Number of View :173
dh lame aku xupdate blog..dan dah lame gak aku xjengah ke blog org lain…xpe..nnt aku jengah jugak arini….cube saye upaya…

sejak aku dh start kuliah.,.agak lepak kepenatan bile dah smpi di umah..dgn keje lg…jalan penyelesaiannye…aku tido saje…untuk kembalikan kesegaran tubuh badan aku smule…sblum aku tumbang mase tgh jalan…pitam la tu…hehe….

kucing??aku cube buat yg terbaik..yup..kesihatan adik aku juga perlu dijage…dan caranye..aku beli sangkar untuk kucing2 aku…jadi kucing2 aku tidak lagi berkeliaran dalam rumah,,,sekali sekala aku akan bebaskan kucng2 aku..bile adik aku xde kat umah….

aku bukan xnak bg org lain..pernah bg dekat org lain…tp hasilnya…kucing2 aku tersangat la amat kurus..bulu2 berguguran…kotor…ada luka….seperti sudah tidak dijage….sedih aku tgk kucing aku tu…ingatkan tuan baru dapat jage dengan baik..tp hampa….jadi aku tak sanggup nak bagi dkt org lain…sbb binatang pun ada hati dan perasaan…yg perlu dijaga dengan baik…

mungkin nnt sampai masanya jugak, aku terpakse tinggalkan kucing2 aku, mungkin ia dah ditakdirkan tapi selagi ada masa, selagi ada peluang, selagi ada cara untuk perbaiki dan buat yang terbaik..aku akan buat….setiap kehidupan mmg dah ditentukan tapi kita perlu perbaiki dan berikhtiar selagi ia tidak bertentangan denganNYA…

andaikata kita tidak dapat kerja lagi, semua temuduga tidak berjaya adakah kita hanya perlu duduk saja di rumah, tidak perlu mencari kerja lagi sbbnya kita hanya menerima ketentuannya….lupakah kita dengan tanggungjawab kita sebagi anak ???….kita perlu berusaha untuk mendapatkannya…bukan hanya menerima bulat2 ketentuan yang dah ditakdirkan itu, tanpa perlu berusaha…dan berikhtiar…tiada usaha, rezeki tidak akan datang bergolek

berbalik soal kucing, sejak rumah aku ada bela kucing, aku bersyukur, kehidupan harian dan keluarga aku berjalan dengan baik dan rezeki untuk kami tidak pernah putus…

bila kita ada bela binatang, bagi die makan, jage kebajikan die dengan baik, tidak mustahil jika ia juga boleh mendoakan kebaikan untuk kita..sbbnya..binatang juga makhluk TUHAN seperti manusia…

**************************************************************

dah tgk iklan yang bendera…?aku pun bru tgk skali…see…mase aku amatla suntuk…smpi tgk tv pun tak sempat..sbb selebihnya di katil..hehe..,,xdela…bukan itu, sbrnye adik aku dh nak exam UPSR, jadi sebagai kakak, aku korbankan sedikit masa aku untuk menonton rancangan di TV, bukan xtgk langsung …cume dikurangkan saje…supaya adik aku lebih tumpukan pada pelajaran..tinggal beberapa bulan lg je adik..xpe naaa~~~

ok berbalik pada iklan ni..aku suke iklan ni…menunjukkan semangat kenegeraan, semangat cintakan tanah air…tp agak kecewa sedikit semasa perlawanan antara Malaysia dan MU…penyokong seperti menunjukkan mereka lebih cintakan bangsa asing dari tanah air sendiri…ada antaranya…”WE LOVE MU“…padahal ketika itu perlawanan antara Malaysia dgn negara luar..malah perlawanan tersebut diadakan di tanah air kita sendiri..

nampak seperti kita lebih pentingkan dan lebih berbangga dengan bangsa asing berbanding dengan pemain malaysia sendiri..mmg la hakikat dan realitinya pemain malaysia tidakla sehebat mana…tp tidak salah jika kita memberi sokongan kepada mereka…menunjukkan yg kita sokong negara kita sendiri…

bagaimana agaknya jika negara luar menghantar tentera mereka ,dan tentera kita bermatian berjuang untuk tanah air, adakah kita masih menjerit “WE LOVE MU’ jugak…sedangkan tentera-tentera malaysia, bermatian, berjuang untuk negara sendiri dan tanah air sendiri…