Author Archive

Gagal dan bangkit kembali

Number of View :84

Aku pernah gagal tahun lepas. tapi tak bermakna aku tak boleh bangun lagi. Hampir lebih setengah tahun, bisnes aku dan suami terhenti seketika. Sebabnya, aku terkena alahan mengandung yang agak teruk dan doc nasihatkan aku berehat untuk jangka masa tertentu.

3 bulan di awal kehamilan, aku mengalami pendarahan walaupun tak banyak, tapi dah dikategorikan threatened abortion. Hanya ada 1  jalan sahaja untuk memastikan  kandungan selmat dan terus sihat…iaitu dengan berehat dnn tak boleh buat kerja berat.

 

Kini, walaupun tinggal lagi sebulan sahaja lagi untuk aku bersalin, aku bercadang untuk teruskan kembali bisnes kami. Aku percaya rezeki ada di mana-mana. Aku percaya DIA akan memberi kita rezeki yang penting berusaha.

Semoga DIA mempermudahkan segala urusanku… dalam mencari rezeki, dalam membantu suami dan DIA juga mempermudahkan proses bersalin aku nanti. Mudah-mudahan dengan izin darinya..AMIN


Menanti bonus

Number of View :121

Kting!!! kting !!! ktinggg!!!

Raya tahun lepas, baik kerajaan atau swasta, masing-masing menunggu bonus. Alhamdulillah..rezeki mereka. Walaupun despatch je. dapat jugak mereka merasa bonus. Dilot? tengok jela… Memang harapan nak dapat. Sebabnya company cina dan HQ nya dekat singapore pulak tu. Tak mungkinla dapat bonus waktu RAYA PUASA kan???.

Hujung tahun, mereka yang bekerja kerajaan dapat bonus lagi. Dilot? menanti jugala mana tau ada harapan nak dapat bonus. Menanti punya menanti, sampai dah masuk tahun baru 2012 pun tak ada juga.

Ok . dilot up lagi menanti. Raya cina pula. Tahun ni tahun naga. Dieorg ni memang suka tahun naga. Sebabnya ada ONG…kata dieorg la…. TAPI masalahnya tinggal lagi seminggu je lagi nak raya cina…Ada harapan ke nak dapat??

 

Memang berharap sangat-sangat ada rezeki dapat bonus untuk raya cina tahun ni. Mana tau big bos dekat Singapore nak bagi bonus ke. Dapat separuh bulan pun jadila.

 


semoga tidak jadi ibu seperti mereka

Number of View :108

 

Semakin dekat tarikh bersalin dilot, semakin banyak cabaran menjadi seorang ibu berlaku di depan mata dilot. Ketiga-tiga kes berlaku depan mata dilot. Cakap salah, tak cakap pun salah, takut satu hari nanti, dilot pula yang buat. Tapi berdoa jela, semoga dilot sentiasa di dalam lindungan Allah.

Kes 1:

Situasi dekat i’m lovin’ it! McDonald’s® Malaysia , Tesco Puchong,

Waktu tu memang ramai orang beratur .. tapi tengah-tengah beratur tu, tetiba ada sorang mak ni suruh anak dia terus masuk dekat barisan depan…

Anak: Mak, orang lain semua beratur, takkanla adik nak beratur sini pulak.

Mak: Mak cakap beratur situ, beratur jela. ..* sambil buat muka selamba*

Aduhai mak, apela nak jadikan..si anak dah betul , tapi si mak pergi salahkan perkara yang dah memang betul.  Kalau dah jadi mak, kenala ajar anak dengan baik. Walau sekecil mana pun masalah tu, yang tak betul tetap tak betul.

Kes 2:

Dalam laman facebook. Terkejut dengan status dari member.

Jiran kawan  dilot, selalu tumpangkan baby dia pada kawan dilot. Kadang-kadang 1 hari, kadang separuh hari, kadang-kadang kata kejap je, nak pergi ke kedai, tapi sampai ke malam dibuatnya.

Masalahnya baby jiran tu baru berumur 4 bulan. dan Baby kawan dilot pun baru 5 bulan. Member pun ada anak kecil yang perlu dijaga.

Reason pertama yang diberi oleh si jiran tu…member dilot kerja dia relaks je, dia kerja penat 1 hari. Jadi si jiran tu tak banyak masa nak jaga anak dia.

Reason kedua yang diberi… kalau si jiran tu hantar anak ke rumah babysitter, nanti dia kena bayar, kalau hantar ke member dilot, free je… gitu pulak…

Bila dah bagi reason macam tu, boleh pulak dia cakap, “awak tak kesian ke dengan saya, nk cri rezeki tp anak tak ada siapa nak jaga?? ” …

Ya Allah…  ada juga orang macam tu ya, pentingkan diri sendiri.  Anak adalah anugerah Allah, anak adalah tanggungjawab kita sendiri mana boleh lepaskan macam tu je. Kalau nak tumpangkan dekat orang pun, berpada-padala..  Sekurang-kurang keperlauan anak disediakan. Orang lain ada tanggungjawab sendiri, orang lain ada amanah kerja dan amanah sendiri yang perlu dilakukan

 

Kes 3:

Berlaku di sekitar Flat Enggang, berdekatan kawasan perumahan dilot.

Anak-anak kecil , di bawah umur 8 tahun dibiarkan bermain di luar walaupun dah nak masuk waktu maghrib. *Mana pergi mak ayah dieorg, tak kan tak panggil anak-anak balik rumah???kalaula dilot dulu macam tu, memang dah kena cubit-cubit agaknya kalau tak nak masuk rumah*

Ok. dilot cuba fikir secara positif, mungkin mak ayah dieorg kerja , jadi takde siapa ada dekat rumah untuk jaga mereka.

Dan dalam masa yang sama juga, budak-budak ni boleh berdiri depan jalan raya, dan cabar kereta-kereta untuk langgar mereka. ERKK!!!!! Ya Allah.. apala nak jadi ni wahai adik-adik..Sabar jela..


  • Peluang memenangi hadiah di bawah ini

  • Daftar Email

    Enter your email address:

    Delivered by FeedBurner

  • Disclaimer

    Segala yang tercatat di dalam blog dilahdilot.com ini hanyalah pandangan dari sudut saya tanpa melibatkan mana-mana pihak. Sekiranya anda mahu COPY-PASTE mana-mana isi kandungan mahupun gambar, silalah creditkan kembali ke blog ini. Sebarang kemusykilan atau masalah mahupun pertanyaan, sila layangkan kepada dil_dilot [at] yahoo [dot] com. terima kasih.
  • Buku Muka

  • Pengunjung

  • Copyright © 2008-2011 dilahdilot[dot]com. All rights reserved.
    iDream theme by Templates Next | visionale | Hosted Exchange 2010 | Powered by WordPress
    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.