Number of View :389

Nak dapat keja pun susah. Tak dapat keja lagila susah.. poketnye lak makin kosong.. Tapi bila pergi temuduga, belum tentu berjaya.Tips semua dah ikut. Dari A sampai la z…

Pasrah? janganla pasrah terlalu awal. Masih ada cara lain lagi yang kita boleh buat. Salah satunya dengan cara Islam. Mohon padaNya. Cara yang macam mana? boleh rujuk bawah ni

Untuk berjaya dalam temuduga -

cara 1:  yang terdapat dalam asma ul husna

Sebelum pergi temuduga, Baca Ya Rafi’ 25 kali, hembus ke dalam air, dan minum. InsyaAllah akan berjaya.

(Ar-Rafi’ maksudnya maha tinggi)

cara 2:

sebelum melangkah masuk dalam bangunan temuduga tu, baca bismillahirahmanirahim. 1 kali. pastu baca alhamdulillah hirobbilalamin. 7 kali. baca dalam 1 nafas sahaja. dah habis baca hembus. pastu niat dalam hati apa yang kita hajatkan.

contoh niat: dipermudahkan urusan temuduga, di lembutkan hati para penemudga dan lain-lain

cara 3: permintaan dimakbulkan - yang terdapat dalam asma ul husna

Sebelum berdoa, baca Ya Wahhab 7 kali. pastu  dibaca 100 kali sambil tangan menadah memohon dariNya, InsyaAllah, doa akan dimakbulkan.

(Al Wahhab maksudnya maha pemberi)

Bila dah berusaha dan berdoa, tawakkal padaNya. Mudah-mudahan doa kita diperkenankan.

Ada juga kawan-kawan aku yang mengamalkannya, alhamdulillah, masing-masing berjaya. termasuk diri ku jua.