Number of View :249

kalau pergi kursus kahwin..silap haribulan … ada yang kena tanya dengan ayat ni

“awak dah buat persiapan”.. jawapan yang biasa keluar..”belum lagila ustaz..banyak lagi yang saya tak beli…” yang sebenarnya persoalan tu ada 2 jawapan.1) persiapan majlis..dan lagi satu persiapan untuk diri kita sendiri…

dalam menempuh alam perkahwinan… jawapan yang kedua sepatutnya kita fikir.. sekarang ramai yang silap memberi jawapan kalau saya tanya macam tu..ustaz tu katala…

happynya abg mawi dan kakak ekin kita ni…

credit to google

persiapan untuk majlis sebenarnya hanyala 1% sahaja kehidupan yang kita lalui..berbanding kehidupan selepas kita diijab kabulkan…sebab persiapan sebagai majlis raja sehari hanya makan sehari je… tapi kehidupan selepas diijab kabul..mungkin seumur hidup…yang itu sepatutnya dititikberatkan..termasukla soal hukum hakam, tanggungjawab sebagai suami, isteri, anak, mertua, ipar, ibu, nafkah zahir dan batin…dan lain-lain…

tu yang berbeza kahwin orang dulu dan kahwin orang sekarang….kahwin orang sekarang lebih menitikberatkan persiapan semasa majlis… macam-macam nak dibuat…dan zaman sekarang, walaupun tunang mesti nak ada mini pelamin

kalau dulu, takde goodie bag..sebiji telur untuk mereka yang hadir..rasanya dah berbaloi…sebab kita boleh makan..tapi sekarang…telur diganti dengan gula-gula…telur diganti dengan tuala nipis… dari boleh budget rm1 untuk sekepala…tapi dah bertukar jadi rm5 sekepala…

mungkin itu salah satu punca kahwin dulu dan kahwin sekarang berbeza…nilai rm5 tu sebenarnya lebih kepada membazir….tak semua yang akan makan gula-gula tu..kadang-kadang terus buang je..yela gula-gula pun dah macam cair je…kalau dapat tuala nipis….untuk apa yer…nak lap pun kadang-kadang tak serap air pun..dan ia seakan membazir dengan nilai rm5 yang kita keluarkan berbanding dengan nilai sebiji telur yang kita pasti akan makan telur tu..

adakah persiapan perkahwinan zaman sekarang penyebab utama ramai yang gagal dalam perkahwinan…?yela zaman sekarang, majlis kahwin semua nak nampak hebat, tapi tak semuanya yang berkekalan. tapi zaman dulu, simple je majlis dieorang, tapi ikatan tu memang sampai ke akhir hayat

ps: susah jugak nak kahwin ni kan…sebab ia bakal ditempuhi seumur hidup kita