lagi 9 hari je AJL 24 ni akan berlangsung. banyak-banyak artis yang bertanding, aku hanya berminat pada host-host mereka je.. serius memang best… itu pada pandangan aku la. dan cara promo host AJL pun agak menarik dan unik. nampak spontan dan lawak yang tidak dibuat-buat
iklan ni sebenarnya mempergunakan Ally Iskandar..tak banyak lawak dekat sini..
promo ni paling aku suka..duk tergelak je tengok. si Faizal Ismail mengutuk Ally Iskandar dan Cheryl Samad sebab dieorang rendah..lepas tu Ally Iskandar perli Cheryl Samad dengan Faizal Ismail, sebab 2-2 gelap. bagi lighting sikit..hehe..
yang ni kelakar masa last sekali. si Faizal Ismail merajuk..hehe..macam baby comel merajuk. tapi ada kecacatan sikit kot. masa Ally Iskandar tergagap-gagap cakap kimia dengan chemistry.
yang ke-empat ni banyak cencored la pulak. tapi patut pun buat macam tu. mana boleh cakap terang-terang. nanti ada pulak yang tak puas hati.
dan bawah ni senarai peserta anugerah juara lagu AJL 24 . tak taula siapa yang bakal jadi juara nanti. korang rasa? kalau ikut korang rasa, masing-masing memang ada pendapat sendiri kan, siapa yang layak untuk jadi juara.
tapi yang pasti, semuanya muda mudi..kalau dari pendapat pembaca-pembaca lain, rata-rata mengatakan, lagu misha omar memang POWER. tapi tu 2 minggu sebelum AJL . jangan kompem sangat ye MISHA. mana la tau si YUNA boleh menang, tak pun black ke. haha..terkejut semua nanti..
1. Bencinta (Faizal Tahir, komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir) (9)
2. Aurora (Estranged, komposer/penulis lirik: Estranged) (1)
3. Situasi (Bunkface, Komposer/penulis lirik: Sam) (5)
4. Kau Aku (Aizat, komposer/penulis lirik: Aizat)
5. Aku Skandal (Hujan, komposer/penulis lirik: Noh) (8)
6. Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah, komposer: Ajai, penulis lirik: Habsah Hassan) (2)
7. Aku Rindu Sayang Kamu (Black, komposer/penulis lirik: Yuzai) (10)
8. Pakai Buang (Stacy, komposer/penulis lirk: Edry) (6)
9. Rindu Terhenti (Tomok, komposer: Aubrey Suwito, penulis lirik: Tinta) (14)
10. Dan Sebenarnya (Yuna, komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil) (12)
11. Pergi (Aizat, komposer/penulis lirik: Pete Teo) (7) (13)
download: mp3
12. Cinta Adam Dan Hawa ( Misha Omar, komposer: Azmeer, penulis lirik: Loloq) (3)
13. Masih Jelas ( Hafiz, komposer: Aidit Alfian, penulis lirik: Ad Samad) (4)
14 Bengang ( Akim, komposer: Amir, penulis lirik: Sheikh Qalam) (11)
ps: no yang belakang selepas penulis lirik tu, adalah turutan no siapa menyanyi dulu, disebabkan aku malas nak tukar balik, jadi aku letak je no kat belakang tu. yang ni credit to budiey.com..=)
pss: sebenarnya aku baru tau ke-14-14 mereka yang tersenarai ke peringkat akhir. itu pun tanya adik aku..=)..tu yang terus letak entri ni. memang tertinggal keretapi betul aku ni.
January 2nd, 2010 on 3:50 am
Ohhhhh.. Ku suke BLACK.. Hehehehe.. Yuna pn hokey gak.. Yg pnting kali ni sume muka baru dan lagu best2 kan dilot..
~ lawak arr iklan dia kan. haha..
[Reply]
January 2nd, 2010 on 7:46 am
iklan2x nye mmg kelakar..hehehe..bestt
ermm..faizal or aizat kut dilot..
persembahan terbaik rasenya stacy kutt..hehehe..tak sabau nak tgk final nanti..
[Reply]
January 2nd, 2010 on 9:14 am
oh, saya baru tahu siapa yang masuk juara lagu nih lepas baca entri kamu~ hehe~
[Reply]
January 2nd, 2010 on 10:06 am
Salam yg, ehehe. anem suka promo merajuk tu. Ally yang gagap2 tu sje je yg, sebab dak2 melayu suka sebut chemistry, dalam bm tak tahu ,kan ‘perli’ gak tu. yang tut2 tu cerminan hati2 penonton kite yg, suke teka2. Kat utube ada promo baru- senarai semua finalist, awesome adv yg:)
p/s: nak perempuan menang!
*maaf dila, dak media mcm ku memang akan melihat iklan dalam perspektif demikian :p
[Reply]
January 2nd, 2010 on 11:01 am
hehe salam dilot..aku suka betul iklan pro tu yg ko cite nih..lawak hehe..yg mintak lighting tu best..hehe
hmm aku suka bunkface n aizat jer…sedap lagu diorang..:)
[Reply]
January 2nd, 2010 on 1:15 pm
YUNA!!!!!!!!!!
takpun FAIZAL!
[Reply]
January 2nd, 2010 on 6:19 pm
aku sokong artis yang perform masa pembukaan.. =)
[Reply]
January 4th, 2010 on 10:14 am
aku suke tgk persembahan selingan je…
[Reply]
January 4th, 2010 on 10:22 am
iklan sgt unik laa..suke sgt..cm suspen je..ehehe…
[Reply]
January 4th, 2010 on 11:43 am
lama dah x melayan tv………tv zaman sekarang masih ada lagi ke tidak hari ini…haha..
[Reply]
January 4th, 2010 on 2:05 pm
serius Yuna juara..
[Reply]
January 4th, 2010 on 5:42 pm
Saksikan finalis2 Anugerah Juara Lagu ke-24 dan tontoni Imbasan AJL dulu & kini!!
Layari http://ajl.tv3.com.my/
Sekarang!!
[Reply]
January 5th, 2010 on 9:06 am
ntah aku tak tgk pon~
tak minat ah~
[Reply]
January 8th, 2010 on 5:33 pm
aiza…faizal !!! heee
[Reply]
June 22nd, 2010 on 2:54 am
tlong skit klu setakat nak kutuk misha baik tak pyh mmng dh t’bukti pn suara dia mmng best so jgn nak kutuk2 ok
[Reply]