Number of View :218

akhirnya berjaya jugak aku pindah ke domain dan hosting sendiri..lama tau aku tunggu, dari bulan 5 dulu. sekarang ni baru la terlaksana impian aku yang tertangguh hampir 6 bulan tu..sebabnya? ada perkara yang perlu aku selesaikan dulu.

1 disember 2009. tarikh keramat untuk kelahiran blog baru aku ni. senang sikit nak ingat. sebenarnya aku teruja dengan harga domain + hosting yang di kenalkan oleh khai. pukul 6.00 pm aku baca entri terbaru dia, lepas tu terus daftar dan bayar duit di maybank.

untuk blog baru ni, aku guna fivio hosting. maklumat lanjut tentang pembelian hosting + domain di fivio hosting serta tutorial langkah pertama boleh rujuk di blog khai. aku ingat nak tunggu je tutorial 2 dari khai, tapi tak keluar-keluar lagi entri terbaru, jadi aku belajar dengan otai-otai yang mahir dengan wordpress ni.

serius kalau tak ada otai-otai ni, memang lambatla aku setup blog baru aku ni..memang banyak masalah masa nak setup wordpress, tapi untuk coding-coding aku tak ada masalah sangat. Walau apa pun aku masih perlukan bantuan dari mereka yang lebih mahir dari aku..

nak kenal otai-otai tu tak..??hensem-hensem semuanya tapi semua nya lelaki..hehe..dan seorang perempuan

meh sini aku kenalkan serba sedikit kat korang…

Roslan Nazri

seorang jejaka..kompemla jejaka. dah namanya roslan nazri. sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di UPM, dalam program pembangunan manusia. roslan ni yang banyak tolong aku untuk setup wordpress..=)

Mr Cuz

jejaka kikis semalaya..hehe..jangan marah beb. yang ni pun mamat pandai ni, selalu dapat anugerah. kalau nak rasa komen pedas dari dia, boleh la upah dia. komen-komen dari dia, memang betul semuanya tapi agak pedas la jugak bagi mereka yang tak tahan

wazy

wazy ada hulurkan bantuan jugak tapi disebabkan hosting dia lain, maka cara pun berlainan sikit. wazy lebih kurang macam aku, lulusan dalam bidang komputer.

nine

nama penuh dia bukan nine atau sembilan. tu nama gelaran je. dia ada bagi tutorial jugak dekat aku untuk aku kaji macam mana.

anem

anem atau arnamee..dia pun ada bagi tutorial dekat aku. lebih kurang macam aku, dalam proses berhijrah ke wordpress.

bro megat , syinrayafa dan rafhtello

terima kasih sebab korang sudi menghulurkan bantuan dekat aku. macam tulis tesis pulak aku rasa, sebab buat ucapan penghargaan pada mereka yang membantu.