. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | automobiletalk | Microsoft Exchange Hosting | Powered by WordPress
    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.