cinta

cinta monyet..perlu ke?

Number of View :53

beberapa bulan lepas, aku kenal dengan sorang budak sekolah ni..seorang perempuan…tak kenal sangat sebenarnya…tp tau serba sedikit cerita dan masalah yang dihadapi. muda lagi..baru tingkatan 3. kira umur 15 tahun. masalahnya…
dia berkawan dengan lelaki yang lebih tua dari dia..lebih 10 tahun. dan lelaki tu adalah milik orang lain..bila dapat tau cerita sebenar, budak tu memang marahla..sebab di permainkn hidup-hidup. dan mula buat keputusan benci lelaki dan serik untuk bercinta. kononnya,,,lelaki tu la yang terakhir dalam hidup dia.

minat atau suka-suka tu biasalah..memang dah naluri manusia..tp untuk bercinta zaman sekolah…rasanya belum boleh lagi….lagila umur br 15 tahun…pmr pun belum habis lg..dah sibuk nak bercinta…

kenapa zaman sekarang ni banyak sangat budak-budak sekolah dah pandai bercinta..adakah sebab???

1) untuk menaikkan semangat masa belajar..yela hari2 boleh tgk muka dia..jadi hari-harila masuk kelas
2) jeles sebab kawan pun ada pakwe..jadi kita pun nak kene ada pakwe gakla
3) nak taste market kita mcm mana..ada orang minat ke tak..
4) sebab nak rasa dating tu mcm mana..bila lelaki pegang-pegang tangan..rasa macam dia caring giler…amik berat pasal kita…
5) bangga sebab pakwe hensem…

teringat zaman aku dating 5 tahun dulu….hanya pakai beg selempang dan sandle je..sangat kuno aku rasa…tp takpe..biar dia terima aku seadanya….tp tu dulula…bila umur dah meningkat…perubahan mesti dilakukan…


sumpah bunian dah berakhir

Number of View :90
kisah cinta antara adam dan hawa dah tamat…sedih lak penutup dia..sbb adam dan hawa terpaksa berpisah…sedangkan berpisah seketika pun boleh menggunung rindu tu…inikan pula berpisah lama…boleh merana tau….hehe…sebab aku kan cinta jarak jauh

tp kesalahan adam jugak…yang dia pergi langgar sumpah buat apa..dia kan dah janji dengan hawa, tak nak ungkit kisah lama hawa…pastu tak soal selidik..terus marah tak pasal-pasal…bila dah terlepas cakap, memang tak boleh patah balik la….sebab tu janji dan sumpah tu penting..jangan sesekali kita lupa pada janji yang kita dah buat tu..akibatnya merana la badan…siapa yang susah..diri sendiri la..

tak pasal-pasal muka handsome dah jadi berparut..pastu anak-anak takut..mcm nampak hantu..mmm…tula padahnya..masa si hawa muka ada parut, adam ikutkan sangat kata-kata si azeera tu..jangan bagi anak-anak tengok hawa..nanti budak-budak tu terkejut…ha…sekarang rasakan,,anak-anak sendiri cakap bapak dia hantu…

lepas ni siapa yang tak ikut cakap mak bapak..dan lari dari rumah sebab ikut lelaki lain…..kenala tengok cerita ni berulang kali…biar cepat-cepat sedar dari alam fantasi cinta sendiri….


lelaki muda kahwin perempuan tua

Number of View :445
woo..rasa mcm dah jadi trend je skang..rata-rata lelaki cari perempuan yang tua..agak2 kenape ye mereka pilih perempuan tua…

tgh ari td tgh makan2 dengan membe2..terkeluar la pulak tajuk ni…kompem ada org marah aku lepas ni…hikhikhik…

antara puncanya mungkin sebab…

pertama…perempuan ni sekarang ‘demand’..sebab tu sekarang terlalu sukar untuk cari gadis yang mereka diidamkan…

kedua rata-rata perempuan sekarang pilih lelaki kacak sahaja….sbb nya…mcm biasela…bile dapat pasangan yang kacak..mestilah bangga kan….bile kawan-kawan tegur..waa…handsomenye pakwe ko….

ketiga tak pun cari yg kaya raya…fuhhh..senang hidup nnt….tak payah susah nak gi kerja..tak pening nak fikir mcm mana la aku nak bayar hutang ptptn nnt…kalau yg setakat rm 8k bolehla lg la kot..kalau yg pinjam penuh..rm 21k..tambah lak dengan bunga-bungaan..mau rm 22k jadinya..lgla zaman sekarang belanja semakin tinggi….nak beli barang dapur pun mahal..lgla barang2 makeup…mau kopak setiap hari..jadi jalan pintas cari lelaki kaya…

nak senang lg..kawen DATUK..xkirala datuk muda atau datuk dah bercucu…kalau dapat datuk bertongkat mcm mana…

ooo..ada lg satu…trend cari pasangan mat saleh….nnt keturunan mestilah ada darah percampuran….siapa yg xnak…..si polan binti polan andrew…polan bin polan richard…

ini adalah realiti kehidupan atau hanya rekaan semata-mata..tp yg pasti, tidak semua perempuan hanya fokus pada 2 perkara tu…kaya dan kacak..mungkin itu hanya sesetengah sahaja….


  • Peluang memenangi hadiah di bawah ini

  • Daftar Email

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

  • Disclaimer

    Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.
  • Buku Muka

  • Pengunjung

  • Copyright © 2008-2011 dilahdilot[dot]com. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | visionale | Hosted Exchange 2010 | Powered by WordPress
    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.